Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| semester dua
Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah.
Dengan berakhirnya kertas pengenalan sains politik pukul 6.00 petang 18 jun 2013
secara rasminya berakhirlah sudah semester ini.
Alhamdulillah !
Akhirnya atie mampu menarik nafas lega.
walaupun semester dua ni tak banyak cerita yang menarik
pape pun atie tetap bersyukur dapat jugak bertahan dan habiskan semester dua
Semester ini banyak mengajar atie untuk bersabar
Atie juga belajar untuk memahami sikap dan sifat manusia yang pelbagai kerenahnya
dan semester ini jugak atie banyak kali balik semenanjung
2.2.2013 - angah atie bertunang
kali ni majlis buat kat kampung sebab tak nak ramai yang tahu
kalau bertunang kat rumah nanti jiran jiran nampak habis kecoh sekampung
so better buat majlis ringkas sesimple yang boleh kat kampung
5.4.2013 - pakcik + makcik atie bersanding
dua pasang pengantin diraikan serentak so nak tak nak kena la balik kan
26.4.2013 - bang boy atie pulak bersanding
kali ni abang sendiri kahwin tak kan tak nak balik kan so balik lagi
sayangnya semua pengantin akad nikah atie tak sempat nak tengok
sempat pergi majlis bersanding je tapi takpe bersyukur
janji ada masa majlis berlangsung
sem ni jugak atie kehilangan seorang lagi ahli keluarga
iaitu mak cik atie
tapi atie tak dapat nak balik semenanjung
sebab da nak dekat musim peperiksaan
16.5.2013 hari khamis arwah pergi buat selamanya
arwah mak cik atie tetiba saja nak hantar anak dia pergi kerja masa hari kejadian
sebelum ni anak dia pergi kerja sendiri
tapi masa tuh tetiba arwah nak hantar
lepas balik hantar anak dia g kerja
arwah exciden kena langgar
tapi takde setitik darah pun yang mengalir masa tuh
mungkin sebab arwah tengah puasa sunat bulan rejab kot
Alhamdulillah segala urusan sangat dipermudahkan
LaillahaillaAllah
sem lepas nenek atie kembali kerahmatullah pun dekat nak peperiksaan
pun atie tak dapat balik
sedihnya tuh Allah je tau rasa terkilan pun ada jugak
sebab tak dapat tengok arwah buat kali terakhir
tapi nak buat mcm mana kan
Allah adalah sebaik baik perancangan mungkin ada hikmah disebalik semua ini
setiap kehilangan ahli keluarga atie Allah gantikan dengan ahli baru
memang hebat perancangan dan dugaan Allah
masa arwah nenek atie meninggal Allah gantikan dengan sepasang sepupu kembar untuk atie
masa arwah makcik atie meninggal Allah gantikan
dengan kedatangan pakcik,makcik,akak,abang ipar baru untuk atie
semester ni jugak atie kurang bersemangat nak study
dan atie taktau kenapa penyakit M sem ini semakin menjadi jadi
mungkin atie terlebih amik vitamin M agaknya
tapi pape hal pun atie berharap sangat sangat keputusan peperiksaan atie
takde lah seteruk teruk beruk nanti
dan lagi semester ni
atie punya nama tersenarai dalam waiting list untuk kolej semester depan
sangat mendebar dan saspen ok
taktau la dapat ke tak kolej untuk sem depan
tapi kalau boleh atie tak nak menyewa rumah
nak stay kolej senang sikit atie sayang kat kolej cempaka
please please kasi atie tinggal kolej untuk sem depan
atie bukan ada pendapatan bulanan pu nak bayar sewa rumah tiap tiap bulan
hopefully dapat lah kolej untuk semester depan
Ameen
InsyaAllah Allah tau apa yang terbaik untuk atie
okeyy da panjang sangat da ni atie menaip
last but not least
Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dan memberikan erti kepada hidup atie
Tanpa anda semua
atie mungkin tidak mendapat ilmu dan pengalaman yang bermakna sebegini.
Jazakumullahu khairan jaza'.
Semoga ALLAH membalas jasa kalian semua dengan kebaikan.
Ameen. Insyaa-ALLAH.
|