Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| berjalan sakan
assalammualaikum
#mood : penat tapi ada kepuasan disitu
12hb januari 2013
sehari sebelum atie terbang ke semenanjung
seharian suntuk atie keluar berjalan dengan kengkawan sama course
kami berjalan sakan dari pagi sampai ke malam tanpa rehat
bermula dari jam 10 pagi sampai 10.15 malam
dari satu tempat ke satu tempat yang lain
memang penat tapi puas
mula mula kitaorang pergi ke pekan bau
dari UNIMAS nak ke pekan bau boleh tahan gak la jauhnya
sakit pinggang atie duduk lelama dalam kereta
dengan jalannya yang kurang sihat sikit
demam campak sana sini
sampai atie pun tercampak sana sini dalam kereta tuh
tujuan asal nak pergi ke sarikei ke sarikin
sorry atie agak confius sikit dengan dua nama tempat ni
seakan akan sama
yang pasti tempat yang sarikei ke sarikin tuh
da dekat sangat dengan sempadan indonesia
memang port untuk menghabiskan duit
sebab ada banyak baju,telekung,kasut,beg dll yang dijual kat sini
memang rambang mata la kalau da datang sini
so kena kuat supaya dapat kawal nafsu daripada berbelanja sakan
sebelum sampai ke sarikei ke sarikin kitaorang singgah kat pekan bau dulu
untuk breakfirst plus lunch
lagipun perjalanan nak ke pekai sarikei ke sarikin tuh jauh lagi
banyak kampung n pekan nak kena lalu
so kitaorang buat keputusan rehat sebentar bersama di pekan bau
dan sedikit gambar untuk santapan mata yang masih celik
time ni maria tak join kitaorang bergambar sama
dia duduk rehat dalam kereta
lepas bergambar kitaorang teruskan perjalanan ke sarikei ke sarikin
masa kitaorang sampai kat pekan tuh
ramai pulak student UNIMAS yang sama batch dengan kitaorang
tak sangka boleh jumpa kat situ
kalau tau boleh gerak sekali baru meriah sikit nampak macam konvoi kan
kat sini kitaorang masuk semua kedai yang ada
tak nak miss satu pun
nafsu pun menghasut hasut je suruh beli la beli la
kekadang tuh atie tewas jugak dalam pengawalan nafsu ni
tak pasal pasal duit pun bertukar milik
dan duit atie pun semakin berkurang dan berkurang
tapi takpe kita anggap macam sistem barter
atie bagi duit pastu atie dapat barang
ok la tuh kan
kawan atie yang nama dia maria n divya
mereka berdua ni sangat obses dengan pakaian
tambah pulak saiz badan diorang berdua ni senang nak cari baju
banyak duit habis beli baju baju dan baju sahaja
lepas pergi pekan sarikei ke sarikin tah la
lantak la tapi nama pekan tuh antara dua diatas
sebelum duit kitaorang makin banyak habis kat pekan tuh
better kitaorang angkat kaki dan pergi ke tempat lain yang lebih menarik pulak
next destination cadangnya nak pergi ke pasar satok
beli ikan terubuk masin untuk bawa balik
tapi pasar satoknya tak jumpa jumpa
maybe da tutup kot ijat kata
so kitaorang pun beli la ikan terubuk masin kat kedai area area situ
dapat la 4 ekor RM10
daripada takde langsung kan
lepas tuh kitaorang g waterfront kuching pulak
target kitaorang nak beli kek lapis untuk bawa balik
nak ke seberang kena naik bot
tambangnya sorang limapuluhsen je pun
ni la bot yang digunakan untuk ke seberang sungai
selalu atie naik bot ni ok je
tapi kali ni tah la rasa pening sangat sangat
terasa pulak terhuyung hayang je botnya bila langgar arus
pening pening pening kepala atie
tapi atie tahan je baru control macho namanya
lepas beli kek lapis kitaorang singgah masjid india kejap
pastu pergi desa ilmu
diya nak cari kotak untuk packing barang dan maria nak tapau makanan
lepas pergi desa ilmu balik UNIMAS kejap
hantar maria n divya
diorang berdua keletihan yang terlampau sangat
tuh yang kitaorang hantar balik
risau nanti ada yang sakit ke pengsan ke payah pulak nanti
lepas da hantar diorang berdua balik
kitaorang sambung perjalanan kitaorang ke pizza hut
daripada berlima jadi la bertiga
lepas makan pizza hut kitaorang round round dulu
sebab nak memanfaatkan masa sewa kereta dengan sebaik mungkin
daripada matahari bertukar kepada bulan
daripada terang benderang bertukar kepada gelap
kitaorang tak jugak balik balik
sampai la 10.15 malam
baru kitaorang balik dan berehat
tapi atie tak berehat sebab atie kena berkemas
esoknya atie kena balik semenanjung
memang sangat penat tapi puas sebab dengan RM9 sahaja
kitaorang dapat pergi banyak tempat dan beli banyak benda
Alhamdulillah
berbelanja la dengan bijak supaya kita tak tergolong
dengan perbuatan syaitan yang suka membazir
dan jangan pula kita berbelanja tak ukur baju dibadan sendiri
. s . e . k . i . a . n .
|