Disclaimer
Cukuplah Allah sebagai pengurusku, Sebaik-baik tempat berserah, Sebaik-baik penolong dan pembantu. Tagboard Music Player Credits
| sorry
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * SORRY ! UNDER CONSTUCTION angan-angan minah jenin di malam buta
assalammualaikum dan hai semua mood : belum ngantuk lagi jarum jam yang ketot sekarang kat number 1 jarum yang panjang lebar pulok da ada kt numberrr 6 nampak gaya jarum jam yang panjang da mendahului jarum jam yang pendek dan jam digital pulak menunjukkan sudah 1.30 am da boleh kira pagi buta la ni kan sebab semua orang kat dalam rumah ni tengah membuta sekarang ni dan atie tengok kat luar tingkap pun gelap gelita hitam membuta tapi atie belum lagi nak membuta atau memejam kan mata macam mana latuh kan esok nak kerja tapi masih lagi hadap laptop dan update blog esok pagi comfirm atie lembik lemah tak bermaya punyer la tapi nak buat macam mana kan sendiri yang buat pilihan sebenarnye tadi da nak tidur da tapi tetiba terbukak laptop dan online semata-mata nak wish birthday dieba yang comel bersama-sama rakan lain yang lahir sama hari dengan dieba kemudian dengan secara tak sengaja tangan ni terbukak twitter dan blog biasa la kalau da hadap laptop ni memang susah la da nak shutdown tadi atie blogwalking singgah ke blog sekolah nak tengok la perkembangan sekolah yang terbaru pastuh saja-saja tengok gambar lelama dulu kt SINI pastuh nyanyi lagu sekolah sambil mengimbau kenangan lama sampai tersenyum sengsorang pastuh terberangan yang melampau-lampau kononye nanti bila da besar sikit jumpa balik kengkawan ada yang da jadi cikgu jadi arkitek jadi novelis jadi bisnesman jadi manager dan sebagainya wahh ! syoknye berangan benda yang belum pasti semuanye indah-indah belaka kan dulu kat hostel da selalu da praktik kan angan-angan minah jenin ni dengan kengkawan lagi-lagi kalau tiem takde buat hape ape pastuh lepak kat katil sambil mengunyah jajan atau stok loker time tuh la bermulanye angan-angan minah jenin pastuh sorang sorang tambah cerita dan perisa untuk jadikan angan-angan tuh lebih indah rindunye nak berangan dengan kengkawan macam dulu-dulu kelaka pun ada jugak bila ingat balik angan-angan minah jenin yang dulu dulu tuh HAHAHA kan bagus kalau dapat camera nikon pastuh boleh travel sana sini sebelum sambung study rasa teringin macam nak pergi sabah sarawak boleh naik flight lagi tak pun ke luar negara lagi ke dapat pergi singapor pun da syok kot berjimba jimba kat universal tuh tapi kalau dapat yang lagi jauh pun layan je la untugnyee la dapat berangan wahh indah ye dunia kalau semua tuh boleh dapat secara percuma atau dengan harga yang rendah HikHikHik melawat bangchik kat asrama
assalammualaikum dan hai semua #mood : suke berjimba-jimba okeyy weekend ni atie ikut parents atie jengjalan lagi malan sabtu hari tuh parents atie ade perjumpaan dengan kengkawan mereka di homestay sungai haji dorani kami tak tau kat mana kedudukan homestay tuh tapi tengok signboard boleh je jumpa tapi atie ni ngada-ngada nak jugak jumpa kawan bila da balik sana so atie contact FASIHAH HUSNA minta die tunjukkan jalan ke homestay tuh sebab rumah die dekat je dekat area homestay tuh nasib baik time tuh die free dan kami berdua dapat la berjumpa walaupun sekejap dapat la jugak kami bersalaman dan peluk cium muah muah lepaskan rindu lepas perjumpaan tuh kami gerak balik ke kampung kat parit 8 timur tidur semalaman dan esok pagi nye kami keluar pekan beli sarapan dan makan bersama-sama dengan nenek atuk lepas makan sembang-sembang sekejap dalam tengah hari macam tuh kami gerak balik da sebab nak singgah melawat adik atie kat meru plak waktu melawat sekolah adik atie ni mula lepas zohor sampai sebelum maghrib sebelum singgah ke asrama adik atie ni atie,iman,umi dan abah atie singgah kat pasar pasir penambang di kuala selangor beli ikan segar,lala dan siput sedut lepas tuh kami singgah lagi kat pantai jeram memang panas kat pantai tuh tapi angin die syok tuh sampai parents atie tertidur dibuatnya lepas lepak-lepak makan n minum tepi pantai baru lah kami meneruskan perjalanan pergi ke asrama adik atie adik atie adik atie dari tadi susah betul la okeyy adik atie ni atie panggil bangchik so kenalkan ni die bangchik okeyy da kenal bangchik kan sekarang kita teruskan cerita okeyy bangchik ni ngada-ngada kat DM sepatutnya da makan tapi bangchik nak keluar pekan macam-macam alasan yang die bagi dan berlaku la sesi bodek membodek sementara bagchik bodek parents atie atie dgn iman jengjalan round-round kawasan sekitar asrama bangchik pandai bangchik saja biar perut kosong pastu bagi alasan nak lunch sesama dengan kami kat pekan dan alasan tersebut telah pun diterima dan mendapat kelulusan dari parents dan akhirnya kami keluar ke pekan dan lunch sesama adat la tuh budak asrama memang selalu macam tuh dulu atie pun macam tuh jugak tengok la muka bangchik bukan main suka lagi dia dapat keluar pekan lepas lunch hantar die balik asrama balik kami pun meneruskan perjalanan pulang ke KUALA LUMPUR sampai KL dalam pukul 8 lebih macam tuh la perut pun da lapar balik sampai rumah je atie dibantu oleh kak ila,iman,dan bang boy menyediakan makan malam dan kami dinner lauk dari kuala selangor tuhh dia lala goreng cili siput sedut masak lemak cili api ikan siakap tiga rasa memang sedap dan nikmat bila makan bersama keluarga lepas makan siap kemas-kemas masa untuk berehat dan tidur GOOD NIGHT & SWEET DREAM SEMUA
cinta buat emelda
Cinta Buat Emelda adalah drama terbaru yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula pada hari ini 26 Mac 2012.. Drama yang mempunyai sebanyak 24 episod ini bersiaran pada pukul 7-8 malam setiap hari Isnin - Khamis..Pelakon utama drama ini ialah Fizo Omar dan Almy Nadia. Pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam, adik Mia Sara, Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra. Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser. Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya. Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? RINGKASAN Cinta Buat Emelda merupakan adaptasi sebuah novel bertajuk ‘Kasih Antara Kita’. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Drama bersiri ini mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira mempunyai personaliti yang berbeza. Malangnya, Emira meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emira. Lucky Draw Contest by Izzul
assalammualaikum dan hai semua #mood : nak menang hadiah best tuh ! firstly thanks to my girlfriend -> cik genit sebab tag kat atie contest yang best lagi sememangnya best best ni mula-mulakan atie malas nak join contest ni betul atie cakap tak tipu atie budak malas TAPI bila tengok syarat contestnya yang sangat sangat la simple tiba-tiba rasa nak join tambah lagi pulak kan ada gambar artis korea yang enchem ni lagi la menguatkan semangat nak join contest ni jatuh cinta atie dibuatnya bila tatap gambar artis korea ni bila da singgah ke blog izzul ternampak pulok hadiah yang ditawarkan wow ! bahagia giler hidup kalau dapat hadiah tuh atie nak hadiah tuh nak .. nak jugak .. please bagi kat atie hadiah tuh please .. atie nak sangat hadiah tuh hadiah yang ditawarkan tuh kan termasuk dalam wishlist atie kalau korang nak tau apa la hadiahnya kan sampai atie merengek-rengek macam budak kecik ni kalau korang nak tau tengok la sendiri SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH NI p/s : bila da KLIK kan join je la sekali mana tau tuah anda ada disini :) TAG dan jugak kepada semua blogger yang singgah sini anda ditag jugak tau ^_^ arnab oh arnab
assalammualaikum dan hai semua # mood : da tak heran da okeyy bulan ni atie dapat baby baru lagi tiap'' bulan atie mesti akan dapat baby baru punya la sampai atie da tak heran da kalau kena jadi bidan tanpa gaji tiap'' bulan setakat ni baby yang atie sambut alhamdulillah semuanya selamat melihat dunia ni la muka bidan yang selalu menyambut baby rabbit dan baby-baby atie ada yang da kena jual dan ade juga yang telah ditukar hak penjagaan kpd orang lain maklum la baby-baby atie semuanya kan comel-comel macam mommy die ni ha perasan pulak da die sebab tuh ramai yang nak tiap kali kalau ada tetamu yang datang rumah atie kan diorang ternampak baby-baby atie dalam sangkar mesti diorang geram sebab baby-baby atie comel sangat sampai ada yang nak bawak balik bila atie tak bagi diorang sanggup bayar asalkan dapat bawak balik baby atau anak rabbit kadang-kadang tuh sedih jugak nak bagi baby-baby atie kat orang lain tapi famili atie selalu cakap bagi je la nanti bulan depan dapat baby baru lagi okeyy fine bila famili atie da bersuara macam tuh nak tak nak kena la jugak tukar kan hak penjagaan baby atie kpd org lain dulu sangkar rabbit atie ni kan meriah sangat ada ramai anak rabbit yang comel-comel dan kiut-kiut tapi sekarang tinggal 3 ekor je anak rabbit dan 4 ekor baby rabbit yang baru lahir tapi seekor da mati sebab kena gigit dengan kucing jahat ni la muka kucing wanted yang berani gigit dan membunuh baby rabbit atie kuang hajaq betul la kau ni miow miow Cuba try test
Assalammualaikum dan hai semua :) #mood : batak sekejap je kali ni atie update post guna iPhone ayah atie nak guna iPhone sendiri tak tau la tahun bila baru boleh dapat yeadak bukan apa atie saja je nk mencuba rasa mcm mana la update blog pakai HP canggih ni sebab sebelum ni atie ada blogwalking pastuh ternampak Ada perkataan kt bawah post update by android dan macam-macam la lagi y ada atie tertanya-Tanya ape kebenda la tuh lani baru la atie tau y mereka tuh update post gunakan HP bila dah tau mesti nk Cuba kan so atie pun bodek Abah atie atie : Abah.. Abah guna tak iPhone Abah sekarang ni ? Abah atie : hawait ? Tak,Ada kt atas meja depan. atie : Kak Adik nak pinjam sat boleh tak ? Abah atie : nak buat apa lah ? Pi la amik sendiri kt depan. atie : nak try guna sat,okeyy Kak Adik amik yea? Abah atie : ha lepas guna letak balik atie : okay Abah thanks :) Yess ! da dapat greenlight atie pun godek-godek Dan tekan situ sana sini sambil barbaring kat sofa dan buat macam harta sendiri tekan punya tekan eh ! silap bukan tekan tapi touch touch sana touch sini touch touch touch lagi Dan akhirnya terupdate la post ni Tapi pepe pun atie rasa puas lagi update blog guna laptop baru puas bila dapat tekan keyboard Takpe la atleast atie da pernah merasa update blog guna iPhone cameron highlands
assalammualaikum dan hai semua
#mood : letih tapi berbaloi baloi
okeyy hari ni hari ahad
dan da lama rasanya atie tak keluar jengjalan
tiap kali hari ahad je atie lebih suka lepak dan rehat kat rumah
tapi hari ni adik atie nak balik asrama
dan tiba'' plak rasa macam nak ikut hantar dia balik asrama
asrama adik atie nak kata dekat tak jugak nak kata jauh boleh la
nun dekat simpang pulai sana tuh ha
kat perak sana tuh ha
pagi'' lepas brekpez terus gerak hantar adik atie ni balik
dalam tengahari macam tuh kami da sampai da kat pagar asrama dia
lepas beli kan sikit barang keperluan dan biskut'' untuk dia
atie,,ummi dan abah atie pun meninggalkan dia untuk dia belajar berdikari
dan menuntut ilmu serta menjadi orang yang berguna suatu hari nanti
lepas hantar adik atie balik asrama
kami tak terus balik ke KL
tapi
kami singgah berjimba-jimba di CAMERON HIGHLANDS
tuh untungnya kalau hantar anak duk asrama jauh-jauh
boleh singgah jengjalan mana-mana sambil makan angin
HAHAHA
okeyy mula-mula kitaorang masuk kebun sayur dan kaktus
kemudian kami masuk ladang strawberi
disebabkan atie seorang yang ikut so atie kena buli angkat semua barang'' yang dibeli
lepas tuh kami teruskan perjalanan kami sehingga la kami terbenti kat satu tempat ni untuk minum
sebelum minum kami singgah beli teh untuk bawa balik
lepas minum teh kami masuk ladang teh pulak
okeyy da cukup la tuh berjimba
esok hari isnin kena kerja
nak tak nak lepas tuh kami kena jugak teruskan perjalanan balik ke KL
memang betul-betul makan angin la hari ni
dalam satu hari je
sampai empat negeri kami pergi
dari KL-PERAK-PAHANG-SELANGOR-KL semula
pergh penat kot sampai termuntah-muntah la atie dibuatnya
sekarang da sampai rumah
da update blog
da siap mandi n kemas''
masa untuk logout dan shutdown laptop
KEMUDIAN
ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz
-.-
THANKS umi + abah bawak kak adik jengjalan siang tadi . kak adik sayang sangat kat umi + abah . TQ so much <3
okeyy la
GOOD NIGHT SEMUAsila sediakan TISU sebelum anda meneruskan membaca
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
|