Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
annah rais longhouse
assalammualaikum

sekadar berkongsi cerita berkaitan annah rais longhouse
salah satu tempat yang boleh dikunjungi di negeri sarawak
ramai yang taktau atie sendiri pun taktau pada awalnya
tapi Alhamdulillah diberi peluang dapat jugak jejak kan kaki ke sana

kali ni atie ikut program fakulti
kerjasama dengan kementerian pelancongan
dengan sukarelanya atie pun merelakan diri untuk menjadi sukarelawan
atie memang suka kalau bab bab jadi sukarelawan ni
lagi lagi kalau percuma lagilah super duper triple extra suka kan
okeyy melampau sangat da tuh tahap suka tuh
back to the story


masa sampai je annah rais ni semua pelajar berkumpul then 
dibahagikan kepada penduduk penduduk di rumah panjang tuh
atie and nisa share satu beg so kitaorang tak boleh berpisah


mula mula tuh pegawai pelancong tuh main tarik je sesiapa then bahagikan kepada keluarga angkat
sekali atie gtau yang atie share beg dengan kawan 
atie kena lecturer kenapa share beg bla bla bla
takpelah kena bebel pun takpelah
last last Alhamdulillah kami dapat keistimewaan lebih
walaupun kami orang terakhir yang beredar dari tapak berkumpul tuh
seperti biasa atie nisa and maria 
M.A.N tak nak berpisah mesti nak together together




kami dapat keluarga angkat yang best


kami dibawa naik gunung amik buluh





kami dibawa ke kebun makan buah
kebetulan masa tuh tengah musim buah kat sarawak






kami dibawa mandi sungai secara privasi


kami diajar masak dalam buluh


kami diajar kopek kelapa secara tradisional




kami diajar buat santan secara tradisional


kami dibawa melawak kawasan annah rais siap ada pemandu pelancong lagi




ni la pemandu pelancong kami
si albert anak kepada auntie endu
family angkat kitaorang la jugak dia ni
macam macam cerita dia cerita
semua sejarah atuk nenek moyang semua dia cerita kat kitaorang



hujan hujan pun kitaorang berjalan jugak
gigih kan menjelajah tempat baru
see nampak tak kat sini setiap benda yang berlaku ada hikmahnya
walaupun kena bebel sakit hati last last ada perkara lain yang menggembirakan

malas nak taip banyak dengan suka hatinya atie nak tempek gambar bebanyak kat sini
mula mula sampai tuh atie takut jugak nak jalan atas buluh ni
sebab nampak macam tak kukuh je tapi 
Alhamdulillah lepas nampak budak budak kat sini berlari
so datanglah keberanian untuk berjalan seperti biasa kat atas buluh ni
dan meronda ronda kawasan rumah panjang ni ha



 dan lagi satu keistimewaan kitaorang
rumah family angkat kitaorang dekat dengan pentas 
so kitaorang boleh rehat rehat sambil tunggu vvip datang
dan kitaorang boleh tengok dari dalam rumah apa yang berlaku kat bawah
hikhikhik profit kan






seterusnya kami diberi uniform percuma
plastik sampah and sarung tangan
dan bermulah aktiviti sukarelawan
membersihkan kawasan annah rais longhouse
hopefully kitaorang melakukan kerja dengan ikhlas
semoga setiap kerja yang kami lakukan ada peritungan daripadaNya








sekian terima kasih
hopefully lepas ni kalau ada lagi aktiviti kesukarelawaan
atie lah orang pertama yang akan mendaftar
(^_^)


Older Post | Newer Post