Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| yeay ! cuti .. cuti ..
assalammualaikum
#mood : bahagia disamping keluarga tersayang
Alhamdulillah
finally atie selamat merentasi awan
dan selamat melintasi lautan china selatan
dan selamat mendarat kat semenanjung
dan dapat jumpa keluarga tercinta dengan selamat
first time atie amik penerbangan sebelah petang nak dekat senja
masa dalam flight tuh atie dapat tengok awan
subhanAllah cantik sangat
tak dapat nak gambarkan betapa indahnya ciptaan Allah
tetiba teringat cikgu Rusinah cikgu geografi masa atie form 6 dulu
masa belajar dulu atie tengok gambar awan dalam buku n kat internet je
tapi sekarang Alhmdulillah atie dapat tengok dengan biji mata atie sendiri
bersyukur sangat
ada hikmahnya atie dapat tawaran sambung belajar kat Sarawak
sesampai je airport famili atie da tunggu kat tempat biasa
terus jumpa famili bagaikan orang hape tah
teruja plus happy plus plus plus bahagia
taktau nak cakap macam mana perasaan tuh
sampai je semenanjung abah atie bawa atie round round KL
ok fine,atie kena bahan masa ni
sebab kat sarawak tak seterang Kuala Lumpur
tak kisah la kan
lepas tuh kitaorang singgah makan malam bersama
makan nasi kandar mamak pineng mali punya ho
memang marvellous la
buktinya gambar kat atas ni ha
habis semua licin clear dalam sekelip mata sahaja
lepas makan balik rumah ingat nak rehat
sekali adik atie yang bongsu
tetiba kena serang penyakit asma
kelam kelibut dibuatnya kitaorang semua
terus bawa pergi hospital amik gas
kesian tengok iman susah nak bernafas bercakap apa tah lagi
lepas selesai semua urusan kat hospital
atie pun balik rumah nak berehat
sampai rumah terus atie kemas kemas barang
yang atie bawa dari sarawak
taraaa
ole ole untuk keluarga dan kawan kawan
first come first get
InsyaAllah ada rezeki lain kali atie beli lagi yea
S . E . K . I . A . N
berjalan sakan
assalammualaikum
#mood : penat tapi ada kepuasan disitu
12hb januari 2013
sehari sebelum atie terbang ke semenanjung
seharian suntuk atie keluar berjalan dengan kengkawan sama course
kami berjalan sakan dari pagi sampai ke malam tanpa rehat
bermula dari jam 10 pagi sampai 10.15 malam
dari satu tempat ke satu tempat yang lain
memang penat tapi puas
mula mula kitaorang pergi ke pekan bau
dari UNIMAS nak ke pekan bau boleh tahan gak la jauhnya
sakit pinggang atie duduk lelama dalam kereta
dengan jalannya yang kurang sihat sikit
demam campak sana sini
sampai atie pun tercampak sana sini dalam kereta tuh
tujuan asal nak pergi ke sarikei ke sarikin
sorry atie agak confius sikit dengan dua nama tempat ni
seakan akan sama
yang pasti tempat yang sarikei ke sarikin tuh
da dekat sangat dengan sempadan indonesia
memang port untuk menghabiskan duit
sebab ada banyak baju,telekung,kasut,beg dll yang dijual kat sini
memang rambang mata la kalau da datang sini
so kena kuat supaya dapat kawal nafsu daripada berbelanja sakan
sebelum sampai ke sarikei ke sarikin kitaorang singgah kat pekan bau dulu
untuk breakfirst plus lunch
lagipun perjalanan nak ke pekai sarikei ke sarikin tuh jauh lagi
banyak kampung n pekan nak kena lalu
so kitaorang buat keputusan rehat sebentar bersama di pekan bau
dan sedikit gambar untuk santapan mata yang masih celik
time ni maria tak join kitaorang bergambar sama
dia duduk rehat dalam kereta
lepas bergambar kitaorang teruskan perjalanan ke sarikei ke sarikin
masa kitaorang sampai kat pekan tuh
ramai pulak student UNIMAS yang sama batch dengan kitaorang
tak sangka boleh jumpa kat situ
kalau tau boleh gerak sekali baru meriah sikit nampak macam konvoi kan
kat sini kitaorang masuk semua kedai yang ada
tak nak miss satu pun
nafsu pun menghasut hasut je suruh beli la beli la
kekadang tuh atie tewas jugak dalam pengawalan nafsu ni
tak pasal pasal duit pun bertukar milik
dan duit atie pun semakin berkurang dan berkurang
tapi takpe kita anggap macam sistem barter
atie bagi duit pastu atie dapat barang
ok la tuh kan
kawan atie yang nama dia maria n divya
mereka berdua ni sangat obses dengan pakaian
tambah pulak saiz badan diorang berdua ni senang nak cari baju
banyak duit habis beli baju baju dan baju sahaja
lepas pergi pekan sarikei ke sarikin tah la
lantak la tapi nama pekan tuh antara dua diatas
sebelum duit kitaorang makin banyak habis kat pekan tuh
better kitaorang angkat kaki dan pergi ke tempat lain yang lebih menarik pulak
next destination cadangnya nak pergi ke pasar satok
beli ikan terubuk masin untuk bawa balik
tapi pasar satoknya tak jumpa jumpa
maybe da tutup kot ijat kata
so kitaorang pun beli la ikan terubuk masin kat kedai area area situ
dapat la 4 ekor RM10
daripada takde langsung kan
lepas tuh kitaorang g waterfront kuching pulak
target kitaorang nak beli kek lapis untuk bawa balik
nak ke seberang kena naik bot
tambangnya sorang limapuluhsen je pun
ni la bot yang digunakan untuk ke seberang sungai
selalu atie naik bot ni ok je
tapi kali ni tah la rasa pening sangat sangat
terasa pulak terhuyung hayang je botnya bila langgar arus
pening pening pening kepala atie
tapi atie tahan je baru control macho namanya
lepas beli kek lapis kitaorang singgah masjid india kejap
pastu pergi desa ilmu
diya nak cari kotak untuk packing barang dan maria nak tapau makanan
lepas pergi desa ilmu balik UNIMAS kejap
hantar maria n divya
diorang berdua keletihan yang terlampau sangat
tuh yang kitaorang hantar balik
risau nanti ada yang sakit ke pengsan ke payah pulak nanti
lepas da hantar diorang berdua balik
kitaorang sambung perjalanan kitaorang ke pizza hut
daripada berlima jadi la bertiga
lepas makan pizza hut kitaorang round round dulu
sebab nak memanfaatkan masa sewa kereta dengan sebaik mungkin
daripada matahari bertukar kepada bulan
daripada terang benderang bertukar kepada gelap
kitaorang tak jugak balik balik
sampai la 10.15 malam
baru kitaorang balik dan berehat
tapi atie tak berehat sebab atie kena berkemas
esoknya atie kena balik semenanjung
memang sangat penat tapi puas sebab dengan RM9 sahaja
kitaorang dapat pergi banyak tempat dan beli banyak benda
Alhamdulillah
berbelanja la dengan bijak supaya kita tak tergolong
dengan perbuatan syaitan yang suka membazir
dan jangan pula kita berbelanja tak ukur baju dibadan sendiri
. s . e . k . i . a . n .
berakhir la sudah sem 1
Assalammualaikum
#mood
: nak bercerita panjang panjang
Alhamdulillah
da nak habis da satu sem sekejap je rasanya
Macam
baru semalam je atie naik kapal terbang dan daftar masuk kat UNIMAS
Macam
baru semalam je atie pergi kuliah pastu tetiba da exam pastu tetiba je da nak
cuti panjang
Teringat
balik masa first time atie jejak kan kaki ke UNIMAS
Janggal
lagi aneh je rasa masa awal awal dulu
Yea
la masa tuh atie sengsorang pastu taktau pape asyik asyik teringat kat rumah
Hari
hari atie rasa kosong je
Jadi
macam betul betul yatim piatu yang tak terurus la
Pastu
awal awal dulu atie selalu mengenang nasib
Kenapa
la UNIMAS kenapa la kat sarawak
Kenapa
la atie kena campak kat sini kenapa la jauh sangat kenapa la atie kena pisah
dengan family
Kenapa
la itu kenapa la ini macam macam la lagi kenapa kenapa dan kenapa
Ni
adalah contoh soalan orang yang tak reti bersyukur
Sila
jangan guna soalan soalan diatas untuk dijadikan contoh soalan
Beberapa
minggu kemudian ..M.I.N.G.G.U.. beberapa MINGGU kemudian
barulah
atie bermotivasi sikit
Sebab
family dan kawan atie menasihatkan atie cuba terbalik kan situasi atie dengan
orang lain
Cuba
belajar bersyukur sikit
Makan
masa jugak la nak dapat kan kesedaran tuh
Atie
selalu meminta dari Allah tapi jarang bersyukur dengan apa yang Allah da bagi
Setiap
perkara yang berlaku pasti akan ada hikmah disebaliknya
Dan
Allah tak kan beri apa yang kita nak tapi Allah akan bagi yang terbaik untuk
kita
Nampak
tak betapa sayangnya Allah dengan atie
Mula
mula dulu atie ingat atie akan hidup sengsorang je
Pergi
kelas sengsorang,pergi makan sengsorang,g memana buat apa semua sengsorang
Tapi
atie salah,atie TAK sengsorang
atie
dapat kawan,teman dan sahabat baru
Allah
hantar kawan,teman dan sahabat yang mengingatkan atie kepadaNya
Syukur
Alhamdulillah
Okeyy
nak
start cerita dari mana dan macam mana yea
yang
ni nama dia Nurul Anisah Bt Sulaiman
atie
panggil dia Nisa
berketurunan
Melayu Brunei
beragama
Islam
asal
dari Sabah
yang
ni pulak nama dia Maria Al-Firna Laurensius
atie
panggil dia Maria
berketurunan
Dusun
beragama
Kristian
asal
dari Sabah
yang
ni pulak nama dia Divya Thamani
atie
panggil dia Divya
berketurunan
India
beragama
Hindu
asal
dari Pahang
Divya
ni pandai speaking mandarin jugak
Bahasa
melayu dia pun fasih
So
takde masalah komunikasi dan atie selesa berkawan dengan dia
Walaupun
kitaorang rapat
Tapi
kitaorang lain kolej/asrama/tempat menginap
Selalu
jumpa kat kelas je la takpun masa buat assignment ke ada program ke n exam
So
takde la serapat atie dengan Nisa & Maria
Yang
ni atie memang rapat lagi lekat macam gam UHU
Sebab
kitaorang satu kolej
Pergi
memana mesti bertiga
sampai ramai yang tanya kitaorang ni da kenal lama ke
satu rumah ke satu bilik ke
tak la kami baru je kenal kat UNIMAS ni
masing masing datang dari tempat yang lain lain
walaupun kitaorang satu kolej tapi lain rumah,lain bilik dan lain blok
walaupun lain lain tapi takde masalah untuk kitaorang
walaupun kekadang tuh tak sekepala tapi masih lagi together together
tuh la kami M . A . N -> Maria . Atie . Nisa
next,cerita pasal roomate atie pulak
nama dia amira
dia ada kembar
tapi kembar dia sambung study kat uniten
diorang terpaksa berpisah buat pertama kalinya untuk masa depan
dia berasal dari pulau pinang
setiap malam dia mesti bersembang kat telefon dengan kembar dia best kan ad kembar ni kalau sedih,kembar pun rasa sedih kalau happy,kembar pun rasa happy hebatnya tuh kurniaan perasaan untuk manusia
dia suka colour pink
atie pulak suka colour blue
so bilik kami comei je
colour blue n pink
housemate atie semua kaum cina majoriti berasal dari sarawak so kat rumah kekerapan atie berspeaking mandarin agak kerap jugak la atie,mira n sorang akak senior je yang kaum melayu kat rumah ni kekadang tuh housemate atie nak berckp dengan mira tapi terspeaking mandarin pulak lama lama mira pun tongtongjiang je sekali walaupun tak paham apa yang ditongtonjiangkan hahahaha
next,cerita pasal usrahmate atie pulak
ni nama dia najwa
ni nama dia athirah
diaorang berdua ni la yang selalu mesej n ajak atie pergi program program
dan banyak la lagi program program yang best best
diorang tuh kekadang jadi AJK pelaksanaan so agak busy sikit la kan dan tak dapatnya nak teman n layan atie atie pun kalau pergi program program yang best best tuh mesti atie ajak nisa sebagai teman atie
dan yang kat bawah ni gambar kawan kawan n kakak kakak usrah
eh ! ni bukan bercerita panjang tapi gambar pulak yang lebih
tak kisah la kan
takpe la atie suka tengok gambar daripada membaca
nanti bosan pulak membaca karangan yang merepek lagi pape tah panjang panjang
banyak lagi nak cerita tapi lain kali la pulak pape pun atie bersyukur sangat dapat kenal dengan mereka mereka yang kat atas banyak yang atie belajar dan hidup atie tak lagi kosong macam mula mula atie sampai kat sini sekarang atie rasa hidup atie lebih bahagia walaupun atie takde teman lelaki yang boleh membuat kan atie bahagia tapi atie ada Allah,keluarga,kawan kawan dan sahabat da cukup membuatkan hidup atie bahagia Alhmdulillah terima kasih semua (^_^) countdown
assalammualaikum
memandangkan ini post pertama untuk tahun baru (2013)
so atie kurang rajin nak taip panjang panjang sangat
InsyaAllah atie akan cuba paksa tangan atie untuk menaip seminimum yang boleh
ok
berkenaan dengan tajuk post
"countdown"
biasa kalau tahun baru ramai yang menyambut perayaan "countdown" kan
dimana diorang mengira detik detik nak masuk ke tahun baru
atie pun menyambut countdown jugak tapi atie mengira hari
hari nak balik semenanjung untuk cuti semester
Ya Allah tak sabarnya nak balik semenanjung !
jumpa umi abah adik beradik kawan kawan cikgu semua
nak salam peluk cium mereka mereka yang tersayang
nak ziarah kubur arwah nenek
nak temankan atuk seminggu dua kat sg besar
nak makan masakan umi puas puas
nak tidur kat katil yang luas lagi besar kat rumah tuh ha
nak mengedik dan bermanja dengan adik beradik
Ya Allah
tak sabarnya .. tak sabarnya ..
otak ni sibuk memikir pasal cuti semester je
sampai lupa yang atie sekarang ni tengah exam
exam akhir semester
sekejap je masa berlalu kan ?
tau tau da nak habis satu semester
jom munasabah diri
dalam sepanjang satu semester ni
apa yang atie buat ?
berapa banyak dosa yang atie buat ?
ada tak atie bermanfaat kepada orang lain ?
berapa kerap atie telefon umi abah ?
solat macam mana ?
ok fine
atie yang tanya so atie kena jawab la sendiri
sebab diri atie dengan Allah je yang tau dan boleh jawab soalan yang ditanya
semoga semester akan datang dan tahun baru ni
atie diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik sebelum ni
InsyaAllah
|