Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| Slot Santai Teladan : kisah tha'labah di Inspirasi Remaja Islam
assalammualaikum
#mood : Alhamdulillah
hari ni atie berpeluang berjumpa dengan ustaz don secara live
bukan tuh sahaja atie juga dapat dengar kisah remaja ustaz don
dapat nasihat'' dan amanat yang bermanfaat darinya
macam mana titik permulaannya untuk menjadi dirinya yang sekarang ini
banyak ilmu yang disampaikan dan atie pun taktau nak mulakan macam mana
disebabkan program ni mula pada waktu pagi dan pada waktu weekend
maka oleh yang sedemikian kitaorang datang agak lewat sedikit
biasa la kan weekend
nak basuh baju la itu la ini la kan
tapi Alhamdulillah masa kitaorang sampai tuh majlis baru je mula
majlis dimulakan dengan berselawat dan berqasidah
ini gambar dipermulaan majlis dalam pukul 9.15 macam tuh la
bahagian bawah untuk kaum muslimin
dan tingkat atas untuk kaum muslimat
dan kedudukan atie di tingkat 1 baris agak kebelakang jugak la sebab lambat kan
pat pat siapa cepat dapat la duduk depan
hahaha
banyak kisah yang diceritakan ustaz don tapi yang atie ingat kisah tha'labah
siapakah tha'labah ?
Tha'labah ialah salah seorang daripada para sahabat Nabi SAW.
Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung, terang lagi jelas.
Tiada suatu pun yang mampu membuatkan matlamat hidupnya goyah sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Tha’labah merupakan pemuda yang begitu hebat di zaman Rasulullah SAW.
Nama sebenarnya ialah Tha'labah bin Abdul Rahman,
seorang remaja berusia 17 tahun.
beliau selalu mengikuti Rasulullah SAW mengajar.
Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu,
Rasulullah SAW akan khabarkan kepada Tha'labah dan Tha’labah akan menunaikannya.
wahai Tha'labah, tolong ambilkan itu di sekian sekian tempat
maka Tha'labah akan turuti dengan perasaan cintanya kepada Rasulullah
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu.
Ketika dalam pencarian barang yang Rasulullah hajati itu,
Tha'labah telah melalui beberapa deretan buah rumah.
Angin yang bertiup kuat menyebabkan Tha'labah memalingkan kepalanya kearah lain
dan kebetulan pandangan Tha'labah terarah ke sebuah rumah yang hanya menggunakan tirai sebagai pintu
dan angin yang kuat menyebabkan tirai rumah tersebut terselak sekali dengan tirai bilik mandi di dalam rumah tersebut. Ketika itu Tha'labah dengan tidak sengaja terpandangkan ke arah bilik air tersebut lalu terlihatlah akan dia seorang perempuan sedang mandi. "A'uzubillah ! (Aku berlindung kepada Allah)
Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW ! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah ..."
Rintihan Tha'labah
aku tidak mahu masuk neraka ! aku tidak mahu masuk neraka !
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW.
Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang di puncaknya ada sebuah gua.
Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik merintih menangis.
Tha'labah menangis dan menangis,
beliau kesal yang amat sangat dan takut dengan dosanya itu.
Walhal segala apa yang berlaku itu bukanlah disengajakannya.
Pada masa yang sama,
Rasulullah SAW menantikan kepulangan Tha'labah.
Sudah beberapa hari berlalu,
namun Tha'labah tidak kunjung tiba.
Lalu Rasulullah SAW mengarahkan Syaidina Umar r.a untuk mencari Tha'labah.
Akhirnya Syaidina Umar al-Khatab berjumpa Tha'labah di tempat persembunyian di puncak bukit itu. Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu." "Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku?
Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah?
Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka,"
kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Tha'labah sudah teramat lemah disebabkan merintih ketakutan sehingga tidak makan,
lalu Syaidina Umar r.a mengcinpungnya pulang ke rumah.
Apabila Rasulullah SAW menziarahi Tha'labah,
Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Tha'labah mengetepikan kepalanya.
Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah. "Apa yang kamu mahu Tha'labah?" "Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah" "Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?" "Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku." Lalu Rasulullah SAW berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu." Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW. Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan,
Rasulullah SAW pun datang tetapi agak lewat.
Para sahabat membuka jalan seluas luasnya kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah.
Sungguh pun begitu,
Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjengkit jengkit dan perlahan
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan yang luas,
mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur." Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah.
Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandangkan perempuan yang sedang mandi.
Hingga menyebabkan beliau begitu malu bertemu Rasulullah,
begitu mengharap keampunan Allah SWT,
dan akhirnya menghembus nafas terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan.
Subhanallah!
cuba kita nilai diri kita apa yang kita lakukan diusia remaja kita ? berapa dalamkah perasaan takut kita akan dosa ? berapa dalamkah perasaan cinta kita kepada Allah dan Rasullullah ? renung-renungkan dan semoga bermanfaat untuk diri ini dan para pembaca sekalian |