Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| Slot Santai Teladan : Luahan Seorang Lelaki
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WBT. Kawan2..Adik2..
This is for u n me..
Moga kalian dalam pemeliharaan Allah. [copy paste] [Luahan hati seorang lelaki] Assalamualaikum, ** sejak dari sekolah, saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram, bukannya berzina lagi, dah berdosa juga. errm, malas nak fikir panjang-panjang, saya kan sekolah lagi.. tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la, saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun, tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua. biasa2 je.hehe. tapi sejak saya masuk u, saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, memang sangat ketara, ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa, tak macam kat sekolah, nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang, takut warden nampak, tapi itu dulu, sekarang saya dah dekat u, saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung, ada yang pakai tudung, ok la. tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk. ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar, tapi tudung pulak tak tutup dada, nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde, adui, camne nak jaga iman ni? tapi saya still control lagi, saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina. sampai satu hari, ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya. dia cantik, pakai tudung, dan dia baik juga. zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint', mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah, kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya, mula-mula saya tak layan sangat jugak, takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni, mereka mudah sangat perasan, layan sikit, terus ingat kita suka dia. perempuan~ lama-lama, dia dah berani call saya, dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu, naik luruh jantung saya dengar, dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger, adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak, puas saya cari alasan, saya tak nak timbul fitnah. tapi dia cakap dia gastrik, hati saya mula timbul kesian, saya beli makanan dan bagi kat dia. mula-mula memang asalnya kesian je, tapi lama-lama saya rasa best pulak, ada orang nak msg saya, kejutkan solat Subuh, ada orang yang nak dengar masalah saya, ada orang yang nak bg hadiah pada saya, tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni, memang majoriti ada girlfren, kira macam saya bertuah sangat2, saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya, dah ada orang sayang saya! eh, syooookkkk la pulak :)))) kau ada? satu hari tu, kami keluar berdua dekat satu tempat ni, nak lintas jalan, dia dah ada kat depan, tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu, spontan saya tarik tangan dia. zaaaappppp, saya rasa berdebar, saya rasa terkejut dengan tindakan saya, rasa bersalah pun ada, tapi niat saya nak selamatkan dia je... yang paling buat saya lagiiiii terkejut, dia senyum. entah. tak faham apa yang dia fikir. 'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?' hati saya pelik. dia senyum lagi, dan kata, 'Awak, terima kasih. sayang awak!' saya senyum juga. malas nak fikir panjang-panjang, ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa... rasa nak pegang lagi. 'ha, gatal-gatal!' akal saya marah. tapi hati saya nak. dan jujurnya, saya makin lama, makin rasa sayang pada dia. tak boleh kalau tak ber-sms, tak pernah tak call even cakap selama satu minit, ye la, bila hati dah rindu, bila hati dah sayang, bila hati dah penuh dengan nafsu. err. . . . . . . . . . . nafsu? saya suka dia sebab nafsu ke? saya cinta dia sebab nafsu ke? 'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!' Hati saya marah. 'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?' Entah dari mana suara tu datang, Bunyi seakan mengejek. entah, tak tahu apa yang saya fikir time tu. macam -macam perasaan, tapi saya buat tak tahu, biar dalam hati saya dah rasa macam, 'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?' saya dan dia dah ter'couple', nak buat macam mana, best la ada couple ni, kawan-kawan selalu puji, dia cantik, even pakai tudung, tapi stylo, bergaya kottt. tambah-tambah dengan fesyen sekarang, siapa yang tak kembang semangkuk? eh. please, sama-sama jaga diri... satu hari tu, saya jumpa video ni. video hilal asyraf. tentang cinta. cinta yang hakiki. terpukul. terpana. terasa. semua ada. saya cinta dia. tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka? Astaghfirullah. kalau betul saya cinta, saya mesti nak bawa dia ke syurga, tapi situasi saya? saya terpaksa mengaku, saya kalah dengan nafsu. saya sebenarnya, ...ikut nafsu. sepanjang hari, lepas saya tengok video tu, saya diam. kawan ajak main bola, saya bagi alasan, member ajak lepak kat mamak, saya tolak. saya nak sendiri, hp saya letak tepi, tekan punat off. saya malu. saya dah tak sanggup. saya dah malu sangat-sangat depan Allah, saya still solat, saya kadang-kadang mengaji, tapi saya buat maksiat jugak. saya makin lalai, endah tak endah tentang dosa. saya rasa, saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina, sebab nanti end up, jadi macam saya. dari sms, lepas tu call, dengar suara, rasa nak jumpa, bila dah terpegang tangan sekali, rasa nak pegang banyak kali, semua tu nafsu! banyaknya dosa saya. :"( Allah, Allah, Allah. saya bangun, ambik wudhu, solat sunat 2 rakaat, saya mintak sangat2, Allah ampunkan dosa-dosa saya, Allah ampunkan dosa-dosa kita. dan air mata jantan saya mengalir laju. . bila dah tenang sikit, saya 'text' dia, 'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...' dan saya terus matikan hp. buat kali kedua. saya sedar. susah. tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah. sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia. saya tak nak berpaling lagi. dan untuk hawa semuanya, jangan terlalu murah, jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki, awak buat suara mendayu macam tu, sembur perfume wangi, pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu, dah namanya lelaki, kuat mana imannya, mesti akan tergoda jugak. jadi, kena sama-sama jaga diri, simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak. dan sekarang, saya terus begini, mujahadah. doa saya terus kuat. doa supaya dia faham, doa kita sama-sama dalam redhaNya. Insha-Allah. ** Berhentilah memberi harapan. Kerana kita manusia belum mampu melihat masa depan. Jika meminta, mintalah pada Allah. Minta supaya diberi petunjuk yang benar. Dikuatkan iman. Sabar, Ikhlas & Istiqamah dalam melakukan ketaatan kpd Allah dan menjauhi kemungkaran kerana Allah. Moga kita sama2 diberi Taufiq dan Hidayah dari Allah. Aamiin. - Cuba. InsyaAllah,boleh. budak nakal part 4
Assalammualaikum
lama da rasanya tak bercerita pasal budak nakal kan
maklum lah tahun baru ni macam macam yang disibukkan
hari tuh dua januari sampai empat januari keluarga famili budak nakal ni datang sarawak
bawak rombongan cik kiah lagi tuh
okeyy yang ni cerita kat lain entri yea
kali ni nak cerita pasal budak nakal dulu
cerita dia macam ni
sekarang ni kan tengah musim final exam
tapi budak nakal ni mula exam lambat tujuh januari baru start exam
housemate budak nakal yang lain da exam bape payperr
budak nakal baru nak start exam
pastu yang paling tak boleh bla budak nakal ni
mula exam lambat tapi habis payperr awal sembilan januari hari tuh da merdeka da
biasa la kan bila da habis exam mula lah nak reward diri la hape la khonn
so budak nakal and sorang housemate tuh suka sangat cerita pasal hantu
ada je cerita hantu sampai berdiri bulu tengkok dengar ceritanya
cerita punya cerita tak sangka lah pulak ada sorang hakak ni suka sangat cakap besar
konon macam berani sangat padahal hakikat sebenar dia lah yang paling takut aka penakut
so budak nakal ni pun apa lagi mula lah datang idea nak mengenakan
kalau malam macam biasa la housemate budak nakal ni mesti akan study punya lah
maklumlah exam tak habis lagi kena la hadap nota
mana boleh rilex selamba buat peace goyang kaki sambil makan kacang kan
adalah satu malam tuh budak nakal ni pakat dengan housemate yang lain
nak mengenakan bukan mengenakan sebenarnya nak test je sebetulnya
test lah betul betul berani ke budak yang cakap besar tuh kan
dua orang roomate housemate toiletmate budak nakal ni pun study la kt bilik lain
so tinggal la budak cakap besar tuh sengsorang dalam bilik
budak nakal and sorang lagi coursemate roomate housmate toiletmate ni pun keluar la
konon nak pi lepak bilik member maklum lah habis exam da kan
padahal bukan gi melepak bilik member
tapi pergi tuh ha kutip batu
mula mula kutip batu besar besar la jugak
pastu baling dari bawah ke tingkap bilik tapi sasaran asyik tak kena je
bunyi bising lagi ada lah sebab batu tuh jatuh kat bumbung kedai bawah
jarak antara tingkap bilik tuh jauh sangat susah kot nak baling
kang terbaling kat tingkap yang kaca kang pecah pulok naye je
pastu macam susah je lepas baling nak kena lari nyorok
risau kang budak cakap besar ni intai ke tingkap da kedapatan boleh rosak plan
pastu budak nakal ni pun tukar lah plan
pergilah kutip batu kecik kecik ala batu jalan tar yang hitam legam tuh
pastu budak nakal ni naik tingkat dua
baling batu kecik kecik yang dikutip tadi tuh dari atas
kali ni memang menjadi lah siap menjerit jerit budak cakap besar tuh
sebab dia teringat cerita housemate tuh
"kalau bunyi macam pasir berterabur kat atas bumbung tuh maknanya ada hantu raya"
kebetulan port budak nakal tuh betul betul atas bumbung bilik yang budak cakap besar duk sengsorang
akibat ketakutan budak cakap besar ni pun pergi lah keluar dari bilik tuh
cari housemate budak nakal yang dua yang tengah study tuh
minta tolong tutupkan tingkap siap cakap ada batu jatuh atas bumbung bilik
budak nakal ni sebenarnya tak puas test tapi member sorang ni kata da la tuh
atie pun okeyy cukup lah turun lah nak balik bilik
kebetulan pulak time tuh budak cakap besar ni tengah kalut kalut kecoh kat luar bilik
pasal ada batu jatuh atas bumbung budak nakal ni da la tengah syiok gelak time tuh
nasib member ni pun sama kepala pandai cover acah acah taktau pape
menampakkan keadaan jadi real kononya memang ada "hantu raya"
padahal hantu budak nakal yang mengenakan dia
serius memang lawak lah siap warning lagi pasni
"stop talking about ghost"
malam tuh sebelum tidur siap baca Al-Mulk lagi tuh
hopefully lepas ni budak tuh jadikan pengajaran dan stop cakap besar
|