Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| cinta buat emelda
Cinta Buat Emelda adalah drama terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula pada hari ini 26 Mac 2012.. Drama yang mempunyai sebanyak 24 episod ini bersiaran pada pukul 7-8 malam setiap hari Isnin - Khamis..Pelakon utama drama ini ialah Fizo Omar dan Almy Nadia. Pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam, adik Mia Sara, Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra. Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser. Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya. Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? RINGKASAN Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira. |