Inilah manusia bernama aku.
Buktinya aku tetap aku. Jangan samakan antara aku dan kamu. Kita berbeza. Aku orang yang banyak dosa dan selalu mengatakan diri ini belum cukup sempurna & cukup baik .
Berubah itu payah Bila niat bukan kerana Allah Bila hati masih gundah Bila syaitan membisik mudah. Berubah itu payah Bila diri masih tak tabah Bila hati mudah berubah Bila manusia memandang rendah. Berubah itu payah Bukan semudah berkata madah Tapi sejauh mana kaki melangkah Sekuat mana mengekalkan istiqamah. Berubah itu payah Bila diri dikawal amarah Nafsu membara dengan mudah Kelak diri makin parah. Berubah itu payah Bila manusia tak henti menyalah Bila teman sudah tak kisah Bila teman disisi tiada sudah. Berubah itu payah Namun segalanya tak susah Mudah bila kerana Allah Mudah bila kena pada kaedah. Berubahlah walaupun payah Walau manusia sudah tak endah Walau masa silam selalu menerjah. Berubahlah Jika tak dirimu parah Kelak menyesal tak sudah Jgn menyerah bila susah berubah Kepada-Nya kita berserah Di akhirat moga dikurnia Jannah. Berubahlah Segalanya pasti indah Jika ikhlas kerana Allah Segalanya punya hikmah.