Never Perfect

Disclaimer


Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu.

Entries About Link Past memories

Tagboard



Music Player

 


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Put your name
Others:   
bulatan gembira
assalammualaikum

#mood : gembira (seiring dengan tajuk post)

Alhamdulillah masih lagi boleh bangun dari tidur seperti biasa
masih lagi boleh bernafas dan menghirup udara segar
mata yang celik masih lagi boleh melihat keindahan ciptaan Allah SWT
masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan di muka bumi ini
masih lagi diberi peluang untuk mengutip ilmu Allah di dunia yang sementara ini
untuk bekalan akhirat nanti

Alhamdulillah !


hari ni atie ada bulatan gembira di tepi tasik
lepas solat subuh atie mandi dan siap siap semua
berjalan lah atie pergi ke tepi tasik
masa tuh gelap lagi kabus pun ada lagi tebal pulak tuh
rasa sejuk, tenang, damai dan bahagia je masa berjalan nak pergi ke tasik


tebal sangat kabus masa atie sampai tepi tasik
tapi bila tangkap gambar tak sama pulak dengan pandangan mata
selalu macam tuh kan ?

atie pernah nampak bulan dan bintang cantik sangat
tapi bila tangkap gambar tak nampak macam mana yang mata atie 
nampak cantiknya bulan dan bintang tuh dalam gambar
nampak tak betapa hebatnya penglihatan kita ?
sampaikan apa yang kita tengok tak sama dengan apa yang gambar kamera kita tunjukkan

SubhanAllah !

bulatan gembira pagi tuh dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat
banyak fadhilatnya kalau kita amalkan membaca Mathurat pada waktu pagi dan petang

antaranya :

1) kalau kita baca Surah Al-Baqarah

tiap pekerjaan yang penting tidak dimulakan dengan bacaan Basmalah
maka ia kurang berkat
sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Baqarah di pagi hari
tidak dihampiri syaitan hingga ke petang
dan jika ia membaca seperti itu di petang hari
tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi
dan tidak akan ia lihat sesuatu yang tidak diingini 
pada anak buah dan harta bendanya
-Hadith riwayat Ibn Mas'ud (RA)

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud (RA), 
Rasulullah SAW bersabda :
"....sesiapa yang membaca sepuluh ayat ini : empat diawal Surah Al-Baqarah,
ayat Kursi, dan dua ayat berikutnya dan akhir Surah Al-Baqarah
maka rumahnya akan selamat daripada dimasuki syaitan hingga ke pagi/petang hari"

2) kalau kita baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas

Abdullah bin Khubaib (RA) berkata :
Di suatu malam gelap dan hujan lebat, 
kami keluar mencari Rasullullah SAW untuk bersama-sama sembahyang dengannya
dan kami temuinya lalu baginda bersabda sesuatu
maka saya tidak berkata apa
kemudian baginda bersabda lagi hingga tiga kali
saya terus berkata :
"Wahai Rasullullah, apakah yang saya hendak baca ?"
maka baginda bersabda :
"Bacalah Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Naas 
waktu petang dan pagi tiga kali
nescaya memadai untuk engkau segala sesuatu"
-Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan An-Nasa'ie

3) kalau kita baca doa pagi/petang

Daripada Ibn Abbas (RA), dia berkata bahawa Rasullullah SAW telah bersabda :
"Barangsiapa yang membaca pada pagi dan petang sebanyak tiga kali
maka adalah menjadi hak Allah SWT menyempurnakan nikmat keatasnya"
-Riwayat Ibnu Sunni

Berkata Abdullah bin Ghanam al-Biyadzi (RA), sabda Rasullullah SAW :
"Barangsiapa yang membaca waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali
menunjukkan ia telah naikkan kesyukuran kepada Allah hari dan malam tersebut"

4) kalau kita baca doa zikir puji

Daripada Abdullah bin Umar (RA), Rasullullah bercerita :
"Seorang hamba Allah membaca doa zikir puji maka terasa lemah dua malaikat
dan tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya
lalu malaikat terus mengadu kepada Allah SWT, katanya :
'Ya Allah ! seorang hamba Mu membaca satu bacaan 
yang kami tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya'
Firman Allah SWT : 
'(Yang memang mengetahui) Apa yang dibaca olehnya ?'
maka jawab malaikat :
'Ia membaca doa zikir puji'
Firman Allah :
'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hambaKu itu sehingga 
ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu' "
-Riwayat Imam Ahmad dan Ibu Majah

5) kalau kita baca doa reda islam

Daripada Abi Salam (RA), iaitu seorang khadam Nabi, dia berkata :
"Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda : 
'Sesiapa membaca waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali 
adalah hak keatas Allah memberi keredhaan' "
-Riwayat Abi Daud dan Tarmidzi, An-Nasa'ie dan Al-Hakim

6) kalau kita baca doa elak bahaya 

Daripada Uthman bin Affan (RA) :
mana-mana hamba Allah SWT yang membaca 
tiap pagi dan petang sebanyak tiga kali 
InsyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya
-Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi

7) kalau kita baca doa elak bahaya

Daripada Abu Hurairah (RA) :
"Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali
nescaya tidak dibahayakan oleh segala jenis racun 
atau jenis sengat binatang yang bisa"
-Riwayat Ibn Hibban

8) kalau kita baca doa elak jahat sendiri

Daripada Syaddad bun 'Aus (RA) daripada Nabi bersabda :
"Penghulu istighfar ialah doa elak jahat sendiri
sesiapa yang membaca penuh dengan keyakinan setiap pagi dan petang
maka sekiranya ia mati di waktu itu
InsyaAllah akan dimasukkan ke dalam syurga"
-Riwayat Al-Bukhari

9) kalau kita baca doa istighfar taubat

Daripada Zaid, Maula Nabi berkata :
"Aku dengar bapaku menceritakan kepada aku,
daripada nenekku ia dengar Rasullullah bersabda,
sesiapa yang membacanya maka diampunkan segala dosanya"
-Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi

banyak lagi fadhilat-fadhilat lain kalau 
kita amalkan bacaan Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang

ada kawan atie nasihatkan supaya kita baca Mathurat 
biarlah kerana Allah bukan hanya kerana fadhilat-fadhilat yang disebutkan
memang !
tapi kita ni kan manusia biasa
kalau nak buat pape pun mesti nak tau apa ganjaran yang bakal diperolehi
so kita jadi kan fadhilat-fadhilat ni sebagai motivasi untuk kita mengamalkan Mathurat
bila da selalu amalkan dan faham makna serta fadhilatnya
InsyaAllah kita akan dapat membacanya dengan ikhlas 
bersertakan niat kerana cintanya kita kepada Allah


WallAllahualam
semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan para pembaca


Slot Santai Teladan : sumber inspirasi remaja
assalammualaikum 

#mood : kagum


yea ! atie kagum dengan USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
sebab apa ?
sebab atie tertarik dengan kisah remaja beliau

post ni sekadar untuk perkongsian je tau
apa yang ustaz don cerita dan mana yang atie ingat atie ceritakan balik kat sini
InsyaAllah

masa beliau sekolah dulu beliau bukan lah seorang yang cerdik pandai
kelas pun bukan lah kelas pertama dan kelas depan depan
kalau periksa pulak selalu dapat angka banyak
berbeza dengan adik beradik beliau yang lain
yang selalu dapat tempat pertama dan anugerah pelaar cemerlang
bila orang naik pentas amik anugerah 
ustaz hanya duduk kat kerusi dan tengok orang naik pentas ambik anugerah

masa form 4 dan form 5 plak ustaz masuk ke aliran sains tulen
amik bio,fizik,kimia dan add math
add math tak pernah lulus
tapi masa SPM add math ustaz boleh lulus dapat D

lepas tuh ustaz belajar Al-Quran masa umur 18 tahun
mula menghafaz Al-Quran masa umur 21 tahun (kalau tak silap)
lepas ustaz belajar Al-Quran baru ustaz lebih faham tentang kehidup yang sebenar

masa belajar kat overseas plak ustaz memang famous dikalangan kawan-kawan beliau
sebab personaliti ustaz yang berbeza dengan kawan-kawan ustaz yang lain
pergi belajar Al-Quran tapi berpakaian seluar cawat kalau boleh nak sampai ke lutut
dengan show capnya dengan gloves yang berlubang kat hujung jarinya
nasib la guru ustaz buta tak nampak personaliti ustaz 
kawan-kawan ustaz pergi belajar Al-Quran pakai jubah elok berserban semua
tapi ustaz ada gaya ustaz yang tersendiri

atie bukan nak cerita keburukan ustaz ke apa 
apa yang atie nak highlight kan kat sini
tak semestinya orang tuh perangai yang sebegitu tak boleh nak berjaya
buktinya ustaz don sendiri

apa yang ustaz don pesan legasi ini tidak boleh diteruskan 
hanya boleh untuk dirinya sahaja
ok,fine
tapi macam mana ustaz don boleh berjaya seperti sekarang ?

formulanya :
1) kita haruslah hormat pada guru
sebab keredhaan guru tuh sangat lah penting
kita menuntut ilmu daripada guru kita 
maka wajar lah kita hormat pada orang yang sudi memberi kita ilmu

ustaz ada ceritakan seorang sahabat ustaz ni
sangat excellent dalam akademik 
tapi sahabat ustaz ni jenis seorang yang tak hormat pada guru 
akhirnya hidupnya tak kemana
tak menghasilkan kejayaan
perkahwinan yang didirikan pun tak berjaya
nampak tak kesannya kat sini ?

2) kita tak perlulah berkira dengan guru kita
sebab ilmu yang dicurahkan pada kita itu adalah ilmu yang bermanfaat
bila jumpa dengan guru bagi la hadiah ke apa ke 
untuk memenangi hati guru kita
apabila guru senang hati dengan kita 
maka guru kita akan mendoakan kita dengan hati yang senang

ustaz ada ceritakan pengalaman ustaz masa nak ambil result
ustaz berjumpa dengan gurunya
kemudian gurunya tanya : ''don,kamu da amik keputusan ke belum ?"
ustaz don pun jawab : "belum lagi tapi saya rasa saya gagal la syeikh"
gurunya pun berkata : "kamu anak murid aku,mustahil lah gagal. 
pergi kamu amik keputusan dan beritahu aku"
ustaz don berasa tak yakin sebab banyak tempat kosong yang ustaz tak isi
banyak soalan yang ustaz minta pemeriksa jawab sendiri
banyak yang fill in the blank
tapi ajaibnya bila tengok keputusan
ustaz don memperolehi lulus
nampak tak kat sini betapa hebatnya doa seorang pendidik ?

3) kita janganlah sesekali ponteng kelas
even kita tak paham ke apa ke tuh belakang kira
yang penting kita masuk kelas
kita nak tidur dalam kelas pun takpe
yang penting jangan ponteng kelas
biasa la tuh tidur dalam kelas
kita tidur dalam kelas sebab hati kita tenang
ada ke orang yang tidur masa peperangan ?
ada ke orang tidur masa bermain futsal ?
bila dalam kelas je kita akan rasa tenang so tak salah kalau kita tidur
walaupun kita tidur tapi kita masuk kelas tetap akan ada keberkatan disitu

seterusnya bertaubat 
dan amalkan ilmu yang dipelajari supaya bermanfaat kepada orang lain

lepas je ustaz don habis belajar dan balik ke Malaysia
ustaz don tidak bekerja selama 6 bulan
sebab ustaz nak berkhidmat pada ibubapanya
ibunya nak kesini kesinon ustaz akan bawa
ayahnya suruh buat itu ini ustaz pun buat
bila kita berkhidmat untuk ibubapa kita kenalah ikhlas kan hati
doa ibubapa ni berkat tau kawan kawan

tak lama lepas ustaz berkhidmat untuk ibubapa
ustaz pun dapat panggilan untuk menjadi pensyarah
nampak tak kat sini ?
bila kita buat baik kepada orang lain maka kita pun akan dapat kebaikan
tak rugi pun kalau kita buat baik dan amalkan akhlak mulia

banyak lagi yang ustaz cerita tapi cukuplah dulu sekadar yang ini je
semoga bermanfaat untuk diri atie dan juga para pembaca
InsyaAllah

islam berdiri dengan Al-Quran dan Sunnah
maka kita sebagai seorang muslim hendaklah hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah

WallAllahualam
*maaf jika ada yang tersalah dan silap dimana mana

Slot Santai Teladan : kisah tha'labah di Inspirasi Remaja Islam
assalammualaikum

#mood : Alhamdulillah

hari ni atie berpeluang berjumpa dengan ustaz don secara live
bukan tuh sahaja atie juga dapat dengar kisah remaja ustaz don 
dapat nasihat'' dan amanat yang bermanfaat darinya
macam mana titik permulaannya untuk menjadi dirinya yang sekarang ini


banyak ilmu yang disampaikan dan atie pun taktau nak mulakan macam mana
disebabkan program ni mula pada waktu pagi dan pada waktu weekend
maka oleh yang sedemikian kitaorang datang agak lewat sedikit
biasa la kan weekend
nak basuh baju la itu la ini la kan
tapi Alhamdulillah masa kitaorang sampai tuh majlis baru je mula
majlis dimulakan dengan berselawat dan berqasidah


ini gambar dipermulaan majlis dalam pukul 9.15 macam tuh la 
bahagian bawah untuk kaum muslimin
dan tingkat atas untuk kaum muslimat 
dan kedudukan atie di tingkat 1 baris agak kebelakang jugak la sebab lambat kan
pat pat siapa cepat dapat la duduk depan
hahaha

banyak kisah yang diceritakan ustaz don tapi yang atie ingat kisah tha'labah
siapakah tha'labah ?

Tha'labah ialah salah seorang daripada para sahabat Nabi SAW. 
Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung, terang lagi jelas. 
Tiada suatu pun yang mampu membuatkan matlamat hidupnya goyah sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. 

Tha’labah merupakan pemuda yang begitu hebat 
di zaman Rasulullah SAW. 
Nama sebenarnya ialah Tha'labah bin Abdul Rahman, 
seorang remaja berusia 17 tahun. 

beliau selalu mengikuti Rasulullah SAW mengajar. 
Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, 
Rasulullah SAW akan khabarkan kepada Tha'labah dan Tha’labah akan menunaikannya.

wahai Tha'labah, tolong ambilkan itu di sekian sekian tempat 
maka Tha'labah akan turuti dengan perasaan cintanya kepada Rasulullah

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. 
Ketika dalam pencarian barang yang Rasulullah hajati itu, 
Tha'labah telah melalui beberapa deretan buah rumah. 

Angin yang bertiup kuat menyebabkan Tha'labah memalingkan kepalanya kearah lain
dan kebetulan pandangan Tha'labah terarah ke sebuah rumah yang hanya menggunakan tirai sebagai pintu 
dan angin yang kuat menyebabkan tirai rumah tersebut terselak 
sekali dengan tirai bilik mandi di dalam rumah tersebut. 
Ketika itu Tha'labah dengan tidak sengaja terpandangkan ke arah bilik air tersebut 
lalu terlihatlah akan dia seorang perempuan sedang mandi. 

"A'uzubillah ! (Aku berlindung kepada Allah) 
Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW ! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah ..." 

Rintihan Tha'labah
aku tidak mahu masuk neraka ! aku tidak mahu masuk neraka !

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW. 
Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang di puncaknya ada sebuah gua. 
Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik merintih menangis.

Tha'labah menangis dan menangis, 
beliau kesal yang amat sangat dan takut dengan dosanya itu. 
Walhal segala apa yang berlaku itu bukanlah disengajakannya. 

Pada masa yang sama, 
Rasulullah SAW menantikan kepulangan Tha'labah. 
Sudah beberapa hari berlalu, 
namun Tha'labah tidak kunjung tiba. 
Lalu Rasulullah SAW mengarahkan Syaidina Umar r.a untuk mencari Tha'labah. 

Akhirnya Syaidina Umar al-Khatab berjumpa Tha'labah di tempat persembunyian di puncak bukit itu. 

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu." 

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? 
Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah? 
Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka," 
kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat. 

Tha'labah sudah teramat lemah disebabkan merintih ketakutan sehingga tidak makan, 
lalu Syaidina Umar r.a mengcinpungnya pulang ke rumah. 
Apabila Rasulullah SAW menziarahi Tha'labah, 
Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah. 

Tetapi Tha'labah mengetepikan kepalanya. 
Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?" 

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah. 

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?" 
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah" 
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?" 
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku." 

Lalu Rasulullah SAW berkata, 
"wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. 
Inilah bukti taubatmu." 

Tidak lama selepas itu, 
Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW. 

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, 
Rasulullah SAW pun datang tetapi agak lewat. 
Para sahabat membuka jalan seluas luasnya kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. 
Sungguh pun begitu, 
Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjengkit jengkit dan perlahan

Sahabat-sahabat bertanya, 
"wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan yang luas, 
mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?" 

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur." 

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. 
Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandangkan perempuan yang sedang mandi. 
Hingga menyebabkan beliau begitu malu bertemu Rasulullah, 
begitu mengharap keampunan Allah SWT, 
dan akhirnya menghembus nafas terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, 
dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. 
Subhanallah!

cuba kita nilai diri kita
apa yang kita lakukan diusia remaja kita ?
berapa dalamkah perasaan takut kita akan dosa ?
berapa dalamkah perasaan cinta kita kepada Allah dan Rasullullah ?
renung-renungkan dan semoga bermanfaat untuk diri ini dan para pembaca sekalian


Slot Santai Teladan : Kisah Julaibib di solat hajat perdana
assalammualaikum



semalam satu hari atie takde kat bilik
dari pagi sampai la ke malam
ada je benda yang atie harus dan wajib buat

yang wajibnya mestilah solat lima waktu
dan semalam juga atie cuba free kan masa
untuk menghadirkan diri ke majlis solat hajat perdana
lagi nak dekat dekat exam ni kan 
apa salahnya kita dekatkan diri kepada Allah
terima kasih kepada sahabat yang ingatkan dan ajak atie gi solat hajat perdana ni
Alhamdulillah dapat juga bersama sama sujud dan berdoa kepada Allah 

selesai solat maghrib,isyhak dan bacaan yasiin
ada sedikit ceramah motivasi 
yang disampaikan oleh bekas pelajar UNIMAS dan sekarang berkhidmat di UNIMAS
pelbagai pengalaman dan cerita dikongsi bersama
antara cerita yang menarik bagi atie ialah kisah sahabat Nabi yang bernama Julaibib
siapakah Julaibib ?

Julaibib ni, sebenarnya ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., mesti korang tak pernah atau jarang mendengar namanya kan? Dia mmg seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin. Pernah ker korang jumpa orang yg punya papa kedana sampai tak teringin nak kahwin? 
atie yang tengah belajar ni pun ada kinginan dan berangan nak kahwin tau

Ok, sambung cerita Julaibib r.a. Walaupun dia ni miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan. Macam mana dgn kita ? berapa kali kita bersolat jemaah ? kalau solat berjemaah pun nak nak saf kat belakang sekali je kekadang tuh
Bab peperangan lagi la usah dikata ! 
berperang lawan keinginan nafsu je pun kekadang tuh tak berjaya

Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" 
maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?"
 Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, 
sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. 
Tuu dia...bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! 
MasyaAllah tabarakallah.. 
Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, 
namun puterinya lantas bersuara,"Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." 
Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. 
Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.

Sampai suatu masa, 
Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, 
dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, 
tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. 
Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai leh terlupa nama dia. 
Tetapi, Rasulullah tetap ingat!
 Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib."
akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, 
lalu membersihkan pasir dari wajahnya. 
Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, 
"Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuh kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 
3 kali Nabi ulang ayat yang sama, 
menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? 
Bukan harta yang dipandang, 
bukan kedudukan yang dilihat, 
tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! 

firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)

kesimpulannya 
agama yang pertama dan akademik bukan yang kedua
kita belajar niat kerana Allah 
bukan untuk peperiksaan dan dapat keputusan cemerlang 
semata mata yea kawan kawan
semoga bermanfaat dan kita semua berjaya
bukan sahaja di dunia tetapi juga diakhirat


Slot Santai Teladan : apa itu qasidah ?
assalammualaikum 

satu lagi soalan yang bermain kat kepala atie
apa itu Qasidah ?
maaf la saya ni budak baru nak belajar
banyak benda lagi yang taktau

''Katakanlah (hai Muhammad), Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." 
(Qs. Thaha [20] ayat 114)

hari ni atie dengan kawan atie pergi ke surau untuk solat berjemaah
kebetulan masa kitaorang sampai tuh
para jemaah semua tengah berqasidah sementara tunggu masuk waktu
sedap je atie dengar siap ada gendang-gendang lagi tuh

pastuh masa kitaorang nak duduk kat saf
 ada seorang kakak senior tuh mengajak kami berqasidah sekali
helaian koleksi qasidah kat tangan dia dipasskan kat kitaorang
dan kitaorang pun ikut berqasidah sama

lepas habis berqasidah tuh
kami solat dan baca doa berjemaah
tapi soalan atie berkaitan apa tu qasidah masih lagi belum terjawab
untuk hilangkan tanda soal yang timbul tenggelam terapung apung kat kepala atie ni ha
atie pun bertanya la kat seorang akak tuh
dengan muka slumbernya
akak .. akak .. qasidah ni apa erk sebenarnya ?

QASIDAH

Qasidah boleh dikatakan sebagai puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. 
Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.



Antara qasidah-qasidah yang terkenal ialah"Qasidah Burdah yang bertemakan Ketuhanan dan memuji junjungan Rasulullah S.A.W.", dan "Qasidah Ghausiah yang juga bertemakan Ketuhanan dan memuji Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani dan juga Qasidah Ad-Diba’ie"
Antara Qasidah yang Masyhur  adalah Qasidah Muhammadiyah dan Qasidah Tholama Asyku Gharami.

untuk lebih maklumat sila lah kesini --> koleksi Qasidah

semoga bermanfaat untuk para pembaca 
sekian terima kasih 

Slot Santai Teladan : apa itu ta'lim ?
assalammualaikum 

#mood : terkezutt 

mesti korang pelik kan baca tajuk post kali ni
tapi serius
itu la soalan yang keluar dari mulut atie bila atie tengok benda ni 

|
|
|
V

sila tengok pada no 4 yea kawan-kawan sekalian
Ya Allah ! nama atie tersenarai la pulak
apa itu ta'lim pun atie taktau 
macam mana la boleh tersenarai pulak ni
rasa macam nak berlari pusing satu UNIMAS je bila baca benda ni
banyak kali kot atie tengok
pejam celik pejam celik dan tengok balik
memang betul tuh nama atie sama dengan nama atie yang dalam IC
memang tak dapat dinafikan lagi

actually ceritanya macam ni
atie ada dapat mesej daripada exco DAKWAH
dia kata dia ada email tugasan untuk setiap AJK dan dia pesan suruh buka email
tapi atie buat tak endah je
bila online tak buka pun email
yang dibuka nya muka buku,burung pipit kale biru dan belog
sebab atie ingat tugasan yang dimaksudkan tuh 
tugasan untuk forum yang kitaorang rancang nak buat masa sem depan nanti
nanti nanti nak dekat habis sem nanti je la atie buka email

sekali semalam petang kawan atie datang bilik
bawa pendrive suruh atie copy segala maklumat dalam pendrive tuh
atie pun copy la segala maklumat tuh dan tengok satu per satu
maklumat tuh termasuk la carry mark untuk sub pysco,venue exam nanti dan info pasal tugasan AJK

info tugasan AJK yang dimaksudkan tuh --> pembaca ta'lim
dengan muka slumber nya atie bertanya kat kawan atie 
apa itu ta'lim ?

Ta’lim (َيُعَلِّمُهُمُ )

Ta’lim adalah suatu konsep untuk memastikan berlakunya pemahaman terhadap apa yang diajar. Konsep ini memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara dua hala atau lebih. Pendekatan yang boleh diguna seperti perbincangan dalam kumpulan atau bengkel, tutorial, ujian atau peperiksaan, dan banyak lagi teknik yang seumpama bergantung kepada kreativiti-kreativiti penyampai maklumat. 
Yang perlu dipastikan adalah pemahaman telah berlaku.

serius ke ni ? 
atie tersenarai sebagai pembaca ta'lim
rasa macam tak layak je
ilmu apa je la yang atie ada ?
cetek sangat pengetahuan yang atie ada

tapi lepas kawan atie membebel dan nasihat kan atie baru atie sedar
atie da diamanahkan dan diberi kepercayaan maka wajib la atie laksanakan amanah yang diberi
cuba untuk berfikiran positif dan make it easier
semua yang berlaku mesti hikmah
mungkin ni salah satu cara untuk atie dekatkan diri dengan Allah

malam tuh kawan atie ajak atie gi solat berjemaah kat surau 
dan tengok keadaan sebenar ta'lim tuh macam mana
dan roomate atie pulak pinjamkan atie ini

|
|
|
V


''Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan Hikmat kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurniaan Allah sangat besar atasmu."
(Qs. an Nisa [4] ayat 113)


ini cerita atie
assalammualaikum semua


#mood : bersyukur sangat

Alhamdulillah,hidup atie sekarang rasa lebih bermakna 
rasa lebih dekat dengan sang pencipta (Allah SWT)
bersyukur sangat

segalanya bermula disini 
segalanya bermula di UNIMAS

bermulanya dengan menjadi AJK kepada biro DAKWAH
atie memilih untuk terlibat dalam perlembagaan surau kolej cempaka (SUCIE)
pada mulanya atie nak jadi AJK kepada biro sukan tapi biro sukan kata da penuh
yang tinggal hanya untuk biro DAKWAH 
dan atie pun daftar la nama kepada biro DAKWAH

sejak tuh atie bergaul dengan orang-orang yang bertudung labuh
ada je program kerohanian atie diajak
bila mesej atau bercakap mesti ada kaitkan dengan ayat Al-Quran & Hadis
bila bercakap Ya Allah sopannya kekadang tuh atie sampai tak dengar
muka pulak masing masing muka bersih je berseri seri je kalau tengok
berbeza sangat dengan diri atie ni ha

serius atie rasa malu sangat mula'' tuh
rasa macam nak elak dan lari kan diri je daripada diorang 
tapi tak boleh
makin atie nak lari,makin atie dekat
makin banyak program kerohaian atie diajak 

ada usrah kat memana atie dimaklumkan dan diajak pergi sama
ada tazkirah kat memana atie dapat mesej dan diajak pergi sama
ada forum kat memana atie dimaklumkan dan diajak pergi sesama
ada qiamullail kat surau atie dimaklumkan secara face to face 
segan pulak kalau tak pergi orang da ajak siap datang bilik lagi tuh

mula-mula tuh atie buat semua tuh tanpa niat kerana Allah
niat atie mula-mula dulu hanya sebab nak memenuhi ajakan kawan je

tapi bila da lama-lama tuh atie suka pulak ikut program macam ni
dapat banyak ilmu baru yang sebelum ni atie taktau dan kurang jelas
dapat menginsafkan diri dan dapat menyedarkan diri atie siapa atie sebenarnya
dan apa tujuan atie hidup kat dunia ni
dunia yang hanya sementara semata-mata

atie mula baca buku-buku ilmiah
atie mula labuhkan tudung
atie mula pakai baju yang menepati syariat
atie mula membaca Mathurat setiap pagi dan petang
atie mula suka mengikuti program kerohanian
dan atie mula bertanya kat kawan-kawan kat mana ada usrah
kat mana ada tazkirah 
kat mana ada forum dan sebagainya

dan niat atie pun berubah
niat atie buat semua tuh hanya kerana Allah
niat atie nak belajar dan belajar dan terus belajar 
memperbaiki diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik
dan bersiap sedia untuk bekalan akhirat nanti
InsyaAllah atie akan cuba kekal kan niat atie yang sekarang ni
dan terus beristiqomah 

terima kasih kepada kawan-kawan yang mengajak atie kearah kebaikan
hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan kalian
dan Alhamdulillah hati ni terbuka 




album | fairy cave
assalammualaikum  

just want to publish some photo thats taken at Sarawak

25 Nov 2012



SubhanAllah
indahnya ciptaan Allah SWT
(^_^)




Older Post | Newer Post