Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| indahnya persahabatan
assalammualaikum
apa itu persahabatan ?
dan siapa sahabat ?
apa yang kita alami demi tuhan kadang melelahkan dan menjengkelkan
tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah
persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan
tetapi sahabat sejati mampu mengatasi cubaan itu
bahkan bertumbuh bersama keranaNya
persahabatan tidak terjalin secara automatik
tetapi memerlukan suatu proses yang panjang
seperti besi menajamkan besi
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya
persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka
dihibur-disakiti-diperhatikan-dikecewakan-didengari-diabaikan-dibantu bahkan ditolak
namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian
seorang sahabat tidak akan menyembunyikan
kesalahan untuk menghindari perselisihan
justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya
sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah
kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupannya
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois
semua orang ingin memiliki seorang sahabat sejati
namun tak semua orang berhasil mendapatkannya
banyak pula orang yang menikmati indahnya persahabatan
namun ada juga yang banyak hancur kerana dikhianati sahabatnya
mempunyai seorang sahabat sejati jauh lebih berharga
dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
ikhlas dalam persahabatan
|