Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| Slot Santai Teladan : sumber inspirasi remaja
assalammualaikum
#mood : kagum
yea ! atie kagum dengan USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
sebab apa ?
sebab atie tertarik dengan kisah remaja beliau
post ni sekadar untuk perkongsian je tau
apa yang ustaz don cerita dan mana yang atie ingat atie ceritakan balik kat sini
InsyaAllah
masa beliau sekolah dulu beliau bukan lah seorang yang cerdik pandai
kelas pun bukan lah kelas pertama dan kelas depan depan
kalau periksa pulak selalu dapat angka banyak
berbeza dengan adik beradik beliau yang lain
yang selalu dapat tempat pertama dan anugerah pelaar cemerlang
bila orang naik pentas amik anugerah
ustaz hanya duduk kat kerusi dan tengok orang naik pentas ambik anugerah
masa form 4 dan form 5 plak ustaz masuk ke aliran sains tulen
amik bio,fizik,kimia dan add math
add math tak pernah lulus
tapi masa SPM add math ustaz boleh lulus dapat D
lepas tuh ustaz belajar Al-Quran masa umur 18 tahun
mula menghafaz Al-Quran masa umur 21 tahun (kalau tak silap)
lepas ustaz belajar Al-Quran baru ustaz lebih faham tentang kehidup yang sebenar
masa belajar kat overseas plak ustaz memang famous dikalangan kawan-kawan beliau
sebab personaliti ustaz yang berbeza dengan kawan-kawan ustaz yang lain
pergi belajar Al-Quran tapi berpakaian seluar cawat kalau boleh nak sampai ke lutut
dengan show capnya dengan gloves yang berlubang kat hujung jarinya
nasib la guru ustaz buta tak nampak personaliti ustaz
kawan-kawan ustaz pergi belajar Al-Quran pakai jubah elok berserban semua
tapi ustaz ada gaya ustaz yang tersendiri
atie bukan nak cerita keburukan ustaz ke apa
apa yang atie nak highlight kan kat sini
tak semestinya orang tuh perangai yang sebegitu tak boleh nak berjaya
buktinya ustaz don sendiri
apa yang ustaz don pesan legasi ini tidak boleh diteruskan
hanya boleh untuk dirinya sahaja
ok,fine
tapi macam mana ustaz don boleh berjaya seperti sekarang ?
formulanya :
1) kita haruslah hormat pada guru
sebab keredhaan guru tuh sangat lah penting
kita menuntut ilmu daripada guru kita
maka wajar lah kita hormat pada orang yang sudi memberi kita ilmu
ustaz ada ceritakan seorang sahabat ustaz ni
sangat excellent dalam akademik
tapi sahabat ustaz ni jenis seorang yang tak hormat pada guru
akhirnya hidupnya tak kemana
tak menghasilkan kejayaan
perkahwinan yang didirikan pun tak berjaya
nampak tak kesannya kat sini ?
2) kita tak perlulah berkira dengan guru kita
sebab ilmu yang dicurahkan pada kita itu adalah ilmu yang bermanfaat
bila jumpa dengan guru bagi la hadiah ke apa ke
untuk memenangi hati guru kita
apabila guru senang hati dengan kita
maka guru kita akan mendoakan kita dengan hati yang senang
ustaz ada ceritakan pengalaman ustaz masa nak ambil result
ustaz berjumpa dengan gurunya
kemudian gurunya tanya : ''don,kamu da amik keputusan ke belum ?"
ustaz don pun jawab : "belum lagi tapi saya rasa saya gagal la syeikh"
gurunya pun berkata : "kamu anak murid aku,mustahil lah gagal.
pergi kamu amik keputusan dan beritahu aku"
ustaz don berasa tak yakin sebab banyak tempat kosong yang ustaz tak isi
banyak soalan yang ustaz minta pemeriksa jawab sendiri
banyak yang fill in the blank
tapi ajaibnya bila tengok keputusan
ustaz don memperolehi lulus
nampak tak kat sini betapa hebatnya doa seorang pendidik ?
3) kita janganlah sesekali ponteng kelas
even kita tak paham ke apa ke tuh belakang kira
yang penting kita masuk kelas
kita nak tidur dalam kelas pun takpe
yang penting jangan ponteng kelas
biasa la tuh tidur dalam kelas
kita tidur dalam kelas sebab hati kita tenang
ada ke orang yang tidur masa peperangan ?
ada ke orang tidur masa bermain futsal ?
bila dalam kelas je kita akan rasa tenang so tak salah kalau kita tidur
walaupun kita tidur tapi kita masuk kelas tetap akan ada keberkatan disitu
seterusnya bertaubat
dan amalkan ilmu yang dipelajari supaya bermanfaat kepada orang lain
lepas je ustaz don habis belajar dan balik ke Malaysia
ustaz don tidak bekerja selama 6 bulan
sebab ustaz nak berkhidmat pada ibubapanya
ibunya nak kesini kesinon ustaz akan bawa
ayahnya suruh buat itu ini ustaz pun buat
bila kita berkhidmat untuk ibubapa kita kenalah ikhlas kan hati
doa ibubapa ni berkat tau kawan kawan
tak lama lepas ustaz berkhidmat untuk ibubapa
ustaz pun dapat panggilan untuk menjadi pensyarah
nampak tak kat sini ?
bila kita buat baik kepada orang lain maka kita pun akan dapat kebaikan
tak rugi pun kalau kita buat baik dan amalkan akhlak mulia
banyak lagi yang ustaz cerita tapi cukuplah dulu sekadar yang ini je
semoga bermanfaat untuk diri atie dan juga para pembaca
InsyaAllah
islam berdiri dengan Al-Quran dan Sunnah
maka kita sebagai seorang muslim hendaklah hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
WallAllahualam
*maaf jika ada yang tersalah dan silap dimana mana
|