Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
pangkor's story part 2
Assalammualaikum

entri kali ni adalah sambungan daripada SINI
InsyaAllah entri kali ni lebih banyak gambar daripada words
blog ni dah jadi macam album atie
memang tabiat atie lebihkan gambar daripada words
sebab atie kurang arif dalam mengarang ayat ni

okeyy let's start
ni cerita sudah basi punya tapi baru sekalang mau hapdet


pergi ke pangkor hari hari hari tuh 
2H1M je sangat singkat tapi bermakna
bagi atie bermakna la sebab 
dapat luangkan masa dengan kengkawan
walaupun agak kecewa sikit 
dengan pengurusan yang tak bape nak lancar 
pape pun atie tetap bersyukur

yeah
atie memang selalu mcm tuh suka sedapkan hati sendiri
pagi sabtu tuh kitaorang berkumpul kat petronas sg besar
lewat jugak la kitaorang gerak sebab tunggu kengkawan bersiapkan
pastu berhenti kat sabak bernam untuk berkumpul lagi
sebab ada yang tunggu kat sabak bernam dan tukar kereta
mula mula ikutkan una yang drive 
tapi kaum wanita sememangnya dikenali sebagai kaum yang lemah 
una tak berani nak drive so terpaksalah gunakan perkhidmatan kaum adam
empat biji kereta berseiringan bergerak ke pangkor

agak lewat jugak la kitaorang sampai jetty marina
ada satu kereta tuh lagi sedap tertinggal kat mana tah
kononnya salah jalan dan dia tau jalan
bila call siap cakap malaslah aku nak cakap
tapi Alhamdulillah akhirnya sampai jugak dengan selamatnya

lepas parking kereta semua angkat barang pi amik tiket dan terus naik feri
ngam ngam time tuh feri nak gerak
sampai kat pulau pangkor kakak yang handle kitaorang tuh
kalut semacam tapi nasib baik la mood atie tengah baik time tuh
so everything become smooth
dan kitaorang naik 2 biji van pergi ke pangkor rimba camp
sampai je kat pangkor rimba camp kami cari port dan start pasang khemah
time tuh khemah penuh kat kawasan tuh 
sebab ada rombongan budak sekolah dari johor
kitaorang pilih port paling hujung dan paling dekat dengan pantai


time ni la bakat badan uniform masing masing semakin menyerlah
ada yang zaman sekolah dulu aktif pengakap
ada yang aktif kadet bersatu malaysia
yang pastinya masing masing hebat 
dan siap ada yang berjawatan tinggi dalam persatuan lagi tuh

lepas pasang khemah rilex rilex jap hirup udar segar tepi pantai 
sambil bersantai santai 

lepas da bersantai santai kitaorang mulakan dengan aktiviti snorkeling
naik bot pergi ke pulau hape tah 
tapi kat pulau sini banyak ikan dan sesuai untuk aktiviti snorkeling
masa first datang dulu nampak lah ikannya
kali ni mcm kurang je ikannya

penat bersnorkeling rehat sekejap atas batu
 tapi google yang kitaorang guna kali ni tak best sangat
sebab air boleh masuk kat mata
dia macam tak ketat la

owh ya !
sedikit tips yang cikgu radhi pernah ajar atie n kengkawan dulu
sebelum snorkeling kita kena ludah kat google tuh
dan gosok rata kat seluruh bahagian kanta
supaya bila kita masuk dalam air nanti
google tuh tak kabur atau berwap
so boleh lah tengok ikan dengan kanta yang jelas
mula mula atie ingatkan cikgu saja nak pekena kitaorang
tapi sebenarnya tak memang betul pun apa yang cikgu ajarkan tuh

macam macam gelagat depaorang ni masa snorkeling
lepas da penat snorkeling
kitaorang balik ke pangkor rimba camp
sampai tuh sambung lagi mandi laut
sampai una and waang berperang
main pasir pantai yang putih gebu tuh ha



tak kena pasir tak best la kan
lagipun air laut berlambak
mandi pasir pastu mandi la air laut
baru terasa keseronokan hidup ditepian pantai

part yang paling best bagi atie ialah tengok matahari terbenam
SubhanaAllah ciptaan Allah memang indah indah belaka
tiada siapa pun dapat menandingiNya

dengan udara pantai yang menyegarkan lagi mendamaikan
rasa macam nak duduk kat tepi pantai tuh lelama je
tapi tak boleh la sebab ada tanggungawab lain yang perlu diselesaikan
nak kena mandi sebersih bersihnya dan solat

lepas tuh mandi yang sebersihnya
siap sedia untuk BBQ
agak kecewa sikit sebab makan petang kami tak dapat
pihak kantin resort sibuk uruskan rombongan pelajar sekolah dari johor tuh
dan makan petang kami disediakan sekali dengan makan malam
time tuh perut memang lapar gila lah
maklumlah baru lepas main air kan perut sejuk yea lapar
tapi nak buat macam mana bersabar je lah


disebabkan pihak kantin resort sibuk kitaorang kena bakar sendiri
dan siapkan semua bahan sendiri
sampai sotong ke hape tah lagi satu menu
sepatutnya kitaorang dapat tapi tak dapat
sebab menu tuh lupa nak keluarkan dari peti ais dan beku
bahan mentah yang kami dapat pun tak diperap lama
so rasanya kurang kick
nak buat mcm mana sabar je lah yang boleh

atie paham lah mereka sibuk tapi kami pun bayar jugak
takpe lah maybe ada hikmah disebalik semua ni

 time ni best jugak la sebab ada main teka teki
teka teki yang memang lawak gila lah
siap ada ujian pendengaran segala bagai
pastu dapat pulak meratah setray makanan seafood dengan kengkawan
memang nikmatlah
sampai sengget sengget kepala makan
time ni ada yang da mengantuk balik bilik n masuk khemah tidur
maklumlah kepenatan seharian mengaktifkan diri
macam macam lawak yang dibuatnya
sampai ketam pun dikatakan buaya
 memang time tuh ada je idea memasing nak mengenakan dan membahan
gelak gelak sembang sembang tau tau da lewat pagi
paling tak boleh bla bebudak yang rombongan sekolah tuh
boleh pulak berpesta dan mabuk kat tepi pantai
dekat jugak lah dengan port kitaorang
naik risau kitaorang takut kang yang mabuk tuh salah masuk khemah
tak ke cari pasal namanya tuh

sampai budak laki buat keputusan tak nak tidur dan berjaga
risau kalau kalau jadi pape kang
masalah pulak
thanks kat korang yang berjaga demi keselamatan kami

next day pepagi lagi kitaorang da mandi laut
sarapan pastu siap siap untuk island tour
kalau ikutkan island tour yang dalam package kami
tuh ada untuk air dan darat
tapi kakak yang handle kitaorang tuh taktau so kitaorang tak dapat
merasa pacakage island tour untuk air punya
takpelah again atie diduga dan bersabar

kitaorang dibawa melawat pusing satu pulau pangkor tuh
pelbagai keterangan diberi oleh pemandu
kalau ikutkan 2 jam setengah masa yang diberi
untuk kami melawat kawasan
tapi pemandu tuh tak amanah so
tak sampai 2 jam setengah kami da dihantar ke jetty
again bersabar je lah







kami di kota belanda

kami di kilang pemprosesan makanan laut


kami di tokong cina kot tah tempat hape tah




island tour dapat yang darat pun darat je lah
lepas island tour kitaorang terus balik ke jetty
again lunch kami tak dapat nak disediakan
disebabkan rombongan budak sekolah
fine fine atie memang sabar orangnya
kalau ikutkan kengkawan atie diorang da nak bergaduh da
sebab tak puas hati kan
tapi nasib atie tahan tak nak lah timbulkan masalah
takpe lah biarkan je apa diorang nak buat
selagi kita boleh sabar kita sabar je
jadikan pengajaran dan pasni tak payah la da datang situ lagi
mungkin ada hikmah disebalik semua ni
dan mungkin ada salah faham kat memana ke kan
kita kena positif thinking je
rilex chill keep calm and smile


pape pun atie happy sebab dapat spend time dengan korang semua
thanks and sorry for everything
atie minta maaf kalau atie ada menyakitkan hati korang 
ke masa bersembang dan bergurau
dan atie minta halal mana yang terlebih dan terkurang kat memana ke
sekian untuk kali ni




Older Post | Newer Post