Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Slot Santai Teladan : Rama-Rama Dan Wanita
Assalammualaikum


LIHATLAH rama-rama, ia cantik. 
Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, 
kita menjadi suka dan ceria. 
Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. 
Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, 
tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. 
Lihat apa yang melekat di jari anda, 
warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. 
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. 
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. 
Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. 
Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun 
setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. 
Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang, 
tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. 
Begitulah wanita. 

Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; 
harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen 
tatkala dia didampingi suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. 
Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong tiada siapa pedulikannya, 
malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. 
Terpaksa melalui kitaran evolusi bentuk. 
Daripada sesuatu yang menjijikkan 
akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. 

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita
 untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. 
Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk 
sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah  sebelum itu. 
Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah 
sebab ingatlah mereka yang bersusah payah 
memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. 
Anda tidak muncul sendiri, 
sebaliknya anda adalah lambing pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama di dalam bingkai gambar. 
Indah dipegang, tetapi diri sendiri menanggung beban. 
Hiduplah  dengan bebas 
dan terjemahkan kebebasan itu 
kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. 
Hak anda ialah memelihara kehormatan. 
Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada yang terbaik, 
sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, 
anda sudah kehilangan harga masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik 
dan sentiasa memukau penglihatan manusia, 
dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. 
Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, 
ia sentiasa terdedah pada bahaya. 
Namun rama-rama tidak pernah tahu
 iaitu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. 
Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu 
adalah sasaran terpenting sang penceroboh, 
anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. 
Semakin sukar anda dimiliki 
semakin mahal nilai anda disisi lelaki. 
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki 
tetapi tidak mahu setia 
apalagi memelihara dan melindungi anda. 

Usah terperangkap ke dalam tangan 
yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. 
Setelah warna-warna  itu hilang anda dibiarkan. 
Jadilah wanita anggun 
yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. 
Nilai anda bukan terletak pada 
berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda 
tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda. 
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang penuh ikhlas.  
Selama mana anda belum menemuinya 
anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas 
bagaikan sang rama-rama.


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, 
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

(^_^)


Older Post | Newer Post