Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Slot Santai Teladan : jalan berduri
Assalammualaikum ..

sekadar berkongsi walaupun mungkin kita belum boleh paham apa yang cuba disampaikan ..
tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk cuba memahamkan ..
dan seterusnya cuba untuk berbuat ..
InsyaAllah semoga diberi kekuatan !

duri- duri jalan ?
jalan apakah ?


Jalan Dakwah adalah jalan Penyucian. 
Sebab itu jalan ini penuh kelukaan kerana bukan mudah 
untuk menyental daki nafsu dan ruh yang yang penuh dengan kotoran dosa dan kemunafikan! 
Tak hairanlah ramai yang gugur dijalan ini. 
Sebab jalan ini adalah jalan mujahadah. 
Jalan pengorbanan. 
Jalan yang tidak boleh dimustakmalkan dengan hawa nafsu dan cinta dunia. 
Jalan yang tidak boleh kita mengeluh. 
Jalan yang tidak ada ujung. 
Jalan yang penuh duri. 
Banjir airmata. 
Sebak dada dan blood pressure. 
Jalan yang bukan teori dan kata kata. 
Jalan yang tak cukup tidur dan 24 jam disita masa. 
Bila tidur sentiasa terkejut. 
Bila terjaga sentiasa berfikir. 

Sebab itulah jalan ini perlu tarbiyah. 
Bukan sehari dua. 
Seminggu dua. 
Sebulan dua atau setahun dua! 

Tapi Tarbiyah sepanjang masa. 
Selagi nafas merengus selesa. 
Sebab apa? Sebab nak lahirkan manusia mukhlis. 
Bagaimanalah nak raih keikhlasan itu?
Bila kita sanggup mati dijalan ini atau kita khatamkan hayat kita dijalan ini. 
Bukannya stop bila dah grad.
 Bila dah nikah. Bila dah punya suami dan anak anak. 
Bila dah ada jawatan. Bila dah gaji besar. Bila dah kaya.
 Bila kita rasa kita dah buat segalanya!

 Kerana …. bila kita berhenti setelah bergerak. 
FUTUR akan bertamu mengelus rindu … 
Menjanjikan fatamorgana keindahan Akhi … 
Aku selalu mengingatkan diri tentang ini. 
Kerana ramai ku lihat duat dan aktivis dakwah terhenti bila terperangkap direlung ujian ini 
kerana dia tidak punya suplemen untuk menghalangnya. 
Sebab itu AsSyahid Sayyid Qutb menasihatkan kita dalam zilal QS 2:153 tentang perlunya suplemen ini. 
Sabar dan Sabar. 
Segala galanya perlu sabar. 

Meski pun kita da’ie namun kita tetap punya kelemahan yang manusiawi. 
Tatkala waktu berjalan lama dalam keletihan untuk sampai kepuncaknya 
dengan ujian dan mehnah dakwah, 
terkadang kita teruji dgn kerenah mad’u yang menyimpang dari jalan Islam 
dan meninggalkan kita setelah kita pacu dia dengan tarbiyah! 
Pastinya kita sedih dan sedikit kecewa. 
Hingga watak kita pun boleh berubah menjadi pelakon movie hindustan. 
Emosi dan sensitif. 

Mulalah Renung laut. 
Renung bulan. 
Renung bintang. 
Meratap. 
Monolog. 
Menangis. 
Memflashbackkan kisah kisah lalu. 
Menyalahkan diri dan berbagai lagi hingga kita rasa tiada lagi jalan keluar!
 Dan waktu itu kesabaran pun melemah. 
Malah hampir hilang sama sekali! 
Justeru itu didalam Surah itu Allah menyuruh kita menambahkan solah dan kesabaran
 kerana Dialah penolong yang tidak jenuh dan bekal yang tidak pernah habis. 

Allah menyuruh kita bersabar kerana bersabar itulah antibiotik kepada penyakit keputusasaan 
dan bekal yang menguatkan energy hati serta menambahkan kepercayaan diri 
dalam mentahkikkan perjuangan dijalan yang kita lalui. 
Inilah yang perlu kita faham dan rasainya diketika mana sekali pun! 
Samaada dalam menanggung beban ditengah kekecewaan atau diketika kita rasa jalan terasa begitu panjang 
dan kemenangan semakin menjauh!

 Dan Allahlah tunjang kekuatan itu!
 Apalagi bila kita terasa kesan usaha kita selama ini tidak berbekas
 disamping umur yang kita modalkan sudah condong kebarat untuk tenggelam 
sedangkan cakrawala dakwah dan tarbiyah yang kita lakukan tidak ada satu pun cahaya yang menjenguk terang! 
Waktu itu Allah mengingatkan …. 
SolatlaH! hadaplah padaKu! 
Kerana Aku adalah saat yang tepat untuk merengkuh setitis air dari mata air yang tidak akan pernah kering. 
Aku adalah kunci gudang perbendaharaan yang mencukupi! 
Memuas dan mengenyangkan. 
Aku adalah batas realiti bumi yang kecil hinggalah kecakrawala yang maha besar. 
Aku adalah angin sepoi sepoi. 
Embun dan naugan diterik matahari yang menyegat. 
Dan Aku adalah sentuhan yang lembut bagi hati yang letih dan payah. 

Sebab itu Rasullulah SAW setiap kali berada dalam kepayahan sentiasa menyeru sahabat2nya; ” Istirihatkan kami wahai Bilal!” 
Dan beliau banyak banyak mengerjakan solat ketika menghadapi masaalah untuk mengadu padaNya. 
Kita bagaimana? 
Pernahkan kita begini adanya? 
Atau kita mengeluh dan membiarkan masaalah itu mencengkam jiwa
 lantas dimasuki syaitan yang menyuburkan mazmumah kita! 
Kita sepatutnya telah jazam dengan deen ini dan tahu bahawa manhaj Islam 
adalah manhaj ibadah dan ibadah dalam manhaj ini memiliki banyak rahsia. 
Dan rahsia itulah bekal perjalanan kita. 
Modal ruh. 
Dan juga penerang hati. 

Setiap kali ada taklif ( beban agama ) maka ibadahlah 
kunci hati untuk merasakannya
 dengan penuh kelazatan, keceriaan dan kebahagiaan ….
 Dan sesungguhnya ...
langkah jalan ini amat menerujakan andai kita punya ilmu dan kefahaman tentang fikh dakwah ini ..



renung-renungkan dan selamat beramal
bersama-samalah kita berusaha menuju ke jalanNya
semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan kalian semua


copy and paste 
perkongsian daripada seorang sahabat



Older Post | Newer Post