Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
sorry


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


            •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

 SORRY ! UNDER CONSTUCTION 

            •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••




angan-angan minah jenin di malam buta
assalammualaikum dan hai semua

mood : belum ngantuk lagi

jarum jam yang ketot sekarang kat number 1
jarum yang panjang lebar pulok da ada kt numberrr 6
nampak gaya jarum jam yang panjang da mendahului jarum jam yang pendek
dan jam digital pulak menunjukkan sudah 1.30 am

 da boleh kira pagi buta la ni kan
sebab semua orang kat dalam rumah ni tengah membuta sekarang ni
dan atie tengok kat luar tingkap pun gelap gelita hitam membuta
tapi atie belum lagi nak membuta atau memejam kan mata 
macam mana latuh kan

esok nak kerja
tapi masih lagi hadap laptop dan update blog
esok pagi comfirm atie lembik lemah tak bermaya punyer la 
tapi nak buat macam mana kan
sendiri yang buat pilihan

sebenarnye tadi da nak tidur da
tapi tetiba terbukak laptop dan online
semata-mata nak wish birthday dieba yang comel 
bersama-sama rakan lain yang lahir sama hari dengan dieba
kemudian dengan secara tak sengaja tangan ni terbukak twitter dan blog

biasa la kalau da hadap laptop ni memang susah la da nak shutdown
tadi atie blogwalking singgah ke blog sekolah 
nak tengok la perkembangan sekolah yang terbaru
pastuh saja-saja tengok gambar lelama dulu kt SINI
pastuh nyanyi lagu sekolah sambil mengimbau kenangan lama
sampai tersenyum sengsorang pastuh terberangan yang melampau-lampau

kononye nanti bila da besar sikit jumpa balik kengkawan
ada yang da jadi cikgu jadi arkitek jadi novelis jadi bisnesman jadi manager dan sebagainya
wahh ! syoknye berangan benda yang belum pasti
semuanye indah-indah belaka kan

dulu kat hostel da selalu da praktik kan angan-angan minah jenin ni dengan kengkawan
lagi-lagi kalau tiem takde buat hape ape pastuh lepak kat katil sambil mengunyah jajan atau stok loker
time tuh la bermulanye angan-angan minah jenin
 pastuh sorang sorang tambah cerita dan perisa untuk jadikan angan-angan tuh lebih indah
rindunye nak berangan dengan kengkawan macam dulu-dulu
kelaka pun ada jugak bila ingat balik angan-angan minah jenin yang dulu dulu tuh
HAHAHA

 kan bagus kalau dapat camera nikon pastuh boleh travel sana sini sebelum sambung study
rasa teringin macam nak pergi sabah sarawak
boleh naik flight lagi
tak pun ke luar negara lagi ke
dapat pergi singapor pun da syok kot berjimba jimba kat universal tuh
tapi kalau dapat yang lagi jauh pun layan je la
untugnyee la dapat berangan 
wahh indah ye dunia kalau semua tuh boleh dapat secara percuma atau dengan harga yang rendah
 HikHikHik


melawat bangchik kat asrama
assalammualaikum dan hai semua

#mood : suke berjimba-jimba

okeyy weekend ni atie ikut parents atie jengjalan lagi
malan sabtu hari tuh parents atie ade perjumpaan dengan kengkawan mereka
di homestay sungai haji dorani


kami tak tau kat mana kedudukan homestay tuh
tapi tengok signboard boleh je jumpa 
tapi atie ni ngada-ngada

nak jugak jumpa kawan bila da balik sana
so atie contact FASIHAH HUSNA minta die tunjukkan jalan 
ke homestay tuh
sebab rumah die dekat je dekat area homestay tuh
nasib baik time tuh die free dan kami berdua dapat la berjumpa
walaupun sekejap
dapat la jugak kami bersalaman dan peluk cium muah muah lepaskan rindu 

lepas perjumpaan tuh kami gerak balik ke kampung kat parit 8 timur
tidur semalaman dan esok pagi nye kami keluar pekan beli sarapan 
dan makan bersama-sama dengan nenek atuk
lepas makan sembang-sembang sekejap
dalam tengah hari macam tuh kami gerak balik da


sebab nak singgah melawat adik atie kat meru plak
waktu melawat sekolah adik atie ni 
mula lepas zohor sampai sebelum maghrib

sebelum singgah ke asrama adik atie ni
atie,iman,umi dan abah atie 
singgah kat pasar pasir penambang di kuala selangor beli ikan segar,lala dan siput sedut
lepas tuh kami singgah lagi kat pantai jeram



memang panas kat pantai tuh tapi angin die syok tuh
sampai parents atie tertidur dibuatnya
lepas lepak-lepak makan n minum tepi pantai 
baru lah kami meneruskan perjalanan pergi ke asrama adik atie

adik atie adik atie dari tadi 
susah betul la
okeyy adik atie ni atie panggil bangchik
so kenalkan ni die bangchik 


okeyy da kenal bangchik kan sekarang kita teruskan cerita okeyy
bangchik ni ngada-ngada
kat DM sepatutnya da makan 
tapi bangchik nak keluar pekan 
macam-macam alasan yang die bagi
dan
berlaku la sesi bodek membodek



sementara bagchik bodek parents atie
atie dgn iman jengjalan round-round kawasan sekitar asrama bangchik 

 


pandai bangchik saja biar perut kosong
pastu bagi alasan nak lunch sesama dengan kami kat pekan
dan alasan tersebut 
telah pun diterima dan mendapat kelulusan dari parents


dan akhirnya kami keluar ke pekan dan lunch sesama
adat la tuh budak asrama memang selalu macam tuh
dulu atie pun macam tuh jugak
tengok la muka bangchik bukan main suka lagi dia
dapat keluar pekan


lepas lunch hantar die balik asrama balik
kami pun meneruskan perjalanan pulang ke KUALA LUMPUR
sampai KL dalam pukul 8 lebih macam tuh la
perut pun da lapar balik

sampai rumah je atie dibantu oleh kak ila,iman,dan bang boy 
menyediakan makan malam

dan kami dinner lauk dari kuala selangor 
tuhh dia 


lala goreng cili


siput sedut masak lemak cili api


ikan siakap tiga rasa

memang sedap dan nikmat bila makan bersama keluarga

lepas makan siap kemas-kemas
masa untuk berehat dan tidur

GOOD NIGHT & SWEET DREAM SEMUA

cinta buat emelda
 
 
 Cinta Buat Emelda adalah drama terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula pada hari ini 26 Mac 2012.. Drama yang mempunyai sebanyak 24 episod ini bersiaran pada pukul 7-8 malam setiap hari Isnin - Khamis..Pelakon utama drama ini ialah Fizo Omar dan Almy Nadia.

Pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam, adik Mia Sara, Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra.

Sebenarnya drama nie diadaptasikan daripada Novel Kasih Antara Kita karya Aleya Aneesa .. 
 

Sinopsis Cinta Buat Emelda
 Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu?
 

RINGKASAN
Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza.
Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza.
Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira.


Lucky Draw Contest by Izzul
assalammualaikum dan hai semua

#mood : nak menang hadiah best tuh !

firstly thanks to my girlfriend -> cik genit 
sebab tag kat atie contest yang best lagi sememangnya best best ni

mula-mulakan atie malas nak join contest ni
betul atie cakap tak tipu
atie budak malas
TAPI
bila tengok syarat contestnya yang sangat sangat la simple 
tiba-tiba rasa nak join
tambah lagi pulak kan ada gambar artis korea yang enchem ni


lagi la menguatkan semangat nak join contest ni
jatuh cinta atie dibuatnya bila tatap gambar artis korea ni
bila da singgah ke blog izzul
ternampak pulok hadiah yang ditawarkan
wow ! bahagia giler hidup kalau dapat hadiah tuh
atie nak hadiah tuh
nak .. nak jugak .. please bagi kat atie hadiah tuh please ..
atie nak sangat hadiah tuh
hadiah yang ditawarkan tuh kan termasuk dalam wishlist atie kalau korang nak tau

apa la hadiahnya kan sampai atie merengek-rengek macam budak kecik ni
kalau korang nak tau tengok la sendiri

SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH NI
p/s : bila da KLIK kan join je la sekali mana tau tuah anda ada disini :)



TAG

dan jugak kepada semua blogger yang singgah sini
anda ditag jugak tau
^_^



arnab oh arnab
assalammualaikum dan hai semua

# mood : da tak heran da

okeyy bulan ni atie dapat baby baru lagi
tiap'' bulan atie mesti akan dapat baby baru punya la


sampai atie da tak heran da kalau kena jadi bidan tanpa gaji tiap'' bulan
setakat ni baby yang atie sambut alhamdulillah semuanya selamat melihat dunia 

 ni la muka bidan yang selalu menyambut baby rabbit

dan baby-baby atie ada yang da kena jual dan 
ade juga yang telah ditukar hak penjagaan kpd orang lain
maklum la baby-baby atie semuanya kan comel-comel
 macam mommy die ni ha
perasan pulak da die
sebab tuh ramai yang nak

tiap kali kalau ada tetamu yang datang rumah atie kan
diorang ternampak baby-baby atie dalam sangkar
mesti diorang geram sebab baby-baby atie comel sangat
sampai ada yang nak bawak balik
bila atie tak bagi diorang sanggup bayar asalkan dapat bawak balik baby atau anak rabbit

kadang-kadang tuh sedih jugak nak bagi baby-baby atie kat orang lain
tapi famili atie selalu cakap bagi je la
nanti bulan depan dapat baby baru lagi

okeyy fine
bila famili atie da bersuara macam tuh
nak tak nak kena la jugak tukar kan hak penjagaan baby atie kpd org lain

dulu sangkar rabbit atie ni kan meriah sangat
ada ramai anak rabbit yang comel-comel dan kiut-kiut
tapi sekarang tinggal 3 ekor je anak rabbit


dan 4 ekor baby rabbit yang baru lahir


tapi seekor da mati sebab kena gigit dengan kucing jahat 


ni la muka kucing wanted
yang berani gigit dan membunuh baby rabbit atie
kuang hajaq betul la kau ni miow miow


Cuba try test
Assalammualaikum dan hai semua :)

#mood : batak sekejap je

kali ni atie update post guna iPhone ayah atie
nak guna iPhone sendiri tak tau la tahun bila baru boleh dapat
yeadak

bukan apa atie saja je nk mencuba rasa mcm mana la update blog pakai HP canggih ni
sebab sebelum ni atie ada blogwalking
pastuh ternampak Ada perkataan kt bawah post
update by android dan macam-macam la lagi y ada

atie tertanya-Tanya ape kebenda la tuh
lani baru la atie tau y mereka
tuh update post gunakan HP
bila dah tau mesti nk Cuba kan
so atie pun bodek Abah atie

atie : Abah.. Abah guna tak iPhone Abah sekarang ni ?
Abah atie : hawait ? Tak,Ada kt atas meja depan.
atie : Kak Adik nak pinjam sat boleh tak ?
Abah atie : nak buat apa lah ? Pi la amik sendiri kt depan.
atie : nak try guna sat,okeyy Kak Adik amik yea?
Abah atie : ha lepas guna letak balik
atie : okay Abah thanks :)

Yess ! da dapat greenlight
atie pun godek-godek Dan tekan situ sana sini
sambil barbaring kat sofa
dan buat macam harta sendiri

tekan punya tekan
eh ! silap bukan tekan tapi touch
touch sana touch sini 
touch touch touch lagi

Dan akhirnya terupdate la post ni
Tapi pepe pun atie rasa puas lagi update blog guna laptop
baru puas bila dapat tekan keyboard

Takpe la atleast atie da pernah merasa update blog guna iPhone


cameron highlands
assalammualaikum dan hai semua

#mood : letih tapi berbaloi baloi

okeyy hari ni hari ahad
dan da lama rasanya atie tak keluar jengjalan
tiap kali hari ahad je atie lebih suka lepak dan rehat kat rumah
tapi hari ni adik atie nak balik asrama 
dan tiba'' plak rasa macam nak ikut hantar dia balik asrama

asrama adik atie nak kata dekat tak jugak nak kata jauh boleh la
nun dekat simpang pulai sana tuh ha
kat perak sana tuh ha

pagi'' lepas brekpez terus gerak hantar adik atie ni balik
dalam tengahari macam tuh kami da sampai da kat pagar asrama dia


lepas beli kan sikit barang keperluan dan biskut'' untuk dia
atie,,ummi dan abah atie pun meninggalkan dia untuk dia belajar berdikari
dan menuntut ilmu serta menjadi orang yang berguna suatu hari nanti

lepas hantar adik atie balik asrama
kami tak terus balik ke KL 
tapi

kami singgah berjimba-jimba di CAMERON HIGHLANDS
tuh untungnya kalau hantar anak duk asrama jauh-jauh
boleh singgah jengjalan mana-mana sambil makan angin 
HAHAHA

okeyy mula-mula kitaorang masuk kebun sayur dan kaktus


kemudian kami masuk ladang strawberi


disebabkan atie seorang yang ikut so atie kena buli angkat semua barang'' yang dibeli


lepas tuh kami teruskan perjalanan kami sehingga la kami terbenti kat satu tempat ni untuk minum


sebelum minum kami singgah beli teh untuk bawa balik


lepas minum teh kami masuk ladang teh pulak


okeyy da cukup la tuh berjimba 
esok hari isnin kena kerja
nak tak nak lepas tuh kami kena jugak teruskan perjalanan balik ke KL

memang betul-betul makan angin la hari ni
dalam satu hari je 
sampai empat negeri kami pergi
dari KL-PERAK-PAHANG-SELANGOR-KL semula
pergh penat kot sampai termuntah-muntah la atie dibuatnya

sekarang da sampai rumah 
da update blog
da siap mandi n kemas''
masa untuk logout dan shutdown laptop
KEMUDIAN 
ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz
-.-
THANKS umi + abah bawak kak adik jengjalan siang tadi . kak adik sayang sangat kat umi + abah . TQ so much <3

okeyy la
GOOD NIGHT SEMUA

sila sediakan TISU sebelum anda meneruskan membaca
Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. 
Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. 
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.
 Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 
Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

dulu tak suka sekarang AMEKAW !
assalammualaikum dan hai semua

#mood : rindu serindu rindunya

dulu time belajar macam-macam atie merungut
leceh la sekolah ni
itu la ini la hape hape la
semua atie merungut sampai atie nak sangat cepat habis sekolah

lani bila da habis sekolah amik kau baru tau sebenarnya syok sekolah ni
rasa rindu plak kat kerenah kengkawan semua
rindu nak membahan antara satu sama lain
rindu nak makan bekal sesama dalam kelas
rindu nak buat jahat sesama
rindu nak lepak dan sembang-sembang sesama
macam-macam la lagi yang atie rindu

sekarang semua da jauh
yang mendekatkan kitaorang cuma kat sini je la
kat group sains sukan kat FB
HAHAHAHA

tiap kali bukak FB mesti tangan atie ni gatal nak bukak group sains sukan ni
dan tengok apa-apa post atau cerita atau ape-ape je la kat sini
bila da bukak group ni mesti atie akan tersenyum sebab
teringatkan gelagat diorang kat kelas masa belajar dulu dulu

bagi atie kelas sains sukan ni awesome sangat
ni atie nak share dengan korang sikit awesome memories
SILA KLIK DISINI

group sains sukan ni khas untuk budak-budak kelas kitaorg je
ala tak ramai pun ahlinya cuma 10 org jejaka yang hensem
dan 5 org puteri yang comel
tambah dengan cikgu yang sporting
menyebabkan group ni sentiasa meriah dan happy
dan kat sini la kitaorg membahan dan bertanya khabar antara satu sama lain







walaupun kita da jauh tapi kita tetap boleh bergurau senda mcm kat dalam kelas kan
apa-apa pun atie harap sangat supaya hubaungan kita semua bukan sampai setakat sini je
^_^


Older Post | Newer Post