Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
luahan perasan budak semester tiga tahun dua
Assalammualaikum

Setiap orang pasti mempunyai teman, teman sejati sering juga disebut sahabat. Sahabat adalah Seseorang yang selalu menemani kita disaat suka maupun duka. Tanpa sahabat mungkin hidup ini terasa hampa. Seorang sahabat juga butuh kita untuk menemaninya disaat suka maupun duka, saat dimana duka bisa dihapus dengan kelucuan,jangan sekali-kali meninggalkannya ketika dia sedang terpuruk atau kata yang saat ini sedang tenar yaitu lagi Galau.

semakin hari atie rasa macam semakin susah nak paham seseorang
kekadang kita terlampau jaga hati dia sampai kita sendiri pulak yang sakit hati
kita sanggup buat apa saja kekadang tuh semata mata nak dia happy
demi sebuah hubungan yang dinamakan sahabat
tapi dia tak pernah nak hargai dan selalu sangat buat kita tertanya tanya dan rasa bersalah 
sampai satu tahap tuh kita lebih gemar mendiamkan diri 
dan bersendirian untuk mencari ketenangan dan kedamaian

dan sampai atie pun konfius betul ke dia ni ikhlas bersahabat dengan atie
bila bersama atie tak dapat rasakan manisnya persahabatan
dan kekadang tuh atie terpaksa jadi orang lain bila bersama dia
hmm .. entahlah




Slot Santai Teladan : mana mak ?

assalammualaikum
Jom baca :') 
sedih lah kisah nih....
renung renungkanlah ....

  sekadar berkongsi cerita.
MANA MAK???


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. 
Wajah Mak kelihatan resah. 
Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. 
Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. 
Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. 
Mak jawab penuh perhatian. 
Mak ambil berat di mana anak-anak Mak 
dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. 
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. 
Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. 
Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. 
Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. 
Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." 
Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. 
Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. 
Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. 
Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.
Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.
Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.
Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.
Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik.
Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.
Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.
Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan.
Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum.
Kedua bibir Mak diketap repat.
Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.

Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka sudah besar.
Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.
Kereta Ateh paling gah.
Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu.
Mak cuma suka warnanya.
Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.
Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan.
Ayah tutupkan payung mak.
Mak bagi salam.
Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah.
Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja.
Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak.
Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi,
Mak sempat berkata kepada Mak Uda,
"Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.
Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci
sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.
Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat.
Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan.
Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.
Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak.
Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan.
Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama.
Setiap hari Mak berharap begitu.
Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh.
Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung.
Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput.
Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan.
Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.
Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.
Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.
Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.
Mak ingat kata-kata ayah,
“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.
Along dan Angah sudah beristeri.
Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing
sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian



Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab,

“Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis,
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.
Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.
Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya
apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.
Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik
mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi.
Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa,
hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.
Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" ,

"Mana Angah?",

"Mana Ateh?",

"Mana Alang?",

"Mana Kak Cik?"
atau
"Mana Adik?"

Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.
Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi
hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih.
Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri,
"Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik ,
"Mana mak?"

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang.
Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang.
Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
"Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu.
Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah.
Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu.
Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan
"Mana Mak?"
masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu.
Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.
Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah.
Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.
Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 

sayangilah dan hormatlah pada ibu kita selagi ibu kita masih ada
sekadar untuk peringatan sendiri dan sahabat sekalian 



Slot Santai Teladan : pengorbanan seorang ayah
assalammualaikum

Jom baca :') 

sedih lah kisah nih....

  sekadar berkongsi cerita.
 
Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit ATM. 
Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik. pakcik nak minta tolong apa yea ?
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
tapi hari ini cuti umum, pakcik tak reti nak buat sendiri.

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.

Duit dimasukkan untuk anak kedua pula.
Jumlah yg sama iaitu RM200
tapi kali ini 5 keping not RM10 dan 3 keping not RM50
Semua duit masuk dlm mesin tapi tetiba RM100 keluar semula.
dua kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). 
Tinggal RM7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajah pakcik tersebut.

Selepas berterima kasih pakcik tersebut pun berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh sungguh wahai anak anak kpd pakcik itu.

RM400 utk dua org anak.
Sikit untuk dirinya sudah memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..
 
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
Peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat sekalian.

Ya Allah ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibubapaku
Kasihanilah mereka keduanya sebagai mana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi

Slot Santai Teladan : minat seseorang tapi ....
“Suhana, kau pernah suka or minat pada seorang lelaki tak?” 
tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

“Pernah lah,” jawab saya. 
Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”

“Aku akan berdoa dalam hati… 
“Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, 
jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” ” jawab saya.

“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. 
 Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, 
cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. 
Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.


Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. 
Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah!

Atas alasan takut diri tidak laku, 
maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima 
tanpa berfikir dengan akal yang waras. 

Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, 
maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. 
Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, 
segeralah bermuhasabah.

Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan datang bergolek, ia perlu dicari. 
Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? 
Adakah mengikut syariat atau tidak? 
Adakah anda yakin ‘boyfriend’ anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, 
tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, 
anda sendiri mampu menafsir apa yang akan berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, 
bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian 
bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh.
 Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian dengan izin Allah.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dahulu.
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun-mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya… 
insyaAllah!

Slot Santai Teladan : realiti
assalammualaikum
just a copy post from : kak tikah

Jangan kamu anggap diriku wanita solehah dengan apa yang aku post...
Jangan kamu anggap diriku mulia dengan apa yang aku taip....
Jangan kamu tertarik atau jatuh hati dengan keperibadian & perwatakan yang aku tunjukkan....
kerana kamu masih belum mengenali diriku dan keperibadianku..
juga masa silamku...
Aku cuma wanita biasa..
Tidak segigih Siti Hawa..
Tidak sesetia Ainul Mardhiah..
Tidak seberani & sehebat Sumayyah..
Tidak juga semulia Siti Khadijah dan Tidak juga secantik Bak “Bidadari”....
&
diriku juga bukannya srikandi sejati seperti Rabiatul Adawiyah yang menjadi dambaan berjuta pemuda “yang bakal dinobatkan syuhada”


Tetapi aku wanita biasa yang punya impian
untuk  berjuang dan syahid sebagai srikandi islam.. 
insyaallah...segala tohmahan ku jadikan ia kekuatan dalam meneruskan kehidupan.. 
mohon maaf di atas segala kekhilafan....!!
impian & harapanku...  
Everyday is my day to become a better muslimah.. 

Allahuma’ameen..

tembok besar china
assalammualaikum

lama tak berblogging bukan sengaja tapi segan la nak hapdate blog
sebab sekarang ni lappy atie rosak so atie guna PC kat cais or lab untuk online
takde privasi langsung kalau nak hapdate blog
rasa mcm ada orang pandang je
rasa mcm ada orang baca apa yang atie taip
pastu gelak gelak mengejek tah pape tah budak hingusan ni taip

tuh yang atie rasa la walaupun takde orang pun nak baca sebenarnya
tapi tah la atie rasa mcm tuh
okeyy abaikan
rasa mcm buat salah besar je asal ada orang lalu ke orang tengok ke
mesti tangan atie cepat cepat sambar mouse pastu klik minimize
segan kot maklumlah atie bukan reti sangat pun menaip naip ni
ayat tah pape tunggang langgang melenggang kangkung belacan habis semualah

tapi hari ni atie gagah lagi berani untuk menari nari kan jarijemariku diatas keyboard
bukan main lagi jejarinya berdansing dansing tak pandang da orang kiri kanan
lantak situlah orang nak pandang ke nak terberanak ke whatever lah
atie tak pedulik hari ni atie nak jugak hapdate blog
asyik bertangguh je sampai basi da semua cerita

follow follow ways atie nak jugak cerita kat blog pasal satu benda ni
sebab nanti bila atie bosan atie baca balik blog kepam atie ni 
boleh senyum sengsorang teringat balik benda yang da lepas
boleh lah buat hilang stress sekentut dua kentut kejap
okeyy banyak sangat da atie mengarut

sebenarnya kan sebenarnya atie kan nak cerita pasal
pasal janji janji manis antara kau dan aku
ecehh ini semua poyo


seriustalk

sem ni atie serumah dengan akak akak senior
okeyy terasa muda sekejap disitu
rasa mcm tak percaya je sekejap je da sem tiga tahun dua
da boleh jadi hakak senior rupanya atie
tapi takpe ada lagi hakak senior yang lagi sinnior kat sini

so ceritanya mcm ni
kitaorang ada la berjanji bahawasanya pada tahun 2016 nanti 
kitaorang nak berjumpa kat LCCT
pastu pergi ke tembok besar china sesama
InsyaAllah time tuh semua da bergraduate silap hari bulan ada yang da berlaki
huhuhu okeyy tuh masa depan kita taktau
letak ketepi pasal tuh yang penting kitaorang da berjanji 
kunun kunun mcm style cerita MAN ala ala gitu la kan mak jemah
tahun 2016 kalau ada sesiapa yang tak datang jangan tanya kenapa
paham paham sendiri la khonn 
pape pun kita hanya merancang dan Allah yang berkuasa untuk menetukan segalanya
hopefully semua antara kitaorang ni akan ingat janji ni 
dan InsyaAllah dapat kitaorang laksanakan suatu hari nanti

mereka yang wajib terlibat untuk menunaikan janji
kak tikah . kak yuzie . kak mirah . nisa . atie 



terima kasih kerana sudi membaca . sekian .


Older Post | Newer Post