Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| Slot Santai Teladan : tak mula tak jadi
Assalammualaikum
Mood : lama tak
update blog
Sedar tak sedar
sekarang atie da masuk sem 2
Da pertengahan sem da
pun
Baru nak update blog
Bukan apa sem ni atie
dapat bilik yang takde wifi
So agak susah sikit
la nak online dan update blog
Banyak benda yang
atie nak share kat blog tercinta ni
Tapi apa kan daya
Ok fine
stop buat drama dan
back to the main point
tujuan utama atie
update blog adalah atie nak share something
agak menarik tertarik
perhatian jugak la bagi atie
forum tak mula tak
jadi
walaupun kaki atie
tempang sebelah
atie tetap kuatkan
semangat pergi ctf1 nun seberang tasik sana tuh ha
semata mata nak kutip
ilmu dari Ustaz Nabil dan Ustaz Sarbini
dan atie nak tau apa
benda yang tak mula tak jadi yang sebenarnya
*kaki atie sebenarnya
terseliuh je akibat jatuh tangga lepas meeting sucie hari tuh
takde la sampai
tempang cuma capek sikit je
hehe
tak mula tak jadi ?
kalau kita sendiri
tak mulakan penghijrahan itu sendiri
memang tak kan
jadilah perubahan keatas diri kita
interesting kan ?
bagaimana hendak
berhijrah ?
mula mula kita kena
jadi luar biasa,jangan jadi yang biasa sahaja
penghijrahan itu
perlu dilakukan oleh diri kita sendiri
penghijrahan Nabi SAW
belum berakhir tapi
tanggungjawab kita untuk meneruskan
penghijrahan tersebut
bak kata Ustaz
Sarbini : baca diri,baca alam,temui tuhan
kalau kita mengenali
diri kita sendiri maka kita akan kenal siapa tuhan kita
kita nak berhijrah
kena mula dengan tiga perubahan
yang pertama :
perubahan intelektual (minda kita)
yang kedua :
perubahan daya tahfiz (hati kita)
yang ketiga :
perubahan bina raga (perbuatan kita)
bagaimana cara nak
berhijrah ?
mula mula kita kena
bersedia melakukan perubahan
buang semua yang
tidak baik dan berpegang teguh pada prinsip
cinta Allah melebihi
segalanya
bila kita nak berubah
kearah kebaikan memang banyak halangan
bila kita dapat hadapi
halangan yang menghalang
kita pasti akan dapat
merasai nikmat dan keseronokan selepas berhijrah
nak berubah ni kita
kena banyak bersabar dan yakin jangan cepat putus asa
“setiap yang bernyawa
akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan
sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan
yang memperdaya.” – [Surah Al-Imran : 185]
Bak kata Ustaz Nabil
terdapat tiga asas utama untuk berubah
Yang pertama : buang
sifat buruk (thakhali)
Yang kedua : masukkan
sifat baik (thahali)
Yang ketiga :
terpancar wajah” jernih (thajali)
Hijrah dididik dengan
dua benda iaitu iman dan jihad
Bagaimana cara nak
menghadapi cabaran setelah berhijrah ?
Mula mula kita kena
kuat, sentiasa tersenyum dan sedaya upaya buat perkara baik
dalam penghijrahan
kita akan diuji dengan tekanan dan cacian
kita tak boleh jadi
seperti najwa latif
“setiap kata cacian
yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong kosong”
Kita kena kuat jangan
cepat putus harapan
Kena bersedia hilang
kawan, hilang keistimewaan, hilang kekayaan, hilang jawatan
Dan yakin bahawa
Allah sentiasa ada dan Allah tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya
Dan Allah akan
gantikan setiap yang hilang
kepada sesuatu yang
lebih baik yang mungkin kita sendiri tak pernah jangka kan
kita kena sentiasa
kuat supaya kita tak goyah ataupun back to normal
perkara yang paling
susah dalam penghijrahan ialah istiqomah
untuk mencapai nilai
ketaqwaan
jalan senang untuk
berhijrah
bak kata Ustaz
Sarbini nilai keimanan adalah mutiara yang paling bernilai dan berharga
mukmin itu haruslah
dinamis
terus beristiqomah
dengan 3T iaitu
yang pertama : tanamkan
iman
yang kedua :
tumbuhkan iman
yang ketiga : teliti
iman kita apa yang menganggu
dekatkan diri dengan
Allah sebaik mungkin
supaya kita dapat
melawan musuh yang paling utama iaitu nafsu
berhijrahlah dengan
3M iaitu
mulakan dengan niat
mulakan dengan yang
mudah mudah
mulakan dengan diri
sendiri
nak jadi baik kena
lah tunjukkan contoh yang baik
kalau ada sejarah
yang tak baik tuh kita tutup lipat simpan kemas kemas
mulakan penghijrahan
yang baru yang lebih baik
beruntunglah orang
yang lebih baik hari ini dari semalam
rugilah orang yang
sama hari ini dengan semalam
celakalah orang yang
lebih buruk dari semalam
sekadar peringatan
untuk diri sendiri dan orang lain
semoga bermanfaat
waAllahu a'lam
sedikit tips : cara
nak matikan nafsu ialah berpuasa
|