Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| ini cerita atie
assalammualaikum semua
#mood : bersyukur sangat
Alhamdulillah,hidup atie sekarang rasa lebih bermakna
rasa lebih dekat dengan sang pencipta (Allah SWT)
bersyukur sangat
segalanya bermula disini
segalanya bermula di UNIMAS
bermulanya dengan menjadi AJK kepada biro DAKWAH
atie memilih untuk terlibat dalam perlembagaan surau kolej cempaka (SUCIE)
pada mulanya atie nak jadi AJK kepada biro sukan tapi biro sukan kata da penuh
yang tinggal hanya untuk biro DAKWAH
dan atie pun daftar la nama kepada biro DAKWAH
sejak tuh atie bergaul dengan orang-orang yang bertudung labuh
ada je program kerohanian atie diajak
bila mesej atau bercakap mesti ada kaitkan dengan ayat Al-Quran & Hadis
bila bercakap Ya Allah sopannya kekadang tuh atie sampai tak dengar
muka pulak masing masing muka bersih je berseri seri je kalau tengok
berbeza sangat dengan diri atie ni ha
serius atie rasa malu sangat mula'' tuh
rasa macam nak elak dan lari kan diri je daripada diorang
tapi tak boleh
makin atie nak lari,makin atie dekat
makin banyak program kerohaian atie diajak
ada usrah kat memana atie dimaklumkan dan diajak pergi sama
ada tazkirah kat memana atie dapat mesej dan diajak pergi sama
ada forum kat memana atie dimaklumkan dan diajak pergi sesama
ada qiamullail kat surau atie dimaklumkan secara face to face
segan pulak kalau tak pergi orang da ajak siap datang bilik lagi tuh
mula-mula tuh atie buat semua tuh tanpa niat kerana Allah
niat atie mula-mula dulu hanya sebab nak memenuhi ajakan kawan je
tapi bila da lama-lama tuh atie suka pulak ikut program macam ni
dapat banyak ilmu baru yang sebelum ni atie taktau dan kurang jelas
dapat menginsafkan diri dan dapat menyedarkan diri atie siapa atie sebenarnya
dan apa tujuan atie hidup kat dunia ni
dunia yang hanya sementara semata-mata
atie mula baca buku-buku ilmiah
atie mula labuhkan tudung
atie mula pakai baju yang menepati syariat
atie mula membaca Mathurat setiap pagi dan petang
atie mula suka mengikuti program kerohanian
dan atie mula bertanya kat kawan-kawan kat mana ada usrah
kat mana ada tazkirah
kat mana ada forum dan sebagainya
dan niat atie pun berubah
niat atie buat semua tuh hanya kerana Allah
niat atie nak belajar dan belajar dan terus belajar
memperbaiki diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik
dan bersiap sedia untuk bekalan akhirat nanti
InsyaAllah atie akan cuba kekal kan niat atie yang sekarang ni
dan terus beristiqomah
terima kasih kepada kawan-kawan yang mengajak atie kearah kebaikan
hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan kalian
dan Alhamdulillah hati ni terbuka
|