Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| azam tahun baru
Assalammualaikum
memandangkan hari ni merupakan hari terakhir sebelum masuknya tahun baru
atie pun berfikir untuk taip satu entry
sebenarnya ada banyak benda nak cerita kat blog kesayangan ni
tapi taktau nak menaip macam mana
okeyy masalah ni kita letak ketepi dulu yea
tau tak sekarang ni musim apa ?
musim hujan .. yea betul ..
lagi ?
musim buah .. pun betul ..
lagi ? musim apa lagi sekarang ni ?
sesiapa yang memegang status student mesti tau sekarang ni musim apa kan ? kan ?
sekarang ni kebanyakkan student tengah berperang
bukan berperang dengan senjata mata pedang yang tajam meriam semua tuh
tapi berperang dengan mata pen yang tajam
konklusinya sekarang tengah musim peperiksaan
ramai student tengah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran
ramai student tengah bersungguh-sungguh buat nota
ramai student berlumba lumba check carry marks
ramai student nak buat yang terbaik untuk dapatkan pointer yang bagus bagus
baguslah kan macam tuh
Rasulullah SAW sendiri pun pernah bersabda :
"sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang mana bila mereka bekerja atau melakukan sesuatu perkara atau perbuatan itu dengan bersungguh-sungguh ataupun iktikad"
tapi cuba fikirkan balik kenapa kita study ?
untuk apa ? untuk diri sendiri ? untuk ibu bapa ?
kat mana pulak kedudukan Pencipta kita ?
kita study semata-mata untuk dapatkan pointer cemerlang
pastu boleh grad pakai jubah topi empat segi naik pentas amik scroll
pastu cari kerja bagus bagus
dapat gaji beli itu ini hadiah kan kat ibu bapa kita
macam tuh je ke ?
masa kita study kita jaga tak hak Pencipta kita ?
kalau dengar azan apa kita buat ?
kita pause buat nota dan terus amik wudhuk solat bertemu denganNya
ke kita pentingkan nota kejap lagilah solat ?
macam tuh study kerana Allah ?
sedangkan kefahaman dan ilmu itu milik Allah
yang menggerakkan hati pensyarah untuk bagi markah untuk kita pun Allah
rezeki dapat pointer tinggi yang kita perolehi semuanya datang daripadaNya
bila ada kawan ajak pergi ke majlis ilmu
kita tak nak pergi sebab apa ?
sebab takut nanti takde masa nak study
sedangkan masa tuh pun datangnya dari Allah
Allah bagi semua orang masa yang sama je 24jam sehari
cuma tugas kita yang nak gunakan 24jam tuh macam mana
untuk buat nota pagi petang siang malam
untuk buat kebajikan dan dekatkan diri kepada Allah
pilihan ditangan kita
dan percayalah dengan menghadiri majlis ilmu
kita takkan rugi pape pun
sebab dalam Al-Quran sendiri ada cerita kan
"berilah kelapangan dalam majlis majlis maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang orang yang beriman diantaramu dan orng orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa yang kamu kerja kan [58:11]
contohlah kan kita study sungguh sungguh da ni
pagi petang siang malam buat nota untuk semua bab
pastu check carry marks
tetiba carry marks kita rendah
bila carry marks rendah susahlah kan nak score untuk final
kita senang sangat rasa down
kenapa macam tuh ?
sebab kita tak percaya dengan Allah
mungkin ada hikmah disebaliknya ke kan
kita taktau tapi Allah maha mengetahui segalanya
Allah saja je nak uji kita ni bersyukur ke tak ke kan
takpun Allah rindu kat kita nak suruh kita dekatkan diri kepadaNya
Allah sebenarnya sayang kat kita sebab tuh Allah saja je datangkan ujian kepada kita
ataupun sebenarnya kita tak percaya dengan diri kita sendiri ?
walau apa pun yang terjadi cuba lah untuk berfikiran positif
sentiasa lah ingat
kalau dipikirkan balik kenapa kita kena campak ke UNIMAS
kenapa kita kenal dengan seseorang tuh
kenapa kita dapat course tuh
kenapa pointer kita banyak tuh je
kenapa ? kenapa ? kenapa ?
sebenarnya semuanya ada jawapan
Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni selagi mana kita yakin pada Allah, kita usaha sehabis daya, tak membuang masa, fokus.
Insyaallah mampu.
Allah da aturkan segala yang terbaik untuk kita
percaya lah dan teruskanlah berusaha untuk yang terbaik
bersabarlah tetapkan niat dan berteguhlah dengan pendirian matlamat
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai" [27:19]
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri
mohon doa dari kalian semoga diberikan kekuatan
untuk berubah menjadi yang lebih baik
InsyaAllah
hasil nukilan : hambaMu yang selalu melakukan dosa
|