
|
Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| Setahun Bekerja Achievement
Assalammualaikum
Cehh, tajuk tak boleh bla..
Achievement la sangat kan ?
Ok, ni post bukan nak berlagak ke hape ke
tapi post nak mengingatkan diri sendiri yang mudah lupa
sebab kekadang kita ni jadi raja kepada duit
mentang mentang da merasa pegang duit sendiri
semborono je nak belanja itu ini
insaflah wahai diri !
bulan lapan ni cukup setahun kerja kat KL Sentral
1/8/2016-1/8/2017
setahun da bekerja, apa yang da buat ?
selalu tanya kat diri sendiri
hmm, kekadang murung jadinya bila pikirkan balik
Alhamdulillah niat nak belanja family makan makan tuh da berjaya
ada la beberapa kali kalau baca whatsapp ajak makan luar terus on aje
niat nak belanja kawan kawan pun ada yang tertunai
![]()
niat nak belikan hadiah untuk anak buah pun ada la yang berhasil
takde la mahal mana tapi boleh la buat makpak diorang tersenyum
niat nak buat surprise birthday ke anniversary ke
![]()
niat nak belikan umi mesin jahit pun Alhamdulillah da tertunai
niat nak bayarkan road tax kereta abah pun Alhamdulillah ada jugak share sikit
pastu beli barang barang elektik macam ion steamer, vacuum etc
konon konon nanti kalau da kahwin da ada da benda benda tuh semua
tapi malangnya iron steamer baru je rosak
tak sampai setahun lagi usianya
iman da buat rosak raya tadi
sob sob sob
bertuah punya budak
tak marah pun sebab redha je kan
jangan lah yang lain lain pun kena senasib yang sama
kang kahwin da nak kena beli lain
pastu niat nak tolong belikan barang dapur barang rumah sikit sikit pun Alhamdulillah
niat belanja adik adik balik asrama pun tercapai jugak
rasa macam hakak sangat bila belikan stok makan or barang nak balik asrama
niat belanja tiket flight adik adik balik Malaysia sekali pun da tertunai
setakat ni Alhamdulillah tertunai jugak beberapa nawaitu
kalau ikutkan banyak lagi niat niat yang belum tertunai
![]()
dan Alhamdulillah selama setahun bekerja rezeki tuh sentiasa ada je
sentiasa rasa cukup
Alhamdulillah
belum pernah lagi la pinjam or meminjam
semoga rekod ni kekal bersih aje la hendaknya yea
kekadang tuh rasa bersyukur sangat kalau dapat something something tuh
pastu teringat umi pesan
"gaji dengan rezeki tuh berbeza"
gaji ada slip ada rekod, rezeki tuh tak ade
gaji boss bagi, rezeki tuh Allah yang bagi
gaji dibagi ikut KPI tapi rezeki tuh dibagi ikut iman dan taqwa
![]()
Allah,
sihat boleh jalan sana sini pun rezeki
dapat makan itu ini pun rezeki namanya
tanam dalam diri untuk selalu bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang diberi
sebab Allah tuh maha kuasa bebila masa je Dia boleh tarik semua rezeki dan nikmat
kalau ada rezeki lebih kongsi dengan lain
kalau kita berkongsi rezeki In Shaa Allah TAK AKAN habis
In Shaa Allah kalau kena pada cara nya siap ada bekalan di akhirat sana nanti
![]()
ada niat nak beli rumah lepas setahun bekerja tapi kita hanya mampu merancang
Allah yang maha berkuasa merancang dan menentukan segala segalanya untuk kita
mungkin Allah tak izinkan lagi sebab ada tanggungjawab lain yang kena selesaikan ke
kalau semua urusan tuh dipermudahkan maksudnya Allah perkenankan la tuh doa atau niat kita
sentiasa sangka baik dengan perancangan Allah
![]()
hopefully tahun tahun akan datang lagi banyak achievement yang baik baik
kena pasang niat banyak banyak lagi nih
Didoakan seorang Nur Athifah A.Kadir dapat istiqomah dalam buat kebaikan
bertambah tambah lagi saham akhirat yang akan menjadi pemberat amalan untuk menuju ke syurgaNya
Amiin
Harta Sebenar
Assalamualaikum
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Harta kita yang sebenar adalah apa yang dibelanjakan atau disedekahkan
ok ni bukan post nak menunjuk ke apa yea
ni cuma post rasa bersyukur syukur sesangat
Alhamdulillah Allahuakbar
dulu dulu pernah pasang niat habis je belajar
kalau dapat rezeki kerja
gaji pertama nak belanja makan family
Alhamdulillah tertunai jugak niat yang terpasang yang dulu tuh
aturan Allah tuh memang hebat
masa mula mula nak fly balik semenanjung Allah bagi ujian sikit
semua orang da dapat tempat untuk praktikal atie je belum dapat lagi
bukan tak usaha tapi tuh la Allah nak hadirkan pelangi selepas Dia bagi ujian
hari hari call check email kot kot ada company tuh ke agensi ni ke respon dengan permohonan atie
bila perjumpaan pelajar tahun akhir nama atie merah lagi sebab takde tempat praktikal
menangis call umi abah angah kak ila bercerita pasal tempat praktikal
tiket flight da beli masa da makin suntuk
tak lama lagi da nak start praktikal
tapi atie fly je jugak balik ke semenanjung
walaupun takde tempat praktikal lagi
balik semenanjung ajak abah g agensi itu n ini hantar borang permohonan
sekali Alhamdulillah rezeki dapat praktikal kat MATRADE
dekat sangat dengan rumah sepuluh minit je sampai kalau tak jem
tak payah pening nak pikir pasal rumah sewa makan pun takde masalah
so duit elaun masa praktikal tuh memang solid untuk buat belanja je
Alhamdulillah dapat elaun praktikal yang pertama
dapat belanja satu family makan kat chop n steak selayang
kebetulan time tuh nak selebrate birthday iman
yang tak dapat join cuma family along n bang boy je time ni
rasa macam da dewasa je da bila dapat bagi duit kat umi abah n adik adik
habis je praktikal terus buat job hunting dan sekali lagi rezeki dari Allah
dapat kerja yang mudah dan memudahkan
dekat KL Sentral ulang alik naik train jalan kaki kat stesen belakang rumah
dalam duaploh minit macam tuh je sampai kalau tak tertinggal train
tapi merasa lagi sekali ujian dariNya
atie sakit tak boleh bangun n gerak dekat sebulan lebih
so MC 25 hari tak masuk kerja nasib dapat boss baik
In Shaa Allah ada masa nanti atie cerita pasal sakit ni kat post yang lain yea
sebulan lebih kan sakit so macam macam yang atie rasa
gaji pertama untuk kerja yang pertama selepas tamat pengajian
walaupun belum konvo lagi
dan Alhamdulillah lagi sekali niat atie tertunai
dapat belanja family makan dan untuk kali ni ramai sikit
sebab ada family toklang dari kelantan
yang kebetulan nak daftar anak masuk U
pastu family cikna yang kebetulan free nak jengjalan kl
semua adik beradik balik berkumpul cuma family along je yang tak dapat balik
tak dapat belanja banyak tapi share share dengan adik beradik terasa meriahnya
time ni nak selebrate birthday anak tok lang yang kebetulan sama hari dengan bang boy
kenyang sampai ke tengah hari esoknya
mana tak nya ada yang nak goreng goreng la
ada yang nak buat steamboat la
ada yang nak bakar bakar la
umi siap masak pulut n daging kurma lagi
semuanya berebut nak menyumbang walaupun sikit
sebab umi abah da ajar
"Harta kita yang sebenar adalah apa yang dibelanjakan atau disedekahkan"
so tak nak gaduh gaduh buat je semuanya dan Alhamdulillah takde yang membazir
maklumlah semuanya kalau nampak makanan da tak serupa manusia da
hahahahahaha
ni belum lagi campur dengan adik beradik yang belajar jauh jauh tuh
kalau diorang balik mesti lagi dasyhat
pejam mata celik balik confirm da licin semua makanan
k yang ni menipu
hahahahaha
Alhamdulillah moga ada keberkatan dariNya
mohon yang baca post ni doakan yang baik baik saja yea
terima kasih
:-)
Gunung Angsi
Assalammualaikum
tetiba rasa macam nak save cerita hiking gunung angsi dalam ni
sebenarnya rindu nak habiskan masa dengan diorang ni
tapi nak buat macam mana kan
memasing da ada komitmen memasing dan
tak kan sama da macam zaman sekolah dulu plus
kaum wanita dalam kelas ni teramat la sedikit
so tahap keseganan dan kesopanan kesiput malu malunya setinggi gunung angsi
nak start conversation pun kekadang dieba la cakap atie la cakap
kitaorang malu bukan apa kekadang diorang ni kuat sangat bahan dia
kena bahan tak sakit tapi malu
well kena sado dan tebal muka sikit la kalau dengan diorang ni
ok ceritanya macam ni
actually kitaorang nak selebrate birthday cikgu and ashraf
tapi time tuh macam selebrate birthday cikgu radhi je
untuk ashraf macam krik krik sikit
hahaha
sebab birthday ashraf lagi dua hari kemudian tak silap
before the day nak hiking tuh so complicated
sebab tak semua orang duk kat satu tempat yang sama
macam atie n una kat KL
arul kat ampang
dieba kat setia alam
yang lain ada la kat sungai besar
mula mula tuh ingatkan nak driver lelaki tapi kekadang tak seperti yang dirancang
malam tuh atie pick up una then tunggu dieba datang
then kitaorang naik satu kereta
dan dua kereta lagi dari sungai besar
satu kereta dari jeram
satu kereta tuh cikgu radhi berserta anak anak
dan satu kereta lagi orang bujang
plan asal nak konvoi tetapi sudahnya drive memasing
dan berkumpul kat hentian serembang
sebab nak tunggu orang lelaki ni bersiap
Allahu Rabbi
kalah mak ngah tauu
so malam tuh kitaorang tidur kat hentian seremban
memula tu tidur dalam kereta pusing kiri pusing kanan ajak menyembang la
turun tingkap pasang aircond sudahnya nak selesa pakat pi tidur kat surau
tuh pun da nak dekat subuh baru nak pi surau
gara gara terlampau memikirkan keselamatan la hape la
tuh sebab tangguhkan keinginan nak dapatkan tidur yang selesa
then pagi tuh lepas da mandi semua kitaorang berkumpul untuk breakfirst dulu
dieba bawakan roti sandwich
lepas da selesai sarapan barulah konvoi sesama menuju ke gunung angsi
k time ni lawak memang rasa nak tergelak je bila ingatkan balik
kebetulan tim kitaorang pergi ni ada program so banyak bas n peserta kat ulu bendul ni
lepas park kereta berjalan reramai masuk ke entrance
kitaorang yang perempuan follow belakang cikgu radhi
sekali atie pelik mana budak laki yang lain
rupanya cikgu radhi pergi follow orang lain dibawanya kitaorang g laluan lain
nasib atie sedar kalau tak hmm entah laa
yang difollownya tuh perempuan cina seksi so atie pun malas la nak cakap pape kan
hahahahaha
lepas da follow budak laki yang lain dan ada kat laluan yang betul kitaorang pun mendaftar
bayar RM5/pax dengar briefing sikit lepas tuh buat warming up
sepanjang perjalanan nak hiking ni always ada kamera so kena standby sentiasa
kalau nak dapatkan hasil gambar yang comel la
if not buat je muka cekodok pun takpe
before start hiking bergambar dulu
konon konon gambar kelas
ashraf lead paling depan sebab kaki dia panjang dan dia tinggi
so memang langkah dia besar la kan
tak terkejar mak mak kat belakang ni
sikit sikit nak kena buat announcement suruh perlahankan langkah
tapi ok la nampak la kerjasama satu team tuh macam mana
bersyukur jugak la pi hiking dengan diorang ni
cikgu radhi memang agak semput sikit sebab da five series da kan
so kalau nampak cikgu agak slow diorang pun take five
cuma tak boleh nak take five lelama la
nanti cikgu radhinya menyempat je nak tidur
duduk pun boleh berdengkur
cikgu memang kelakar
well atleast ada something yang atie boleh ingat kat cikgu always
hahahahaha
sikit lagi nak sampai puncak
boleh katakan last stage la ni sebelum sampai puncak
sebelum nampak view ni atie dengar macam bebudak lelaki lepak
ingatkan da sampai puncak rupanya belum lagi
memang lawak and banyak happy moments sepanjang hiking
macam macam aksi and gelagat diorang ni buat
dan akhirnya kitaorang sampai puncak dalam pukul dua or tiga macam tuh la
rehat rehat kejap kat atas tuh selpie sekentut dua
pastu nyanyi birthday song kat cikgu
and makan kek and agar agar buah buahan sikit
lepas bersusah susah akhirnya sampai pun ke puncak gunung angsi
Alhamdulillah !
perasaan bila sampai puncak tuh hanya Allah je yang tahu
tak dapat nak gambarkan perasaan bila dapat duk kat atas tuh
cikgu radhi siap cari port untuk toup tidur lagi tuh kat atas tuh
hmm cikgu cikgu
lepas da puas duk kat atas tuh hari pun macam da nak petang
kitaorang pun berangkat turun
masa naik lelaki kat depan dan diorang sampai dulu
masa turun kitaorang yang perempuan sampai dulu
budak laki yang lain lambat sampai sebab ada yang cedera masa nak turun
so kat situ take time sikit la
lepas da sampai kat bawah tuh kitaorang tersadai kat tepi jalan
nak pergi ke tempat park kereta punya la jauh
tunggu dua tiga budak laki sampai then diorang yang amik kereta pick up kitaorang
then g kat ulu bendul tu
mandi bersihkan badan semua la
naik dalam pukul 7 macam tuh nak dekat pukul 8 tak silap
sampai bawah da petang dalam pukul 6 macam tuh
lepas mandi semua tuh pergi rumah rhafiq
sebab ada yang tak nak mandi kat ulu bendul
apa sebab pun taktau saja nak perhabiskan air kat rumah rhafiq gaknya
then qadar solat semua lepas selesai baru g makan sesama
time nak makan ni la adanya tragedi
da order makanan sekali cikgu radhi perasan dompet dia hilang
baru niat nak belanja kitaorang makan besar
lepas makan dua tiga orang follow misi mencari dompet yang hilang
pergi ke ulu bendul balik
pergi ke rumah rhafiq
pergi sana pergi sini
suluh situ suluh sana
sebab da malam kan
separuh yang lain duk tunggu kat kedai makan
memula diorang suruh kitaorang tinggal tapi bukan pesen atie nak melepak kat kedai makan lelama
makanya atie offer diri nak ikut sekali
cari punya cari tak jumpa jugak
then give up balik ke kedai tadi
memasing bayar makan dan hantar rhafiq balik
then kitaorang teruskan perjalanan balik
satu kereta terus balik sungai besar
satu kereta lagi singgah hantar atie
una and dieba memang nak balik sungai besar terus
so ajim yang driver ke KL
sampai rumah atie dalam pukul 1 or 2 pagi macam tuh
sebab drag masa lama kat misi pencarian dompet
ajim akan bergilir gilir drive dengan dieba sebab perjalanan masih jauh lagi
atie berehat dan tunggu whatsapp dari dieba dan lain lain
rupanya satu kereta bujang stop kat hentian
then lepas subuh keesokkan harinya baru sambung drive balik sungai besar
yang kereta dieba ajim give up drive masa kat sekinchan
tak tahan sebab da mengantuk sangat
tapi Alhamdulillah semuanya selamat sampai walaupun ada yang lambat sikit
Thanks Allah for the Nikmat dunia
Thanks Guys for the moments
Thanks Dieba for being my bestfriend
Alhamdulillah !
A little bit info regarding Gunung Angsi
Gunung Angsi is one of Malaysia's relatively minor mountains with a height of 2702ft or 824m. It ranks 241st on my list of Malaysia's highest mountains and it is the 3rd highest peak in Negeri Sembilan state, after Gunung Datuk and Bukit Bintongan which are both slightly higher. Gunung Angsi is only an hour's drive from Kuala Lumpur being located in Ulu Bendul Recreational Park, about 20 km from Seremban, the state capital of Negeri Sembilan. Climbing Gunung Angsi takes most people up to 3 hours to go up and somewhat less coming down making it a do-able half day excursion.You need to register at the park ranger's office before starting your ascent and pay a nominal fee (RM 5 per person). Arrive early as they might not let you start the climb if you arrive after 11am.
sorang pergi berpuluh datang ganti
assalammualaikum
lama tak update blog
banyak sangat cerita yang da terlepas
konon dulu azam nak jadikan blog ni macam diari online
*konon konon je la
sebelum cerita basi dan kebetulan semua assignment da 99% siap
dan PTA pun da jilid maka jejari ni makin rajin nak menaip
tapi takde benda da nak taip hujung hujung semester ni
untuk tidak membiarkan jejari ni malas menaip
maka kita menaip post blog pulak k
25 Mei 2015
hari isnin
hari semua assignment nak hantar
mentang mentang minggu last
semua menggedik nak mengejar time tuh
so hari isnin memang hari yang sibuk
atie keluar rumah jam 8 pagi
pergi kelas sampai jam 10 pagi
pastu stay fakulti pergi solat
dan sambung dengan perjumpaan assignment
artikel review GIS jam 2 petang
untuk final touch up
assignment tuh nak kena submit before jam 4 petang
lepas settle submit assignment
pergi kelas jam 5 petang habis jam 7 petang
habis kelas balik rumah kejap buka puasa
tak sempat nak berchitchat dengan housemate n roomate
sempat hai hai gitu je
pastu solat maghrib mengaji sikit
pukul 8 malam keluar pergi library
ada rehearseal untuk lakonan subjek ESE
berlakon berlakon sampai pukul 10 lebih
tetiba accounment cais da nak tutup
sangat cepat masa berlalu dalam masa sehari
ke sana ke sini habis da satu hari
pastu balik rumah naik kereta abang usop hantar sampai depan pagar
maklum la perempuan balik malam malam sengsorang bahaya sikit
memang semenjak dua menjak ni asyik naik kereta abang usop je
tapi jangan risau atie tak naik berdua je dengan abang usop ada orang lain
In Shaa Allah masih jaga ikhtilat
sambung balik cerita tadi
dalam perjalanan balik abang usop cakap ada orang sakit kat rumah atie
housemate atie whatsapp kat abang usop suruh atie balik cepat
atie punya hp time tuh habis betri memang tak dapat nak contact
sebab memang peghagai atie dari dulu malas nak mengecas hp
semua orang da paham benar da dengan peghagai atie yang satu ni
nasib ada bang usop boleh tolong sampaikan maklumat
dengar je ada orang sakit naik gelabah atie
sape yang sakit kat rumah tuh sakit apa
kelam kabut atie nak tangga macam marathon harimau jagua pun ada
dengan jubah labuhnya lagi
sampai terpijak pijak jugak la naik tangga macam hantu
sampai depan pintu atie ketuk pintu macam nak pecah
sebab atie terlupa nak bawa kunci rumah
da la tengah emergency boleh pulak lupa bawa kunci
nasib ada orang yang bukak kan pintu
masuk je rumah terus atie tanya siapa yang sakit ? sakit apa ? teruk tak ?
risau beb sape tak risau pastu siap whatsapp suruh balik cepat nak minta tolong
kalau atie tak dapat tolong orang sakit memang rasa useless sangat
pastu tukang bukak pintu tuh pun pandai berdrama
buat muka sedih semacam je
bagitau orang sakit kat bilik hujung
rumah pulak hambar sunyi sepi
lampu pun samar samar je sebab tak pasang semua lampu
memang kena sangat situasi time tuh
sekali atie bukak je pintu bilik hujung tuh
ha ! amikkau !
surprise !
senggal sangat !
penat penat je atie berlari bagai
sekali takde pun orang sakit yang ada cuma kek birthday
menggade sangat diorang ni selebrate awal awal
konon katanya nanti atie takde kat rumah
macam hari ni dari pagi sampai malam baru nampak bayang
kebetulan pulak nanti housemate atie ada yang nak pergi bali untuk program course
so that's way sambut awal
Allah
atie sendiri hampir lupa pasal birthday sebab banyak pikirkan komitmen
terima kasih korang semua
dan yang paling tak boleh bla sekali
boleh pulak time tuh main perang cream kek
habis rumah kotor main kejar kejar calit cream kek
da la baru lepas makan makanan berat
tengah malam buta masih lagi bising berfoto gedik bagai
yeah ! sangat terharu dan akan atie ingat kenangan ni
terima kasih hadiah hadiah yang korang bagi
belum sempat lagi nak bukak
tunggu time birthday betul betul nanti la baru bukak
lepas da perang cream semua pakat gotong royong mengemas rumah
lepas mengemas mencuci segala bagai malam malam memasing mandi berjemaah
nak sangat main cream kek kan tapi memang kelako sangat
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah
bersyukur sangat dapat jumpa dan berkenalan dengan diorang semua
Allah memang perancang terbaik
tak sangka boleh ngam satu rumah dulu memasing memalu
sekarang boleh g matang waterfall sesama
gi shopping sesama
boleh menggedik sesama naik van gi DI reramai
sekarang baru nampak hikmahNya
Alhamdulillah
sorang pergi berpuluh yang datang ganti
yakin dan percaya dengan Allah selalu
kenapa Allah mempertemukan kita dengan seseorang itu dalam jangka masa tertentu
mungkin Allah nak memberi pelajaran dan mungkin juga Allah nak kita mempelajari
;-)
speechless
rindu nak berblogging
pendosa
manusia itu benar seorang pendosa, tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa, TIADA. dan aku juga begitu, sering kali aku menjadi pendosa, adakala aku lupa apa yang sedang aku lakukan suatu dosa tapi aku buat juga, walaupun benda itu benar kecil, tapi ianya tetap dosa, dah kalau hari hari kita buat tidak kah dia jadi dosa besar kelak? sering kali juga aku lupa akan-Nya bila aku sedang melakukan dosa, aku lupa dia sentiasa melihat dan akhirnya aku dapat kifarahnya hasil apa yang telah aku lakukan.
sungguh aku takut, takut akan-Nya tapi manusia mana pernah kenal erti kesal apa yang dilakukan, esoknya pasti dilakukan kembali. sungguh aku kata aku ingin berubah tapi, perubahan aku cuma sebentar, aku jarang istiqamah dalam setiap yang aku lakukan. maafkan aku Tuhan. maafkan aku.
hati sering berdetak bila ujian ditimpa kepada diriku, berdetak berkata "ini kerana sifat kau, sifat yang tak ingin kau ubah''. benar 2014, sungguh menguji diri aku, selangkah aku melangkah ketahun 2014, dengan itu ujian hidup aku bertimpa-timpa datang tanpa henti, sehingga ada suatu masa aku menyerah, menyerah kalah dengan kehidupan, tapi aku lupa ujian itu sebenarnya untuk aku menjadi insan yang lebih baik. bila ujian yang datang maknanya Dia masih sayang akan aku dengan mengingatkan aku hidup ini hanya seketika cuma.
pernah dulu aku mengharapkan ada sepasang tangan datang memberi harapan kepadaku untuk aku kembali benar benar dijalanya, tapi aku lupa setiap insan yang muncul hanya seketika, hanya ada bila aku bahagia, mereka bukan seperti insan yang melihat jatuh bangunya aku, dan mereka bukan insan yang aku butuhnya untuk sebuah perubahan, kerana itu juga dosa, aku lupa sekali lagi.
dan bila adanya ujian aku kembali, kembali pada-Nya, bila ujian itu hilang, aku leka dengan dunia sebentar. leka dengan kebahagiaan dunia yang tiada penghujung. sungguh aku leka, maafkan aku sekali lagi Tuhan kerana aku dekatiMU bila aku perlukanMU, dan aku pergi bila aku tidak perlukanMU. aku sungguh seorang pendosa, adakah maaf aku untuk sekali ini diampunkan lagi?
dan hidup aku diuji lagi dengan dunia yang aku sanjung suatu ketika dahulu, yang bagiku dunia itu syurgaku, dan aku kembali terduduk dengan ujianMU kali ini, dan kali ini lebih berat dari yang sebelumnya sehingga aku rasa Kau tidak adil bagiku, tapi aku lupa Kau sudah cukup adil untuk semua, untuk semua hambaMU.
dan kini aku kembali bersujud padamu, ditengah malam yang hening, aku berdoa supaya kau hilangkan semua rasa yang ada dihati ini. hilang segala sifat yang penuh dengan dosa. ya Tuhan kali ini aku benar benar lemah. mungkin akan ada manusia yang berkata untuk apa kau berdoa pada blog, ambil telekung dan solat, tapi adakah mereka tahu ini adalah suatu surat dari hati ke pencipta-Nya untuk aku ulang baca bila aku ingin berbuat sesuatu yang tidak seharusnya.
dan maafkan aku untuk berjuta kali kesalahan yang telah aku lakukan, maafkan aku atas sifat bongkah dan takburku pada dunia, maafkan aku atas segala dosa yang telah aku lakukan dengan bangganya dahulu, maafkan aku andai kemaafan ini sering kali aku ucap dan aku kembali kepada asal. maafkan aku Ya robb, maafkan aku.
saat hati menangis Kau tahu senyuman yang aku pamer untuk tunjukkan aku kuat, kuat sebagai manusia kerana aku ada Kau disisi. terima kasih untuk nikmat yang pernah Kau beri untuk aku rasa dan Kau hilangkanya sebentar untuk aku rasa pahitnya hidup.
pendosa tiada ubatnya,
jika solat, Al-Quran kau tinggalkan,
Perasaan seorang suri rumah
Assalammualaikum
semua
Firstly nak tanya
korang sikit
Pernah tak korang
pikirkan perasaan seorang suri rumah
Pernah tak korang
jadi seorang suri rumah
Apa perasaan korang
bila korang jadi suri rumah
Kena pulak dengan
situasi macam ni
Korang da masak pastu
sediakan hidangkan semua lah
Then tunggu anak or
suami or sesapa je lah balik makan
Tapi tunggu punya
tunggu
Tak balik balik jugak
sampai lauk da sejuk
Tunggu punya tunggu
last last korang give up
Korang pun simpan lah
lauk tuh
Dengan harapan esok
boleh panas kan dan hidang kan
Tapi punah harapan
sebab esok pun tak pasti orang yang ditunggu tuh akan balik ke tidak
Lauk kalau simpan
lelama nanti da tak sedap da rasanya
Jadi lauk yang da
dimasak tuh macam mana nak setel kan
Tak kan nak buang
macam tuh je
Sayang kot rezeki
Allah bagi tak kan kita nak membazir macam tuh je kan
Lagi lagi kalau
tangan korang sendiri yang buang
Mesti rasa sedih kan
rasa kecewa kan
Macam mana pulak korang
nak kurangkan rasa kecewa dan sedih akibat membazir
Tak nak membazir
sebab membazir tuh kan amalan syaitan
So korang ada
terpikir tak baik korang je yang makan sampai habis
Tapi selera nak makan
tuh macam wujud tak wujud je
Takpun korang ada tak
terpikir baik tak payah masak
Tapi kalau tak masak
nanti tetiba nak makan lah pulak
Serius memang dalam
dilemma
Tapi kalau orang yang
ditunggu tuh balik dan makan bersama dengan kita
Punya lah bahagia
hidup kat dunia yang sementara ni
Tapi kalau tak balik
dan korang terpaksa menghabiskan semua makanan tuh
Rasa macam hmm emm
mmm
Makan pun tak rasa
pape main suap sumbat masuk dalam mulut
Kunyah kunyah dan
kunyah sampai habis semua lauk
Pastu cuci kemas
kemas semua
Pergh ! memang tabah
lah jadi seorang suri rumah ni
So konklusi yang
dapat disimpulkan kat sini
Lepas ni kalau mak
korang da masak pape untuk korang
Cuba lah makan atau
pun jamah lah sikit
Hormatilah perasaan
mereka
Dan jangan biar kan mereka
tertunggu tunggu
Kalau boleh bagitau
awal awal tak balik supaya mereka tak ternanti nanti
Dan yang paling penting
takde kena penat penat masak sampai lauk lebih
Sekadar meluahkan
perasaan dan cuba memahami perasaan suri rumah
Takde kena mengena
antara yang masih hidup ataupun yang sudah meninggalkan kita
Slot Santai Teladan : Luahan Seorang Lelaki
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WBT. Kawan2..Adik2..
This is for u n me..
Moga kalian dalam pemeliharaan Allah. [copy paste] [Luahan hati seorang lelaki] Assalamualaikum, ** sejak dari sekolah, saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram, bukannya berzina lagi, dah berdosa juga. errm, malas nak fikir panjang-panjang, saya kan sekolah lagi.. tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la, saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun, tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua. biasa2 je.hehe. tapi sejak saya masuk u, saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, memang sangat ketara, ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa, tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang, takut warden nampak, tapi itu dulu, sekarang saya dah dekat u, saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung, ada yang pakai tudung, ok la. tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk. ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar, tapi tudung pulak tak tutup dada, nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde, adui, camne nak jaga iman ni? tapi saya still control lagi, saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina. sampai satu hari, ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya. dia cantik, pakai tudung, dan dia baik juga. zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint', mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah, kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya, mula-mula saya tak layan sangat jugak, takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni, mereka mudah sangat perasan, layan sikit, terus ingat kita suka dia. perempuan~ lama-lama, dia dah berani call saya, dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu, naik luruh jantung saya dengar, dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger, adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak, puas saya cari alasan, saya tak nak timbul fitnah. tapi dia cakap dia gastrik, hati saya mula timbul kesian, saya beli makanan dan bagi kat dia. mula-mula memang asalnya kesian je, tapi lama-lama saya rasa best pulak, ada orang nak msg saya, kejutkan solat Subuh, ada orang yang nak dengar masalah saya, ada orang yang nak bg hadiah pada saya, tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni, memang majoriti ada girlfren, kira macam saya bertuah sangat2, saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya, dah ada orang sayang saya! eh, syooookkkk la pulak :)))) kau ada? satu hari tu, kami keluar berdua dekat satu tempat ni, nak lintas jalan, dia dah ada kat depan, tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu, spontan saya tarik tangan dia. zaaaappppp, saya rasa berdebar, saya rasa terkejut dengan tindakan saya, rasa bersalah pun ada, tapi niat saya nak selamatkan dia je... yang paling buat saya lagiiiii terkejut, dia senyum. entah. tak faham apa yang dia fikir. 'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?' hati saya pelik. dia senyum lagi, dan kata, 'Awak, terima kasih. sayang awak!' saya senyum juga. malas nak fikir panjang-panjang, ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa... rasa nak pegang lagi. 'ha, gatal-gatal!' akal saya marah. tapi hati saya nak. dan jujurnya, saya makin lama, makin rasa sayang pada dia. tak boleh kalau tak ber-sms, tak pernah tak call even cakap selama satu minit, ye la, bila hati dah rindu, bila hati dah sayang, bila hati dah penuh dengan nafsu. err. . . . . . . . . . . nafsu? saya suka dia sebab nafsu ke? saya cinta dia sebab nafsu ke? 'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!' Hati saya marah. 'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?' Entah dari mana suara tu datang, Bunyi seakan mengejek. entah, tak tahu apa yang saya fikir time tu. macam -macam perasaan, tapi saya buat tak tahu, biar dalam hati saya dah rasa macam, 'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?' saya dan dia dah ter'couple', nak buat macam mana, best la ada couple ni, kawan-kawan selalu puji, dia cantik, even pakai tudung, tapi stylo, bergaya kottt. tambah-tambah dengan fesyen sekarang, siapa yang tak kembang semangkuk? eh. please, sama-sama jaga diri... satu hari tu, saya jumpa video ni. video hilal asyraf. tentang cinta. cinta yang hakiki. terpukul. terpana. terasa. semua ada. saya cinta dia. tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka? Astaghfirullah. kalau betul saya cinta, saya mesti nak bawa dia ke syurga, tapi situasi saya? saya terpaksa mengaku, saya kalah dengan nafsu. saya sebenarnya, ...ikut nafsu. sepanjang hari, lepas saya tengok video tu, saya diam. kawan ajak main bola, saya bagi alasan, member ajak lepak kat mamak, saya tolak. saya nak sendiri, hp saya letak tepi, tekan punat off. saya malu. saya dah tak sanggup. saya dah malu sangat-sangat depan Allah, saya still solat, saya kadang-kadang mengaji, tapi saya buat maksiat jugak. saya makin lalai, endah tak endah tentang dosa. saya rasa, saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina, sebab nanti end up, jadi macam saya. dari sms, lepas tu call, dengar suara, rasa nak jumpa, bila dah terpegang tangan sekali, rasa nak pegang banyak kali, semua tu nafsu! banyaknya dosa saya. :"( Allah, Allah, Allah. saya bangun, ambik wudhu, solat sunat 2 rakaat, saya mintak sangat2, Allah ampunkan dosa-dosa saya, Allah ampunkan dosa-dosa kita. dan air mata jantan saya mengalir laju. . bila dah tenang sikit, saya 'text' dia, 'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...' dan saya terus matikan hp. buat kali kedua. saya sedar. susah. tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah. sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia. saya tak nak berpaling lagi. dan untuk hawa semuanya, jangan terlalu murah, jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki, awak buat suara mendayu macam tu, sembur perfume wangi, pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu, dah namanya lelaki, kuat mana imannya, mesti akan tergoda jugak. jadi, kena sama-sama jaga diri, simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak. dan sekarang, saya terus begini, mujahadah. doa saya terus kuat. doa supaya dia faham, doa kita sama-sama dalam redhaNya. Insha-Allah. ** Berhentilah memberi harapan. Kerana kita manusia belum mampu melihat masa depan. Jika meminta, mintalah pada Allah. Minta supaya diberi petunjuk yang benar. Dikuatkan iman. Sabar, Ikhlas & Istiqamah dalam melakukan ketaatan kpd Allah dan menjauhi kemungkaran kerana Allah. Moga kita sama2 diberi Taufiq dan Hidayah dari Allah. Aamiin. - Cuba. InsyaAllah,boleh. budak nakal part 4
Assalammualaikum
lama da rasanya tak bercerita pasal budak nakal kan
maklum lah tahun baru ni macam macam yang disibukkan
hari tuh dua januari sampai empat januari keluarga famili budak nakal ni datang sarawak
bawak rombongan cik kiah lagi tuh
okeyy yang ni cerita kat lain entri yea
kali ni nak cerita pasal budak nakal dulu
cerita dia macam ni
sekarang ni kan tengah musim final exam
tapi budak nakal ni mula exam lambat tujuh januari baru start exam
housemate budak nakal yang lain da exam bape payperr
budak nakal baru nak start exam
pastu yang paling tak boleh bla budak nakal ni
mula exam lambat tapi habis payperr awal sembilan januari hari tuh da merdeka da
biasa la kan bila da habis exam mula lah nak reward diri la hape la khonn
so budak nakal and sorang housemate tuh suka sangat cerita pasal hantu
ada je cerita hantu sampai berdiri bulu tengkok dengar ceritanya
cerita punya cerita tak sangka lah pulak ada sorang hakak ni suka sangat cakap besar
konon macam berani sangat padahal hakikat sebenar dia lah yang paling takut aka penakut
so budak nakal ni pun apa lagi mula lah datang idea nak mengenakan
kalau malam macam biasa la housemate budak nakal ni mesti akan study punya lah
maklumlah exam tak habis lagi kena la hadap nota
mana boleh rilex selamba buat peace goyang kaki sambil makan kacang kan
adalah satu malam tuh budak nakal ni pakat dengan housemate yang lain
nak mengenakan bukan mengenakan sebenarnya nak test je sebetulnya
test lah betul betul berani ke budak yang cakap besar tuh kan
dua orang roomate housemate toiletmate budak nakal ni pun study la kt bilik lain
so tinggal la budak cakap besar tuh sengsorang dalam bilik
budak nakal and sorang lagi coursemate roomate housmate toiletmate ni pun keluar la
konon nak pi lepak bilik member maklum lah habis exam da kan
padahal bukan gi melepak bilik member
tapi pergi tuh ha kutip batu
mula mula kutip batu besar besar la jugak
pastu baling dari bawah ke tingkap bilik tapi sasaran asyik tak kena je
bunyi bising lagi ada lah sebab batu tuh jatuh kat bumbung kedai bawah
jarak antara tingkap bilik tuh jauh sangat susah kot nak baling
kang terbaling kat tingkap yang kaca kang pecah pulok naye je
pastu macam susah je lepas baling nak kena lari nyorok
risau kang budak cakap besar ni intai ke tingkap da kedapatan boleh rosak plan
pastu budak nakal ni pun tukar lah plan
pergilah kutip batu kecik kecik ala batu jalan tar yang hitam legam tuh
pastu budak nakal ni naik tingkat dua
baling batu kecik kecik yang dikutip tadi tuh dari atas
kali ni memang menjadi lah siap menjerit jerit budak cakap besar tuh
sebab dia teringat cerita housemate tuh
"kalau bunyi macam pasir berterabur kat atas bumbung tuh maknanya ada hantu raya"
kebetulan port budak nakal tuh betul betul atas bumbung bilik yang budak cakap besar duk sengsorang
akibat ketakutan budak cakap besar ni pun pergi lah keluar dari bilik tuh
cari housemate budak nakal yang dua yang tengah study tuh
minta tolong tutupkan tingkap siap cakap ada batu jatuh atas bumbung bilik
budak nakal ni sebenarnya tak puas test tapi member sorang ni kata da la tuh
atie pun okeyy cukup lah turun lah nak balik bilik
kebetulan pulak time tuh budak cakap besar ni tengah kalut kalut kecoh kat luar bilik
pasal ada batu jatuh atas bumbung budak nakal ni da la tengah syiok gelak time tuh
nasib member ni pun sama kepala pandai cover acah acah taktau pape
menampakkan keadaan jadi real kononya memang ada "hantu raya"
padahal hantu budak nakal yang mengenakan dia
serius memang lawak lah siap warning lagi pasni
"stop talking about ghost"
malam tuh sebelum tidur siap baca Al-Mulk lagi tuh
hopefully lepas ni budak tuh jadikan pengajaran dan stop cakap besar
azam tahun baru
Assalammualaikum
memandangkan hari ni merupakan hari terakhir sebelum masuknya tahun baru
atie pun berfikir untuk taip satu entry
sebenarnya ada banyak benda nak cerita kat blog kesayangan ni
tapi taktau nak menaip macam mana
okeyy masalah ni kita letak ketepi dulu yea
tau tak sekarang ni musim apa ?
musim hujan .. yea betul ..
lagi ?
musim buah .. pun betul ..
lagi ? musim apa lagi sekarang ni ?
sesiapa yang memegang status student mesti tau sekarang ni musim apa kan ? kan ?
sekarang ni kebanyakkan student tengah berperang
bukan berperang dengan senjata mata pedang yang tajam meriam semua tuh
tapi berperang dengan mata pen yang tajam
konklusinya sekarang tengah musim peperiksaan
ramai student tengah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran
ramai student tengah bersungguh-sungguh buat nota
ramai student berlumba lumba check carry marks
ramai student nak buat yang terbaik untuk dapatkan pointer yang bagus bagus
baguslah kan macam tuh
Rasulullah SAW sendiri pun pernah bersabda :
"sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang mana bila mereka bekerja atau melakukan sesuatu perkara atau perbuatan itu dengan bersungguh-sungguh ataupun iktikad"
tapi cuba fikirkan balik kenapa kita study ?
untuk apa ? untuk diri sendiri ? untuk ibu bapa ?
kat mana pulak kedudukan Pencipta kita ?
kita study semata-mata untuk dapatkan pointer cemerlang
pastu boleh grad pakai jubah topi empat segi naik pentas amik scroll
pastu cari kerja bagus bagus
dapat gaji beli itu ini hadiah kan kat ibu bapa kita
macam tuh je ke ?
masa kita study kita jaga tak hak Pencipta kita ?
kalau dengar azan apa kita buat ?
kita pause buat nota dan terus amik wudhuk solat bertemu denganNya
ke kita pentingkan nota kejap lagilah solat ?
macam tuh study kerana Allah ?
sedangkan kefahaman dan ilmu itu milik Allah
yang menggerakkan hati pensyarah untuk bagi markah untuk kita pun Allah
rezeki dapat pointer tinggi yang kita perolehi semuanya datang daripadaNya
bila ada kawan ajak pergi ke majlis ilmu
kita tak nak pergi sebab apa ?
sebab takut nanti takde masa nak study
sedangkan masa tuh pun datangnya dari Allah
Allah bagi semua orang masa yang sama je 24jam sehari
cuma tugas kita yang nak gunakan 24jam tuh macam mana
untuk buat nota pagi petang siang malam
untuk buat kebajikan dan dekatkan diri kepada Allah
pilihan ditangan kita
dan percayalah dengan menghadiri majlis ilmu
kita takkan rugi pape pun
sebab dalam Al-Quran sendiri ada cerita kan
"berilah kelapangan dalam majlis majlis maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang orang yang beriman diantaramu dan orng orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa yang kamu kerja kan [58:11]
contohlah kan kita study sungguh sungguh da ni
pagi petang siang malam buat nota untuk semua bab
pastu check carry marks
tetiba carry marks kita rendah
bila carry marks rendah susahlah kan nak score untuk final
kita senang sangat rasa down
kenapa macam tuh ?
sebab kita tak percaya dengan Allah
mungkin ada hikmah disebaliknya ke kan
kita taktau tapi Allah maha mengetahui segalanya
Allah saja je nak uji kita ni bersyukur ke tak ke kan
takpun Allah rindu kat kita nak suruh kita dekatkan diri kepadaNya
Allah sebenarnya sayang kat kita sebab tuh Allah saja je datangkan ujian kepada kita
ataupun sebenarnya kita tak percaya dengan diri kita sendiri ?
walau apa pun yang terjadi cuba lah untuk berfikiran positif
sentiasa lah ingat
kalau dipikirkan balik kenapa kita kena campak ke UNIMAS
kenapa kita kenal dengan seseorang tuh
kenapa kita dapat course tuh
kenapa pointer kita banyak tuh je
kenapa ? kenapa ? kenapa ?
sebenarnya semuanya ada jawapan
Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni selagi mana kita yakin pada Allah, kita usaha sehabis daya, tak membuang masa, fokus.
Insyaallah mampu.
Allah da aturkan segala yang terbaik untuk kita
percaya lah dan teruskanlah berusaha untuk yang terbaik
bersabarlah tetapkan niat dan berteguhlah dengan pendirian matlamat
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai" [27:19]
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri
mohon doa dari kalian semoga diberikan kekuatan
untuk berubah menjadi yang lebih baik
InsyaAllah
hasil nukilan : hambaMu yang selalu melakukan dosa
|