Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
Slot Santai Teladan : Kisah Julaibib di solat hajat perdana
assalammualaikum



semalam satu hari atie takde kat bilik
dari pagi sampai la ke malam
ada je benda yang atie harus dan wajib buat

yang wajibnya mestilah solat lima waktu
dan semalam juga atie cuba free kan masa
untuk menghadirkan diri ke majlis solat hajat perdana
lagi nak dekat dekat exam ni kan 
apa salahnya kita dekatkan diri kepada Allah
terima kasih kepada sahabat yang ingatkan dan ajak atie gi solat hajat perdana ni
Alhamdulillah dapat juga bersama sama sujud dan berdoa kepada Allah 

selesai solat maghrib,isyhak dan bacaan yasiin
ada sedikit ceramah motivasi 
yang disampaikan oleh bekas pelajar UNIMAS dan sekarang berkhidmat di UNIMAS
pelbagai pengalaman dan cerita dikongsi bersama
antara cerita yang menarik bagi atie ialah kisah sahabat Nabi yang bernama Julaibib
siapakah Julaibib ?

Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. Pernah ker korang jumpa orang yg punya papa kedana sampai tak teringin nak kahwin? 
atie yang tengah belajar ni pun ada kinginan dan berangan nak kahwin tau

Ok, sambung cerita Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. Macam mana dgn kita ? berapa kali kita bersolat jemaah ? kalau solat berjemaah pun nak nak saf kat belakang sekali je kekadang tuh
Bab peperangan lagi la usah dikata ! 
berperang lawan keinginan nafsu je pun kekadang tuh tak berjaya

Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" 
maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?"
 Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, 
sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. 
Tuu dia...bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! 
MasyaAllah tabarakallah.. 
Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, 
namun puterinya lantas bersuara,"Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." 
Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. 
Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.

Sampai suatu masa, 
Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, 
dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, 
tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. 
Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai leh terlupa nama dia. 
Tetapi, Rasulullah tetap ingat!
 Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib."
akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, 
lalu membersihkan pasir dari wajahnya. 
Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, 
"Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuh kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 
3 kali Nabi ulang ayat yang sama, 
menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? 
Bukan harta yang dipandang, 
bukan kedudukan yang dilihat, 
tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! 

firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)

kesimpulannya 
agama yang pertama dan akademik bukan yang kedua
kita belajar niat kerana Allah 
bukan untuk peperiksaan dan dapat keputusan cemerlang 
semata mata yea kawan kawan
semoga bermanfaat dan kita semua berjaya
bukan sahaja di dunia tetapi juga diakhirat



Older Post | Newer Post