Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| bulatan gembira
assalammualaikum
#mood : gembira (seiring dengan tajuk post)
Alhamdulillah masih lagi boleh bangun dari tidur seperti biasa
masih lagi boleh bernafas dan menghirup udara segar
mata yang celik masih lagi boleh melihat keindahan ciptaan Allah SWT
masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan di muka bumi ini masih lagi diberi peluang untuk mengutip ilmu Allah di dunia yang sementara ini untuk bekalan akhirat nanti Alhamdulillah !
hari ni atie ada bulatan gembira di tepi tasik
lepas solat subuh atie mandi dan siap siap semua
berjalan lah atie pergi ke tepi tasik
masa tuh gelap lagi kabus pun ada lagi tebal pulak tuh
rasa sejuk, tenang, damai dan bahagia je masa berjalan nak pergi ke tasik
tebal sangat kabus masa atie sampai tepi tasik
tapi bila tangkap gambar tak sama pulak dengan pandangan mata
selalu macam tuh kan ?
atie pernah nampak bulan dan bintang cantik sangat
tapi bila tangkap gambar tak nampak macam mana yang mata atie
nampak cantiknya bulan dan bintang tuh dalam gambar
nampak tak betapa hebatnya penglihatan kita ?
sampaikan apa yang kita tengok tak sama dengan apa yang gambar kamera kita tunjukkan
SubhanAllah !
bulatan gembira pagi tuh dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat
banyak fadhilatnya kalau kita amalkan membaca Mathurat pada waktu pagi dan petang
antaranya :
1) kalau kita baca Surah Al-Baqarah
tiap pekerjaan yang penting tidak dimulakan dengan bacaan Basmalah
maka ia kurang berkat
sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Baqarah di pagi hari
tidak dihampiri syaitan hingga ke petang
dan jika ia membaca seperti itu di petang hari
tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi
dan tidak akan ia lihat sesuatu yang tidak diingini
pada anak buah dan harta bendanya
-Hadith riwayat Ibn Mas'ud (RA)
Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud (RA),
Rasulullah SAW bersabda :
"....sesiapa yang membaca sepuluh ayat ini : empat diawal Surah Al-Baqarah,
ayat Kursi, dan dua ayat berikutnya dan akhir Surah Al-Baqarah
maka rumahnya akan selamat daripada dimasuki syaitan hingga ke pagi/petang hari"
2) kalau kita baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas
Abdullah bin Khubaib (RA) berkata :
Di suatu malam gelap dan hujan lebat,
kami keluar mencari Rasullullah SAW untuk bersama-sama sembahyang dengannya
dan kami temuinya lalu baginda bersabda sesuatu
maka saya tidak berkata apa
kemudian baginda bersabda lagi hingga tiga kali
saya terus berkata :
"Wahai Rasullullah, apakah yang saya hendak baca ?"
maka baginda bersabda :
"Bacalah Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Naas
waktu petang dan pagi tiga kali
nescaya memadai untuk engkau segala sesuatu"
-Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan An-Nasa'ie
3) kalau kita baca doa pagi/petang
Daripada Ibn Abbas (RA), dia berkata bahawa Rasullullah SAW telah bersabda :
"Barangsiapa yang membaca pada pagi dan petang sebanyak tiga kali
maka adalah menjadi hak Allah SWT menyempurnakan nikmat keatasnya"
-Riwayat Ibnu Sunni
Berkata Abdullah bin Ghanam al-Biyadzi (RA), sabda Rasullullah SAW :
"Barangsiapa yang membaca waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali
menunjukkan ia telah naikkan kesyukuran kepada Allah hari dan malam tersebut"
4) kalau kita baca doa zikir puji
Daripada Abdullah bin Umar (RA), Rasullullah bercerita :
"Seorang hamba Allah membaca doa zikir puji maka terasa lemah dua malaikat
dan tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya
lalu malaikat terus mengadu kepada Allah SWT, katanya :
'Ya Allah ! seorang hamba Mu membaca satu bacaan
yang kami tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya'
Firman Allah SWT :
'(Yang memang mengetahui) Apa yang dibaca olehnya ?'
maka jawab malaikat :
'Ia membaca doa zikir puji'
Firman Allah :
'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hambaKu itu sehingga
ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu' "
-Riwayat Imam Ahmad dan Ibu Majah
5) kalau kita baca doa reda islam
Daripada Abi Salam (RA), iaitu seorang khadam Nabi, dia berkata :
"Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda :
'Sesiapa membaca waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali
adalah hak keatas Allah memberi keredhaan' "
-Riwayat Abi Daud dan Tarmidzi, An-Nasa'ie dan Al-Hakim
6) kalau kita baca doa elak bahaya
Daripada Uthman bin Affan (RA) :
mana-mana hamba Allah SWT yang membaca
tiap pagi dan petang sebanyak tiga kali
InsyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya
-Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi
7) kalau kita baca doa elak bahaya
Daripada Abu Hurairah (RA) :
"Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali
nescaya tidak dibahayakan oleh segala jenis racun
atau jenis sengat binatang yang bisa"
-Riwayat Ibn Hibban
8) kalau kita baca doa elak jahat sendiri
Daripada Syaddad bun 'Aus (RA) daripada Nabi bersabda :
"Penghulu istighfar ialah doa elak jahat sendiri
sesiapa yang membaca penuh dengan keyakinan setiap pagi dan petang
maka sekiranya ia mati di waktu itu
InsyaAllah akan dimasukkan ke dalam syurga"
-Riwayat Al-Bukhari
9) kalau kita baca doa istighfar taubat
Daripada Zaid, Maula Nabi berkata :
"Aku dengar bapaku menceritakan kepada aku,
daripada nenekku ia dengar Rasullullah bersabda,
sesiapa yang membacanya maka diampunkan segala dosanya"
-Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi
banyak lagi fadhilat-fadhilat lain kalau
kita amalkan bacaan Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang
ada kawan atie nasihatkan supaya kita baca Mathurat
biarlah kerana Allah bukan hanya kerana fadhilat-fadhilat yang disebutkan
memang !
tapi kita ni kan manusia biasa
kalau nak buat pape pun mesti nak tau apa ganjaran yang bakal diperolehi
so kita jadi kan fadhilat-fadhilat ni sebagai motivasi untuk kita mengamalkan Mathurat
bila da selalu amalkan dan faham makna serta fadhilatnya
InsyaAllah kita akan dapat membacanya dengan ikhlas
bersertakan niat kerana cintanya kita kepada Allah
WallAllahualam
semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan para pembaca
|