Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| azam tahun baru
Assalammualaikum
memandangkan hari ni merupakan hari terakhir sebelum masuknya tahun baru
atie pun berfikir untuk taip satu entry
sebenarnya ada banyak benda nak cerita kat blog kesayangan ni
tapi taktau nak menaip macam mana
okeyy masalah ni kita letak ketepi dulu yea
tau tak sekarang ni musim apa ?
musim hujan .. yea betul ..
lagi ?
musim buah .. pun betul ..
lagi ? musim apa lagi sekarang ni ?
sesiapa yang memegang status student mesti tau sekarang ni musim apa kan ? kan ?
sekarang ni kebanyakkan student tengah berperang
bukan berperang dengan senjata mata pedang yang tajam meriam semua tuh
tapi berperang dengan mata pen yang tajam
konklusinya sekarang tengah musim peperiksaan
ramai student tengah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran
ramai student tengah bersungguh-sungguh buat nota
ramai student berlumba lumba check carry marks
ramai student nak buat yang terbaik untuk dapatkan pointer yang bagus bagus
baguslah kan macam tuh
Rasulullah SAW sendiri pun pernah bersabda :
"sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang mana bila mereka bekerja atau melakukan sesuatu perkara atau perbuatan itu dengan bersungguh-sungguh ataupun iktikad"
tapi cuba fikirkan balik kenapa kita study ?
untuk apa ? untuk diri sendiri ? untuk ibu bapa ?
kat mana pulak kedudukan Pencipta kita ?
kita study semata-mata untuk dapatkan pointer cemerlang
pastu boleh grad pakai jubah topi empat segi naik pentas amik scroll
pastu cari kerja bagus bagus
dapat gaji beli itu ini hadiah kan kat ibu bapa kita
macam tuh je ke ?
masa kita study kita jaga tak hak Pencipta kita ?
kalau dengar azan apa kita buat ?
kita pause buat nota dan terus amik wudhuk solat bertemu denganNya
ke kita pentingkan nota kejap lagilah solat ?
macam tuh study kerana Allah ?
sedangkan kefahaman dan ilmu itu milik Allah
yang menggerakkan hati pensyarah untuk bagi markah untuk kita pun Allah
rezeki dapat pointer tinggi yang kita perolehi semuanya datang daripadaNya
bila ada kawan ajak pergi ke majlis ilmu
kita tak nak pergi sebab apa ?
sebab takut nanti takde masa nak study
sedangkan masa tuh pun datangnya dari Allah
Allah bagi semua orang masa yang sama je 24jam sehari
cuma tugas kita yang nak gunakan 24jam tuh macam mana
untuk buat nota pagi petang siang malam
untuk buat kebajikan dan dekatkan diri kepada Allah
pilihan ditangan kita
dan percayalah dengan menghadiri majlis ilmu
kita takkan rugi pape pun
sebab dalam Al-Quran sendiri ada cerita kan
"berilah kelapangan dalam majlis majlis maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang orang yang beriman diantaramu dan orng orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah maha teliti apa yang kamu kerja kan [58:11]
contohlah kan kita study sungguh sungguh da ni
pagi petang siang malam buat nota untuk semua bab
pastu check carry marks
tetiba carry marks kita rendah
bila carry marks rendah susahlah kan nak score untuk final
kita senang sangat rasa down
kenapa macam tuh ?
sebab kita tak percaya dengan Allah
mungkin ada hikmah disebaliknya ke kan
kita taktau tapi Allah maha mengetahui segalanya
Allah saja je nak uji kita ni bersyukur ke tak ke kan
takpun Allah rindu kat kita nak suruh kita dekatkan diri kepadaNya
Allah sebenarnya sayang kat kita sebab tuh Allah saja je datangkan ujian kepada kita
ataupun sebenarnya kita tak percaya dengan diri kita sendiri ?
walau apa pun yang terjadi cuba lah untuk berfikiran positif
sentiasa lah ingat
kalau dipikirkan balik kenapa kita kena campak ke UNIMAS
kenapa kita kenal dengan seseorang tuh
kenapa kita dapat course tuh
kenapa pointer kita banyak tuh je
kenapa ? kenapa ? kenapa ?
sebenarnya semuanya ada jawapan
Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni selagi mana kita yakin pada Allah, kita usaha sehabis daya, tak membuang masa, fokus.
Insyaallah mampu.
Allah da aturkan segala yang terbaik untuk kita
percaya lah dan teruskanlah berusaha untuk yang terbaik
bersabarlah tetapkan niat dan berteguhlah dengan pendirian matlamat
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai" [27:19]
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri
mohon doa dari kalian semoga diberikan kekuatan
untuk berubah menjadi yang lebih baik
InsyaAllah
hasil nukilan : hambaMu yang selalu melakukan dosa
Slot Santai Teladan : kematian
Assalammualaikum
Alhamdulillah masih lagi hidup dan boleh lagi menaip
yea kita taktau bila kita akan mati
dan selalu selalu lah kita berfikir bagaimana kita akan mati bukan bila kita akan mati
adakah kita kan mati dalam islam ?
dalam iman ?
adakah kalimah terakhir yang akan kita sebut ialah laillahaillah ?
sedar tak sedar kematian tuh dekat sangat dengan kita
tapi insafkah kita ?
cuba fikirkan balik sepanjang kita hidup apa pengorbanan kita ?
berapa orang yang kita da bahagiakan ?
kalau solat tuh pernah tak terpikir mungkin itu adalah solat yang terakhir kita ?
pelajar UNIMAS sendiri da dua orang kembali ke rahmatullah
Al-Fatihah untuk mereka semoga mereka ditempatkan bersama orang yang soleh
family atie sendiri pulak arwah nenek atie pergi meninggalkan atie masa atie sem satu
arwah mak teh atie kemudian menyusul masa atie sem dua
Al-Fatihah juga untuk arwah yang telah pergi meninggalkan kita
semoga kita dapat berjumpa di syurga akhirat kelak
InsyaAllah
masa dan waktu hampir sama iaitu masa atie nak dekat final exam
dan bakal bercuti semester
mereka yang tersayang pergi meninggalkan atie tanpa atie sempat untuk menatap buat kali terakhir
kematian itu datang tanpa kita ketahui bila masa nya
kematian itu tak kan tunggu atie balik cuti semester
kematian itu bila bila saja
so kita kena lah buat persediaan cukupkan bekalan
untuk kehidupan yang sebenar
kematian itu suatu yang pasti
tak kira dimana pun kita berada
pasti akan sampai
akan tiba suatu saat kelak
inilah yang BAKAL terjadi padaku
kerana syarat mati itu
mesti bersyawa
dan atie mempunyai syarat itu
" Kullu nafsin dzaa iqotul maut "
[ Surah Ali Imran : 185 ]
taktau kenapa atie macam nak share satu link ni
http://ohartis.com/2013/11/kisah-hidup-yasmin-j-hunwick-di-novelkan/ semoga bermanfaat untuk semua annah rais longhouse
assalammualaikum
sekadar berkongsi cerita berkaitan annah rais longhouse
salah satu tempat yang boleh dikunjungi di negeri sarawak
ramai yang taktau atie sendiri pun taktau pada awalnya
tapi Alhamdulillah diberi peluang dapat jugak jejak kan kaki ke sana
kali ni atie ikut program fakulti
kerjasama dengan kementerian pelancongan
dengan sukarelanya atie pun merelakan diri untuk menjadi sukarelawan
atie memang suka kalau bab bab jadi sukarelawan ni
lagi lagi kalau percuma lagilah super duper triple extra suka kan
okeyy melampau sangat da tuh tahap suka tuh
back to the story
masa sampai je annah rais ni semua pelajar berkumpul then
dibahagikan kepada penduduk penduduk di rumah panjang tuh
atie and nisa share satu beg so kitaorang tak boleh berpisah
mula mula tuh pegawai pelancong tuh main tarik je sesiapa then bahagikan kepada keluarga angkat
sekali atie gtau yang atie share beg dengan kawan
atie kena lecturer kenapa share beg bla bla bla
takpelah kena bebel pun takpelah
last last Alhamdulillah kami dapat keistimewaan lebih
walaupun kami orang terakhir yang beredar dari tapak berkumpul tuh
seperti biasa atie nisa and maria
M.A.N tak nak berpisah mesti nak together together
kami dapat keluarga angkat yang best
kami dibawa naik gunung amik buluh
kami dibawa ke kebun makan buah
kebetulan masa tuh tengah musim buah kat sarawak
kami dibawa mandi sungai secara privasi
kami diajar masak dalam buluh
kami diajar kopek kelapa secara tradisional
kami diajar buat santan secara tradisional
kami dibawa melawak kawasan annah rais siap ada pemandu pelancong lagi
ni la pemandu pelancong kami
si albert anak kepada auntie endu
family angkat kitaorang la jugak dia ni
macam macam cerita dia cerita
semua sejarah atuk nenek moyang semua dia cerita kat kitaorang
hujan hujan pun kitaorang berjalan jugak
gigih kan menjelajah tempat baru
see nampak tak kat sini setiap benda yang berlaku ada hikmahnya
walaupun kena bebel sakit hati last last ada perkara lain yang menggembirakan
malas nak taip banyak dengan suka hatinya atie nak tempek gambar bebanyak kat sini
mula mula sampai tuh atie takut jugak nak jalan atas buluh ni
sebab nampak macam tak kukuh je tapi
Alhamdulillah lepas nampak budak budak kat sini berlari
so datanglah keberanian untuk berjalan seperti biasa kat atas buluh ni
dan meronda ronda kawasan rumah panjang ni ha
dan lagi satu keistimewaan kitaorang
rumah family angkat kitaorang dekat dengan pentas
so kitaorang boleh rehat rehat sambil tunggu vvip datang
dan kitaorang boleh tengok dari dalam rumah apa yang berlaku kat bawah
hikhikhik profit kan
seterusnya kami diberi uniform percuma
plastik sampah and sarung tangan
dan bermulah aktiviti sukarelawan
membersihkan kawasan annah rais longhouse
hopefully kitaorang melakukan kerja dengan ikhlas
semoga setiap kerja yang kami lakukan ada peritungan daripadaNya
sekian terima kasih
hopefully lepas ni kalau ada lagi aktiviti kesukarelawaan
atie lah orang pertama yang akan mendaftar
(^_^)
gunung gading
assalammualaikum
post kali nak cerita pasal hiking gunung gading
sebenar takde la nak cerita apa sangat pun
dalam satu hari je pun hiking gunung gading ni
kali ni atie pergi under program Ko-Q
Ko-Q ni wajib amik syarat bergraduate la macam tuh
sepatutnya atie kena amik sem lepas
tapi ada sedikit masalah yang menyebabkan atie kena amik sem ni
bermulalah pepagi lepas solat subuh bergerak ke depo naik bas
then nak pergi ke gunung gading adalah dalam satu jam lebih mcm tuh baru sampai lokasi
sampai je kat gunung gading da ada adik adik comel dari rumak kanak kanak kuching
kitaorang akan hiking bersama adik adik dari rumah kanak kanak kuching
mula mula excited sangat tapi bila da spend masa dengan diaorang rasa sedih pulak
sebab ada diantara diorang didera lah dibuang oleh keluarga la
kesian sangat bila pikirkan nasib diorang ni
terdetik rasa bersyukur sangat sebab atie tak berada dalam kasut diorang
tapi adik adik ni memang tabah lah dan yang pastinya Allah sayang sebab tuh Allah bagi ujian kat diorang
okeyy takmau sedih sedih yea
ni bukan slot santai teladan tapi ni nak cerita pasal gunung gading
yang atie tau kalau nak hiking gunung gading ni kena bayar RM10 je
pastu nanti akan ada pegawai yang akan lecturer bagitau apa yang do dan apa yang don't
trek dia boleh tahan la best mencabar la jugak
masa ni kitaorang singgah kat waterfall 7
kasi peluang kat adik adik untuk mandi dan bersuka ria
atie tak mandi time ni sebab atie lagi suka tadabur alam
dengar bunyi unggas hutan bunyi air terjun bunyi daun daun bersapa antara satu sama lain
SubhanaAllah indahnya ciptaan Allah betapa hebatnya pencipta kita
sambil sambil tuh atie tengok adik adik tuh then refleks kat diri sendiri
baru lah dapat sedarkan diri atie ni sikit
bersyukur sesangat dengan nikmat yang Allah bagi
pastu sebelum sampai ke puncak kita boleh singgah mandi ke waterfall
disebabkan kitaorang hiking dengan adik-adik so kitaorang tak sampai ke puncak
misi awal awal sebelum hiking kononnya nak cari bunga rafflesia
tapi sebab kan adik adik da tak larat
ada yang da krem kaki tak dapat nak jalan
dan takut pape yang tak diingini berlaku so kitaorang pun buat keputusan untuk back to station
majlis konvokesyen
Assalammualaikum
mohon anda semua jangan keliru
sesungguhnya atie masih lagi penuntut universiti dan belum lagi grad
ni cuma cerita seorang akak senior yang da konvo
atie dijemput untuk jadi wakil keluarga kepada akak ni je
maklumlah UNIMAS ni kan over the sea
so menjadi limitasi sikit kepada sesetengah orang untuk datang ke negeri borneo ni
tapi bukan atie sorang je yang dapat jemputan ni
kak tikah,kak yuzi,kak mira and nisa pun dapat jugak
sebenarnya atie tak kenal pun akak ni tapi akak ni kenalan kepada kak tikah
tetiba makin panjang pulak ukhuwah yang terjalin disin yea
tak kisah lah pape pun tahniah kepada kak he berjaya tamatkan pengajian
semoga akak terus berjaya bukan saja di dunia tapi di akhirat jugak
InsyaAllah
agak agak lah kan bila lah atie dapat merasa pakai jubah ni ?
ingatkan study kat U ni senang rupanya indah khabar dari rupa
konon dulu cikgu cikgu cakap seronok masuk U ni
waktu belajar tak sama macam kat sekolah ni
sesuka hati kamu je nak masuk kelas pukul bape
pastu kalau exam pensyarah yang bagi markah
bukan macam sekolah kementerian yang bagi markah
kat U boleh pakai pakaian bebas tak macam kat sekolah kena pakai uniform
percayalah kalian sesungguhnya
yea atie sangat merindui zaman sekolah
kengkawan sekolah cikgu cikgu sekolah
warden asrama kenangan kenangan di zaman sekolah
semualah i'm really really miss it
nota kaki :
hargailah setiap masa dan detik yang berlalu
|