Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Sabah Sight-Seeing Part 2
Assalammualaikum

Alhamdulillah ada pun mood and peluang nak update blog
so now nak sambung cerita yang tergendala 
tapi sebelum tuh nak bagi amaran
post kali ni mungkin lebih banyak gambar
sekian terima kasih

okeyy
atie nak cerita pagi tuh kitaorang gerak keluar pagi jugak la
tapi tekde la pagi sangat
kitaorang berjalan kaki keluar dari kawasan perumahan 
takde la jauh mana pun nak keluar dari kawasan perumahan nisa
bukan apa keluar tuh untuk cari van sewa
nak ke pekan kena naik van sewa
nak naik van sewa kena la keluar sebab van tak datang jemput depan rumah
tambang seorang bape hinggit je tak silap atie
sorry la tak ingat da maklum la cerita lama baru nak hapdet 
yang pastinya tambangnya murah je 

naik van sewa pastu turun kat terminal
terminal ni tempat perhentian bas
semua bas berkumpul kat sini la 
ada mcm mcm jenis dan bentuk bas kat sini
tapi kawan atie pesan kena hati hati sikit kat sini
sebab kat sini ada ramai "pilak"
hahaha



pastu kitaorang naik bas pergi ke sepanggar
sebab atie janji dengan nabilah nak jumpa kat 1B
1B -> One Borneo nama penuhnya
sebab 1B tuh dekat je dengan UMS 
sebelum sampai 1B limpas dulu depan UMS

lepas berjumpa dengan nabilah kitaorang gerak g KK
KK -> Kota Kinabalu nama penuhnya
kat sini la kitaorang berjalan sakan
mula mula kitaorang minum air kelapa
nyaman sangat minum air kelapa time panas panas
ditambah lagi minum bersama kengkawan tersayang
memang nikmat la rasanya
Alhamdulillah


lepas minum kelapa kitaorang sambung jengjalan balik
sepanjang jalan kita akan berjumpa dengan mcm mcm jenis kuih sabah
siap boleh rasa sampai kenyang lagi
semua peniaga kat situ akan beriya offer suruh rasa 
pastu terpulang la kat korang nak beli ke tak
yang pamesnya kat sini ''amplang''
ada amplang ikan , amplang udang dan amplang sotong
ada kuih lain jugak mcm kuih cincin 
kuih cincin kat sabah sama je mcm yang kat sarawak
selain tuh ada je lagi kuih lain
kalau nak tau kuih apa lagi boleh la jengjalan kat sabah



lepas tuh kitaorang jengjalan deret kedai yang menjual ole ole pulak
memang best cuci mata kat sini sebab banyak barang kraf dijual at sini 
lagi best kalau banyak duit boleh borong banyak benda
semuanya menarik dan kreatif
sangat kreatif sampai katak pun boleh jadi dompet untuk simpan duit


ada jugak aksesori mcm gelang , rantai , cekak semuanya cantik cantik belaka
ada yang dibuat guna tali guna kayu guna manik mcm mcm la
yang paling pentingnya semua benda ada tertulis sabah 
tuh buktinya korang beli kat sabah
hahaha


lepas tuh kitaorang singgah solat dan makan tengahari
solat time tuh kat mall hape tah tak ingat da nama bangunan tuh
tapi dekat je la jalan kaki je da sampai


makan pulak kitaorang makan kat ikan bakar corner tak silap
memang best ikan bakar kat situ
ada mcm mcm jenis boleh pilih
nak pilih yang panas panas tengah bakar pun boleh
cicapan dia pun ada pelbagai
siap boleh campur campur and buat sendiri
nak pedas ke masin ke masam ke
 semua bahan ada disediakan kat situ tinggal sendiri bancuh je

ni je menu yang kitaorang pilih sebab banyak sangat pilihan 
sampai taktau nak pilih apa
ikan pari bakar , cicapan sendiri buat dan anggur laut


bagi atie anggur laut ni memang sedap gila lah
bila makan dia rasa mcm crunchy crunchy sikit
alaa mcm kita makan sushi kan ada telur ikan tuh kan
ha rasanya mcm tuh
sedap je letop letop dalam mulut
pastu rasa mcm masin masin sikit pedas pedas sikit masam masam sikit
sebab kawan atie perah limau pastu campur cili and garam atas rumpai tuh
memang sedap la 
sedap sangat sangat sangat

lepas makan kitaorang sambung berjalan lagi
kali ni kitaorang mencari kedai pemborong jamilah
kat sini banyak jual mutiara and souvenir sabah
boleh beli sekali banyak murah murah lagi tuh
sangat berbaloi dan puas hati datang sini
jangan lupa kalau datang sabah cari kedai pemborong jamilah tau
boleh borong untuk orang tersayang 


next destination kitaorang singgah pasar filipina
sini memang tempat melantak yang super duper la 
macam macam makanan ada kat sini
yang bakar yang mentah yang basah yang kering 
semua boleh cari kat sini


owh ya kalau da sampai pasar filipina ni korang jangan lupa try makan kat sini
makanan laut dia pergh !
besar besar weiyh ikan sotong udang kat sini
batak habis la tengok makanan laut kat sini


pastu lagi satu rumpai laut
try je semua benda bukan selalu dapat peluang mcm ni kan
ada mcm mcm jenis rumpai kalau korang nak tau
ada yang kale hijau kale kuning kale unggu
pastu ada lah gred grednya
atie pun dengar daripada macik makcik yang menjual kat situ


kat pasar ni pun banyak kedai makan 
bukan kedai makan seafood je
ada jugak makanan lain
sesuai untuk mereka yang allergic seafood
so kitaorang pun penat berjalan 
rehat sekejap lepak layan bakso dengan ABC
peniaga peniaga kat sini sangat ramah
asal ada orang lalu je mesti dia tanya
"makan kak ? minum kak ? singgah dulu kak"
pasar ni bukak lewat petang sikit tau
kalau datang pagi memang tak kan jumpa la pasar filipina


lepas makan bakso 
kitaorang solat dulu pastu sambung berjalan balik 
kali ni ke kampung air pulak
macam pasar malam tapi lebih kurang mcm uptown jugak rasanya
kali ni kompas kitaorang tersasar sikit
sorang kata ikut jalan ni
sorang lagi kata ikut jalan sana tuh
pastu tersesat sampai ke mana tah
terpaksa la tanya orang orang tepi jalan 
pastu patah balik cari jalan yang benar
memang kelakar penat berjalan tapi tak rasa pun 
sebab jalan reramai kan bila kenangkan balik memang lawak la



masa sampai kampung air riuh sangat keadaan kat situ 
sebab kebetulan time tuh era fm ada buat segmen mencari orang misteri
siapa dapat cari orang misteri era fm dapat RM1000 tak silap atie
atie pun tak dengar radio dengar orang orang kat situ bercakap je
yang memang lawaknya boleh pulak ada orang kata kat nabila
ni kot orang misteri era fm
mengekek atie kat situ
buat lawak je la orang kat situ
nasib tak diseretnya nabilah pi tebus duit kat era fm
hahahaha

pastu tiba la masa untuk berpisah dengan nabila 
setelah seharian berjalan sakan
lagipun da malam kan
nabilah kena balik UMS atie takpe la sebab atie tengah bercuti

lepas hantar nabila ke terminal kitaorang singgah pantai minum kejap
feeling gila makan satay tepi pantai
cuma silap tak pakai pario je 
kalau tak memang feeling habis lah
dengan angin malam campur dengan angin pantai 
memang terasa indahnya dunia
SubhanaAllah

lepas tuh kitaorang singgah perdana park pulak
kat tanjung aru
kat sini yang bestnya ada persembahan air pancut
sangat romantik tempat ni
kena datang tepat pada masanya la sebab bukan selalu ada show
dan kitaorang memang sangat bernasib baik sebab time kitaorang datang
memang ada show
sweet sangat rasa mcm bercinta je datang tempat ni
nak ajak en suami datang dating kat sini lah one day nanti 
hahaha

okeyy cukup untuk perjalanan seharian atie kat sabah
boleh balik rumah nisa dan berehat bersiap sedia untuk hari seterusnya
dan atie akhiri post atie kali ni dengan video persembahan air pancut yang sangat awesome
memang kreatif la siapa yang punya idea buat tempat menarik mcm ni
sambungan disini



Older Post | Newer Post