Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| Slot Santai Teladan : minat seseorang tapi ....
“Suhana, kau pernah suka or minat pada seorang lelaki tak?”
tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
“Pernah lah,” jawab saya.
Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”
“Aku
akan berdoa dalam hati…
“Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah
jodohku, maka dekatkanlah dia untukku,
jika bukan maka berikanlah yang
lebih baik dari itu,” ” jawab saya.
“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.
Benar,
setiap orang pasti pernah jatuh cinta.
Namun bagi yang menjaga iman dan
diri, pasti dipendamkan dahulu,
cuba berusaha dengan cara yang betul
untuk meraih cinta tersebut.
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari
melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan
sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali
kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan
kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah!
Atas
alasan takut diri tidak laku,
maka jika sesiapa lelaki yang menghulur
cinta maka terus diterima
tanpa berfikir dengan akal yang waras.
Maka
ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang
sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda,
maka
peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan.
Namun, jika diri
sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini,
segeralah
bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan datang
bergolek, ia perlu dicari.
Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya?
Adakah mengikut syariat atau tidak?
Adakah anda yakin ‘boyfriend’ anda
sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”
Nah,
akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya,
tetapi
berserah setelah mengikut pencarian yang salah,
anda sendiri mampu
menafsir apa yang akan berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya
perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap,
bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya,
saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian
bahawa carilah
jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran
bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang
jodoh.
Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu
sendiri datang kepada kalian dengan izin Allah.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dahulu.
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa
yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra
dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun-mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya…
insyaAllah!
|